FRIDAY, 14 OCTOBER 2011
Pesan pada Najib 1 ( akan disambung lagi setiap kelapangan masa)
Senario politik yang semakin mencabar kita semakin nampak memberi tentangan kepada UMNO dan Barisan Nasional amnya. Baru-baru ini bersama tempat-tempat yang amat 100% menyokong UMNO, membicarakan apa yang boleh membantu UMNO untuk mengerakkan jentera menawan hati rakyat.
Bagaimana mahu mengambil hati rakyat kembali untuk menyokong BN dan UMNO khususnya. Orang Melayu kini berdepan dengan peningkatan peratus yang memberi sokongan bukan kepada UMNO. Masyarakat Cina sudah nampak menjauhkan diri dari BN kerana hari ini terbentuk satu persepsi bahawa BN sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Melayu moderat dan Melayu liberalisme sudah menolak UMNO dengan alasan bahawa UMNO lebih merugikan orang Melayu dari membantu. Persepsi budaya korup sudah sekian lama disinonimkan dengan kepimpinan UMNO. UMNO dikatakan tua dan tidak mampu melawan arus kuat berbudayakan budaya songsang – tidak progresif dan berbentuk feudalisme. UMNO kekal sebagai parti yang gagal menarik minat anak UMNO kerana birokrasi dalam UMNO amat memualkan. UMNO tidak ada kekuatan jiwa untuk melakukan perubahan kepimpinan dan melakukan transformasi yang benar-benar menjayakan rakyat.
Pesan ini pada Najib bahawa UMNO telah di label seakan tongkat tua yang semakin uzur tetapi digagahkan juga untuk berjalan sungguhpun kalanya lambat bertindak.
Pesan pada Najib ada isu yang besar tetapi berjaya dikecilkan pembangkang bukan kerana kita jahil tetapi kerana kita mempunyai agenda peribadi yang lebih besar yang perlu disegerakan untuk kepentingan diri sendiri.
Hari ini PM Najib telah melakukan beberapa perubahan yang penting. ISA di mansuhkan dengan hasrat murni untuk membebaskan suara-suara individu namun yang menjadi wira adalah pembangkang kerana ini sudah lama menolak ISA dan kini berjaya – sebagai satu tekanan terhadap PM Najib.
Pesan pada Najib setakat ini kuantiti perjuangan alam siber memang wujud dalam BN tetapi kenapa setakat ini juga kita tidak nampak kejayaan.
Pesan pada Najib, kalau memilih tempat mandi – pertama selut kemudian pantai, kalau memilih kepimpinan negeri – pertama elok kemudian pandai.
LINK UMNO REFORM2
Komen..... Untung Najib,, masih ada lagi insan mulia yang nak memperingatinya….
No comments:
Post a Comment