boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Lompat Parti. Show all posts
Showing posts with label Lompat Parti. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Aku setuju dengan cadangan SPR tetapi ... !

Apakah bila PRK dijadikan satu permainan untuk memalukan UMNO, maka sekarang dah timbul akan diadakan penambah baik udang-undang SPR...

Monday, November 4, 2013

PRK N20 Dun Sungai Limau - Jom kenali ahli Pas berhijrah ke Umno..

Nama saja menteri yang agama,, tetapi,,, sanggup melakukan serba serbi,, bohong atau auta letak tepi.... patutlar sanggup masuk duduk dalam umno...


Tuesday, June 18, 2013

Ambik ko, Rasict,racist..100 orang ahli umno masuk DAP..

Kenapalah terjadinya peristiwa ini selepas PRU 13,, alangkah baiknya kalau waktu panas tengah berkempen PRU 13 yang lalu,,,


Thursday, May 30, 2013

Dua ADUN Umno lompat Parti bakal berlaku di Perak ?

Cerita ini aku dengar dua minggu yang lepas lagi, sebelum Zambry angkat sumpah jawatan MB,,, ingat kut khabar angin,,, namun ada kebenarannya..


Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13 - Kerajaan Perpaduan atau Azmin Ali & Gang lompat parti.

Najib sekarang tengah fenin,, apa tak nya wakil MCA bukan sahaja dlm kabinet atau Dun, malah dalam semua agensi kerajaan akan letak jawatan...

Sunday, September 23, 2012

YB Nga Kor Meng - Apa sudah jadi DUN Pantai Remis...!!

YB dua bersaudara sepupu Ngee Koo Ham dan Nga Kor Meng sekarang ini tengah mempopularkan diri mereka sendiri, masing-masing dengan agenda tersendiri., Ngeh semua kita dah tahu,,, sekarang Nga Kor Meng pula penya cerita,,, 


Tuesday, May 29, 2012

SELAMAT TINGGAL UMNO..dari Perak menular ke Selangor....

Penyakit barah yang menular dalam UMNO sebelum ini berlaku di negeri Perak dah mula merebak di negeri Selangor pula,, Insyaallah, ini semua akan membantutkan usaha Najib Bapa Haramjadah dan menawan Selangor....












Tuesday, May 22, 2012

Panas...Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, Zamhuri Md Zin U-TURN ke UMNO semula.

Belum pun se purnama dalam perjuangan,,, tewas ditengah jalan... memalukan... apakah janji-janji manis atau habuan besar dari Zambry terhadapnya....

Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.


Teringat kembali sejarah di ambang kejatuhan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagaimana seorang Adun UMNO DUN Bota Nasharudin lompat ke PKR, tak sempat 48 jam patah balik ke UMNO,,,,





Thursday, May 17, 2012

Dulu Islam, Melayu dan Raja - Sekarang untuk UMNO BN..

He he he standard mengkarong... Inilah rupanya... Berapa puloh ribu RM sekali berceramah agaknya,,, Habislah duit wang ehsan rakyat Terengganu... 




Nak Tunggu Ostad Kazim bila nak berceramah bawah bendera UMNO ,,,




Monday, May 14, 2012

Berita Terkini Panas!!... Tungku Aziz dah join Pengkatak...


Bila aku baru buka saja Fb ,, keletienkek, bunyi signal ada pesanan masuk... 

Bagi tau tungku Aziz dah joint pengkatak,,, apadia pengkatak aku pun tak tau,, dah bermacam nama dan gelaran yang diberi,,, mungkin PERKASA juga agaknya.... 






Monday, May 7, 2012

Hadiah dari jantan Cina buat Najib sebelum PRU13..

Kadir Sheik Fazir menjadi orang pertama keluar dari UMNO, Ong Tee Kiat orang kedua atau Tengku Razaliegh orang kedua.... team NGO Amanah.. 


Tamparan Paling Gempar Buat Presiden Barisan Nasional : Bekas Presiden MCA Bakal Sertai Pakatan Rakyat.. Jom Terjah!!!

Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat pada akhir bulan ini akan keluar MCA!

Mengejutkan, berita tergempar!

Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)!

Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO.

Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.

Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.

Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana.

Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur.

Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini.




Kenapa Program Zambry a/l Kadiaq tiada dalam Laman Web Perak Today..

Semua sedia maklum apa sahaja program Zambry tutun pada berjumpa rakyat semuanya akan disiarkan dalam laman Web Perak Today.. 

Apa tah lagi kalau program tersebut di kawasannya sendiri,,, namun satu program kononnya nak mengambil balik ahli-ahli UMNO yang berhijrah ke parti PAS..  klik gambar-sekitar-15-bekas-pemuda-umno.

Sayang sekali program tersebut hanya dimasukkan dalam satu laman blog pencacai UMNO yang masih belum dikenali ramai,,klik,  http://networkedblogs.com/ 





kenapa jadi begitu..ha,,ha,, ha,, apakah Zambry sendiri sedar ia sudah kena tipu dengan puak-puak UMNO Lekir atau sebaliknya..sehingga menimbulkan kekecohan apabila pihak UMNO telah memperkudakan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan pihak polis untuk membuang bendera PAS dikawasan sekitar tempat program Zambry berjalan... Insyaallah,, aku akan ceritakan isu tersebut.... 

Namun sekejap tadi jam 9.30 mlm  PAS cawangan Batu 14 Lekir mengambil inisiatif mengadakan majlis meraikan kemasukan ke 15 Bekas ahli-ahli UMNO tersebut... 

Klik pada imej untuk gambar besar
Ucapan dari ketua G15.. Encik Zaid..





Ini dia gambar-gambar bekas sebahagian ahli UMNO G15 bersama pimpinan PAS dan PKR Lumut...


Untuk selanjutnya tunggu kenyataan dari ketua G15 Encik Zaid,, pihak Media Perak telah menemu bual beliau,,, Insyaallah akan disiarkan kenyataannya...



Sunday, April 22, 2012

Gambar sekitar 15 bekas pemuda UMNO istihar sokong PAS..

Alhamdulillah, dalam situasi PAS dituduh sesat, namun masih ada lagi hamba-hamba Allah yang ingin menyertainya,,, moga-moga ini sebagai satu kekuatan buat PAS Lumut dan Dato Seri Nizar selakun ADUN Pasir Panjang...


Bro ni aku tak kenal,, cuma apa yang aku dapat tahu namanya Zaid ,, di kenali Zaid Galaksi.. 



 








Bro yang ini dikenali Fauzi.... 




Good Bye UMNO.....

Sumber Gambar... Kredit to Ibnu Rahim ... http://www.facebook.com/photo 



 

Tuesday, April 17, 2012

Pthuiih... Muka metalic macam ni bernila RM440 juta...

Rasa macam nak percaya, sebab dalam politik tak ada yang mustahil..., tetapi bila di lihat pada orangnya entahlah,,,,

gobala440

Manusia jenis ni makan keliling atas bawah, kiri kanan, depan belakang, boleh caya ka,, ish,ish bodoh sungguh kalau betul ada orang yang tawarkan projek tu..kira cerdik juga dia,, harap-harap kut ada lagi belas ehsan seseorang untuk dia nak jadi calon.....





Monday, February 27, 2012

Siapa sebenarnya Hasan Ali...

Tinggal beberapa jam saja lagi, malam ini penduduk sekitar daerah Manjung akan dapat dengar ceramah terhebat dari pakar motivasi yang sekarang ni dah dapat tauliah dari Mufti Perak untuk menyelamatkan akidah umat melayu....

Bila aku balik dari perjumpaan Usrah Kawasan malam sabtu lepas, sesi penerangan telah diberikan oleh ADUN Pasir Panjang sendiri, isu utama kes Hasan Ali. terfikir kenapa begitu teruk sekali...

Walaupun pada mulanya Nizar tak mau kupas bab ni, tetapi nampaknya terpaksa diterangkan juga, cuma disini tak payahlah aku cerita balik apa yang Nizar sampaikan... cukuplah buat aku dah kawan-kawan yang hadir pada malam tu..

Aku nak ajak hangpa imbau kembali nostalgia bagaimana Hasan Ali boleh masuk PAS,, Semua orang masih ingatkan, Hasan Ali masuk PAS bila tragedi Anwargate tahun 1998, Hasan Ali mula popular apabila dia menjadi pengacara Forum Perdana TV1 setiap malam jumaat,bersama ahli panel Dr Harun Din, Tuan Ibrahim, Ismail Kamus dan bebrapa orang lagi,, bila mereka ini semua pakat masuk jadi ahli PAS, Hasan Ali pun tumpang toi sekali,

Maka dijajalah seluruh Malaysia kenapa ia masuk PAS, aku masih ingat,, ia dok jaja waktu tu, dia dah dapat restu dari mak dia sendiri untuk nak jadi ahli PAS.Rezeki dia murah, bila jadi sahaja ahli PAS, dah ada nama dan title, terus diberi amanah jadi calon PAS di Parlimen Parit Buntar dan ADUN Sungai Burung Selangor kalau aku tak silap,, kedua kerusi tu beliau menang pada tahun 1999, lihatlah betapa PAS menjaga beliau, maklumlah bintang ternama...,

PRU11 tahun 2004 Pak Lah ambik alih, ajak rakyat bekerja bersama dengan dia,, menyebabkan BN menang besar, Hasan Ali pun bungkus,, lalu beliau menjalankan bisnes MLM pulak, berapa ramai ahli PAS yang terpaut hati menjadi ahli MLM anjurannya...

dalam pada itu, Nasibnya dalam PAS pun kira OK,, pernah menjawat Naib Presiden PAS seketika, aku tak ingat tahun bila,, dan jawatan yang terakhir dalam PAS sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor...tetapi apa yang aku nak katakan,, nasib beliau masuk tak seperti orang lain yang jadi ahli PAS,, beliau terlalu istimewa dalam pimpinan PAS,

Maka mungkin kerana terlalu istemewa inilah, habuan yang dia dapat terkini pun istimewa juga,, terus dipecat,, Alhamdulillah,, ulama-ulama pimpinan PAS dah tersedar siapa Hasan Ali agaknya..

Apa yang aku dapat tahu, selepas dia dia di pecat, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri datang bertemunya, minta dia buat rayuan kembali, namun sperti yang dirancang aku rasa,, Hasan Ali seumpama nak membakar jambatan dalam PAS, itu yang aku nampak..

Tak terfikirkah kita,, apakah Hasan Ali ni kuda trojan yang dihantar oleh Dr Mahathir untuk mengekang kebangkitan Islam di Malaysia, Yahudi Zionis termasuk Mahathir sentiasa memandang jauh kehadapan tentang masa depan politik malaysia,, kalau Mahathir boleh merancang wawasan 2020, apakah ia tak terfikir juga masa depan UMNO pada tahun 2020, cuba hangpa sama-sama fikiaq sat...

Tergamak Hasan Ali mengeluarkan kenyataannya baru-baru ini dengan mengharamkan umat Islam mengundi PAS, sebab utamanya kerana PAS bekerja sama dengan DAP,,, apakah ini kenyataan yang saja-saja atau suka-suka hati dia nak berkata begitu...

Sedang kita semua maklumkan, Hasan Ali bukan ahli biasa sebelum ni, tak mungkin dia tak tahu apa yang pimpinan PAS termasuk Dewan Ulama PAS putuskan untuk bekerjasana dalam Pakatan Rakyat....., jadi kenapa ia pandai-pandai nak keluarkan fatwa sendiri, siapa dia ni,, doctrate Motivasi na buak hukum syariah,, apa autority nya,, sumber dari mana...

Kalau Hasan Ali betui ada semngat Islam, walaupun ia kena pecat dari parti, tentu ia akan ikut atau mengambil sikap dari kisah beberapa orang sahabat Nabi yang tidak keluar berperang kerana tertinggal, menyebabkan turun wahyu Allah melarang mereka diberi salam, bercakap dan sebagainya, mudah cakap diboikot, menyebabkan golongan munafik mengambil kesempatan cuba nak menghasut ketiga sahabat ni,, namun sahabat ni menerima segala tindakan yang dilakukan oleh nabi keatas mereka,dan menolak untuk khianat bersama golongan munafik sehinggalah turun wahyu hukuman tersebut dihentikan..

Jadi, apakah Hasan Ali tak mengambil sikap sedemikian, menerima dengan terbuka akan kesalahannya,, kenapa nak mempertahankan apa yang beliau lakukan sehingga beliau dipecat...

Monday, February 6, 2012

Perselisihan antara Blogger UMNO - seorang lagi masuk PAS...

Kita sedia maklum sekarang ni berlaku perselisihan/perbezaan hala tuju blogger UMNO antara geng reform Anuar Mohd Nor dengan geng Papagomo dan Parpukari yang tidak ada kesudahan....


Akibat dari kejadian yang belum selesai seorang dari blooger UMNO dengan rela hati telah menyertai PAS,,, Tahniah buat Cikgu Man Waadat... selamat berjuang untuk kemenangan Islam....





Kesian .....Hassan Ali dari pandangan kacamata blogger UMNO..

Malas aku nak komen bab ini,, cuma aku paparkan dari pandangan blogger UMNo yang tiada apa-apa kepentingan diri......

Cantiikkk...atas scallop Umno
.....pentas lak warna PKR?

Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu.

Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentangHassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.Hanya sekadartertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari.

Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.

Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecualiKEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasanPERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.

Dato Mail Kijo dan Hj Aziz Derus cuma duk dalam gelap je..?

Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agendaKUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?

Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampangmemperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.

Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi denganMENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORMuntuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA!Jadi persoalan nya...

APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..???

Sumber :lagi-pasal-jelajah-hassan-ali-di-ampang.



Saturday, February 4, 2012

Zulkifli Noordin menjadi mangsa vandalisime di Manjung..

Petang semalam semasa aku nak pi Tesco Manjung, tertera gambar Zul Kulim di Billboard Taman Berpadu nak masuk Tesco,,, oleh kerana mukanya jenis muka penipu teringin aku nak snap gambarnya..... sekadar buat simpanan...



Malam tadi kat surau sambil dol dengar ceramah maulidurasul dari Uztaz Zulkarnain Ipoh, dok sembang dengan beberapa sahabat,, terbuka cerita muka Zul kena conteng,,, aku tanya bila,,, si sahabat bagitau dari semalam... aku kata biar betul, sebab semalam aku pi Tesco elok gambarnya,, aku tunjuk bukti,, sisahabat mengeras lagi,, ia kata betui,, tk percaya jom pi tengok,, ajak sorang lagi member guna kereta kancil, tinggal ceramah, kami pi tengok,,,

Betui... memang gambarnya kena conteng..... Nasib kolah Zul,,,, nasib conteng aja,,, kalau jumpa muka bertemu muka silap-silap kena ludah....










Thursday, February 2, 2012

Ini dia rupa salah seorang OSTAD Murtad...

Hairan sungguh,,, dah lama tak kedengaran apabila selesai sahaja PRK DUN Galas,,, tiba-tiba timbul balik,,, tumpang ada peluang nak cari populariti bersama-sama dengan Hasan Jati....

alt

Bukan aku nak memandai kata dia ni murtad.. tetapi baca balik kenyataannya....

Mereka beriktikad orang UMNO kafir dan keluar Pas murtad. Sebab itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya.





Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari