Malaysia , Hudud dan saya
Oct 05, 2011 01:41:38 pm
Saya seorang rakyat
Negara saya unik, kerana rakyatnya, walaupun berbeza kepercayaan, bersikap sederhana dan saling hormat-menghormati. Pemimpin kita tidak pernah leka. Mereka gemar memperingatkan kita tentang detik hitam peristiwa Mei 13 1969, semasa rakyat berpecah-belah. Kata mereka, semua itu sudah berlalu dan harus diambil sebagai iktibar dalam perjalanan kita menuju masa depan yang lebih aman, lebih sentosa. Tetapi kita disaran berwaspada, jangan biar mereka yang ingin memecah-belahkan anda mengancam keselamatan negara. Kerana, di bawah perancangan dan pengaturan pemimpin kita yang arif lagi bijaksana, rakyat boleh hidup senang. Maka, saya pun boleh tidur lena.
Namun, tiap kali saya terbangun, saya berhadapan dengan ribuan persoalan. Antaranya, di manakah duit rakyat dibelanjakan semasa saya terkantuk? Kenapa ramai lagi rakan-rakan saya yang tak bersekolah? Sebab apakah pemuda di desa tak kerja? Sementara kelas kapitalis menjadi kaya-raya, apakah nasib ribuan lagi yang papa kedana? Harga barang yang naik, kenapa tidak diikuti gaji yang naik? Mereka yang kelaparan, mengapa tidak diberi makan? Mereka yang sakit, mengapa tidak diberi ubat? Mereka yang tiada tempat tinggal, mengapa masih diusir? Mereka yang ingin bersuara, mengapa masih tidak didengari?
Lantas, soalan-soalan tersebut hilang relevannya kerana pemimpin memerintah supaya rakyat bersatu melawan musuh kita. Musuh kita tiada rupa, tiada wajah. Tapi dia bernama. Namanya seringkali berubah; "sosialis", "komunis", "anasir Barat", "Yahudi", "pendatang", "pelacur", "peliwat", "kafir", "Bersih", "Hindraf", "pembangkang", "penindas Melayu", "pencabar Islam" dan sebagainya. Namun, tujuan musuh kita tetap dan tidak berubah, mereka yang cemburukan kejayaan kita akan berusaha menghuru-harakan negara kita. Mereka yang tidak memahami keunikan kita akan
Cukup menyedihkan apabila wacana politik tanahair dikuasai kekeliruan kerana mereka yang menguasai media
Saya terfikir saat kita sebagai satu rakyat bangkit melawan ketidakadilan. Mengapa tidak teruskan semangat waktu itu? Pada ketika pemerintah gunakan propaganda, perjuangan rakyat perlu disemarakkan lagi, kerana itulah penentu takdir negara kita dan bukan kekeliruan yang berasaskan dasar pecah dan perintah. Pada saat kesatuan kita
Jadi, di manakah titik mula kontroversi terkini? Di manakah pula noktah akhir pergelutan antara yang mahukan Hudud dan mereka yang tidak?
Seorang kolumnis dalam akhbar Berita Harian 4 Oktober 2011 menulis, "Kita sudah tentu menyedari bahawa undang-undang hudud ini menjadikan Islam sebagai pusat hentaman pihak pejuang hak asasi seluruh dunia. Bukan kerana buruknya hukuman hudud, tetapi kerana kedangkalan pengetahuan mereka mengenai Islam dan syariatnya."
Tidak dinafikan, saya agak dangkal mengenai Islam. Tetapi, harapan saya sebagai seorang anak bangsa
Situasinya bagi saya begini, atas nama Hudud dan undang-undang Islam, suatu peluang dihasilkan untuk menjadikan Pakatan Rakyat bertelagah. Senjata Barisan Nasional melawan agenda perubahan cukup mudah, pecah dan perintah melalui ancaman, ketakutan dan kekeliruan. Golongan bukan Islam berhadapan dengan dilema palsu, kerana seolah-olah terpaksa memilih antara Hudud dengan tiada Hudud. Dalam keadaan demikian, di manakah harapan untuk saya?
Adakah mereka yang masih menantikan kebebasan daripada penindasan perlu menunggu lebih lama lagi? PAS boleh buktikan "PAS untuk semua" bukan kata-kata sahaja. Untuk agenda perubahan rakyat berjaya, PAS perlu bersedia melibatkan semua anak
Kontroversi Hudud muncul kembali pada waktu genting sebelum Pilihanraya Umum ke-13, mengapa? Pastinya, PAS dan DAP kenal taktik Barisan Nasional. Akhbar bahasa Melayu, Cina, dan Inggeris masing-masing mendorong pembaca mereka hilang kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat. Penulisan Bahasa Melayu arus perdana cenderung melabel DAP sebagai anti-Islam. Manakala penulisan Bahasa Cina arus perdana melabel PAS sebagai extremis. Justeru, kedua-dua parti berkongsi satu ciri, iaitu mereka bersifat keterlaluan. Sementara mereka berbalah, Barisan Nasional terus bertopengkan 1Malaysia, tanpa perlu menangani percanggahan dan kontradiksi yang wujud dalam gabungan mereka sendiri.
Oleh itu, perselisihan PAS dan DAP tiada gunanya selain menghalalkan dasar pecah dan perintah Barisan Nasional, bahkan memaksa rakyat terima pemerintahan parti bersifat perkauman atas alasan rakyat
Ancaman dan kekeliruan adalah taktik biasa bagi mereka yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.
Tidak cukup sekadar menolak kebimbangan mereka yang menentang gunapakai Hudud, PAS perlu melibatkan semua dalam pembentukan persetujuan baru. Tidak cukup sekadar mengancam untuk letak jawatan, DAP pula boleh mendekati Hudud secara inklusif supaya tidak, dengan sewenang-wenangnya dicop "dangkal mengenai Islam".
Lebih penting lagi, pejuang perubahan harus kembali memfokuskan perjuangan demokrasi. Kerana di antara
*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sumber : merdekareview.
No comments:
Post a Comment