boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 17, 2011

Dato Seri Najib Tun Razak..ada berani ka..

Hutang Negara RM437 Ratus Juta - Anwar pelawa Najib Debat.


17 Oct 2011 6:06PM

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melabel Bajet Pakatan sebagai 'Belanjawan Republikan' membuktikan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan tadbir urus yang memperkayakan keluarga dan kroni.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membalas tuduhan Perdana Menteri turut mencabar agar diadakan debat secara terbuka bersama beliau berkenaan isu ekonomi Negara semasa.

Beliau turut menyatakan hasrat mencabar agar debat ini disiarkan di media-media elektronik secara langsung agar rakyat dapat menilai kebenaran dan kedudukan sebenar ekonomi pada masa kini.

Anwar turut menyatakan pendirian jelas dan memberi jaminan Pakatan Rakyat di pentadbiran beliau sudah pasti memberi manfaat paling maksima terhadap rakyat merujuk kepada tawaran melalui Buku Jingga yang dilancar pada tahun lalu.

"Sewajarnya Datuk Seri Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut."

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama 6 tahun menjelaskan kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang.

"Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Pindaan) mengehadkan pinjaman luar negeri pada RM35 000 juta pada sesuatu masa. Malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi.”

Anwar turut menjelaskan jumlah Hutang Negara pada masa kini mencecah RM437,000 juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Ini disahkan melalui Laporan terkini Bank Negara.

Beliau turut mendakwa Malaysia telah mencapai 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara dan mengikut undang-undang, Malaysia hanya layak membuat tambahan hutang sebanyak RM 33,000 juta.

Ketua Umum Pakatan sebelum ini telah memberi respons negatif terhadap perbentangan Bajet 2012 dengan menjelaskan ianya tidak realistik.

Sumber klpos.

Komen aku : Tobat lahum Najib berani nak sahut cabaran tu,, tak payahlah nak harap Najib nak tunjuk anak jantan,,, Rosmah lebih lagi berani......


1 comment:

  1. Prof KANG KUNG akan berkata
    Hutang Negara RM437 ribu juta masih rendah kalau berbanding negara jiran!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari