boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, October 4, 2011

Sessi Soal Jawab "Saksi Misteri" Perbicaraan DSAI..



Teman sekampus Saiful jadi saksi di mahkamah


KUALA LUMPUR: Kredibiliti pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes perbicaraan fitnah II , musnah berkecai apabila pihak peguam menampilkan saksi terbaru mereka.

Saksi berkenaan ialah Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan rakan sekampus kepada Saiful Bukhari.

Beliau juga merupakan aktivis Anwar Ibrahim Club yang pernah menulis secara bersiri mengenai latar belakang Saifuldalam blognya, Riwayathayat.blogspot.com

Beliau memberi amaran mengenai kredibiliti Saiful dalam tiga siri tulisan bertajuk “Awas! Ada Musang Berbulu Ayam“ Siri (1), (2) & (3). Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kimia Kuala Lumpur, Lim Kong Boon memberi keterangan sebagai saksi.

9.48am: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.

Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. Menjawab soalan peguam Ram karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.

10.14 pagi: Ram Karpal bertanya samada Jabatan Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.

Sankara meminta mahkamah berehat sementara menuggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.

11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.

11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.

11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di asrama berhampirannya di United.

“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti.

11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman

“Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.

11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk BN pada 2008.

11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.

“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.

11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya.



No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari