boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, October 21, 2011

Rakyat kecewa keputusan Pas

Tak dapat aku nak berfikir bila terbaca dengan tajuk diatas tu...

Rakyat kecewa........ sebab keputusan PAS... seolah-olah PAS ni sebagai pemerintah dalam negara.... sebabnya yang kecewa tu rakyat... kalau sekadar dalam parti tentulah ahli atau penyokong.....

Tetapi itulah realitinyanya berita yang dikeluarkan oleh akhbar yang dah mula nyanyok tunggu masa nak mamposs....

Tak cukup pada itu rakyat-rakyat yang kecewa ni dalam berita ini diketuai oleh dek nak Geng Three stooges, Rahim Tambi Chik tokey video sex... ni apa ke bana punya cerita ni.... pening aku... tetapi baguih juga..... depa dah mula nampak pada PAS.... sebab PAS akan ganti UMNO .. Insyaallah..

POLITIK

Rakyat kecewa keputusan Pas

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya penyokong kuat Pas kecewa apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam Sabtu ini.

Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keputusan Pas kelmarin amat memeranjatkan semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk kampung dan luar bandar yang selama ini melihat parti itu antara pelindung agama Islam.

"Keputusan yang mengecewakan rakyat itu konsisten dengan dasar bercelaru dan membingungkan oleh Pas sejak akhir-akhir ini, daripada negara Islam kepada negara kebajikan, komunis hero kemerdekaan dan kini keputusan tidak menyertai perhimpunan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

"Saya bukan ahli Pas tetapi saya juga dapat merasakan denyut nadi umat Islam di negara ini yang melihat keputusan itu lebih berbaur politik daripada perjuangan agama. Mungkin kerana mereka telah diberi amaran dan takut kepada DAP," katanya.

Beliau mengulas keputusan Pas Pusat untuk tidak menyertai Himpun yang dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana majlis tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Namun, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilapor menyokong penganjuran acara berkenaan tetapi bukan atas dasar parti politik di samping mengajak semua umat Islam menyokong usaha murni itu.

Rahim dalam pada itu menjangka antara alasan yang akan digunakan oleh sebilangan pemimpin Pas yang tidak menyokong Himpun dalam ceramah mereka kelak adalah dengan menuduh perhimpunan itu ditaja UMNO.

"Tiada alasan kukuh kerana nyata sekali perhimpunan itu ditaja oleh NGO Islam. Tambahan pula, soal agama tidak boleh dipolitikkan tanpa mengira ideologi, fahaman, kedudukan individu atau kumpulan tertentu.

"Tindakan Pas tidak menyokong Himpun akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi kepada perjuangan Islam. Saya berharap pemimpin Pas jangan menjadi fanatik, kita perlu rasional dan menggunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Sementara itu, Rahim berpendapat, kini sudah jelas terdapat usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di Selangor dan rakyat berharap Pas yang berada dalam kerajaan negeri tampil menyekat usaha tersebut.

"Saya difahamkan 37 orang Islam telah dimurtadkan dan kini di bawah kaunseling JAIS tetapi mungkin lebih ramai golongan murtad yang belum dikenal pasti.

"Ramai pemimpin agama menyarankan Pas menggubal sebuah enakmen anti murtad di Selangor sebagai langkah awal agar tindakan berkesan dapat diambil terhadap mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Jika enakmen pun tidak mampu, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud?" katanya.


Kaitan Berita utusan.



5 comments:

  1. alhamdulillah PAS tidak menyertai HIMPUNAN terlalu banyak anjing dan dubuk yang berkeliara semoga TGNA doakan semoga majlis tersebut berjalan lancar, permudahkan usahan mereka memrangi murtad,
    PAS dan rakyat marhain akan terus bersama TGNA berjihad menegakkan hudud.......ajaran islam adalah amalan ku

    ReplyDelete
  2. PAS x relevan? b-end jah relevan , relevan ke b-end tu?...kahkahkah!macam kambing je ayat tu Syeikh...sampai nk terkencing ambo!!

    ReplyDelete
  3. Setuju PAS tidak terlibat dengan
    perhimpunan itu.

    ReplyDelete
  4. pas lebih memahami erti dakwah. nak ubati isu murtad, kena laksana undang-undang murtad, bukan pi berkumpul ramai, bagi orang gerun tapi murtad masih juga berlaku..ramai yg murtad secara diam2..setakat berhimpun apa kesan? lagi menimbul konflik ade la.

    TUAN SHEIKH MANJUNG MARI, MOHON LINK BLOH TEMAN SATU KAT SINI...

    http://warkahdaily.blogspot.com

    Syukran ye..

    ReplyDelete
  5. pathetic effort by Be End's dogs....layak jadi bahan gelak ketawa aje berita ni....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari