Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu.
Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentangHassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.Hanya sekadartertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari.
Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.
Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecualiKEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasanPERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.
Dato Mail Kijo dan Hj Aziz Derus cuma duk dalam gelap je..?
Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agendaKUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?
Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampangmemperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.
Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi denganMENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORMuntuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA!Jadi persoalan nya...
APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..???
Sumber :lagi-pasal-jelajah-hassan-ali-di-ampang.
Sangat menarik. Tapi Yong nak menyimpang sikit le. Yong minat nak jadi ahli Persatuan Alam Sekitar Perak. Camne nak kontek demer nih?
ReplyDeleteSalam...
DeleteYong contact Presiden Alam Sektar Perak Encik Abd Rahman di email arsa49@gmail.com
This man is a disgrace to the 'motivator fraternity'. He just cracked under pressure and failed miserably. Who wants to listen to him anymore !!!
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteGABRA JUGAK HANGPA NOOO!!
This Hasan Ali is a dodgy character. He is much more of a disgrace to moslems. I feel embarrassed just looking at him, let alone listening to his rants. What a twat he is. Even ulamak and Islamic scholars in PAS have disassociate themselves from this munafiq.
ReplyDeleteate lantoknye le...hajabkan dia, peduli hapa dik kamu. udoh memang ghope itu peel oghang ilang kuase...bior dia mampuih dengan roadshownya. buat je koje mike ngambit balik peghok ni. usoh dilayan, usoh diulas pase dia. bila tak sape nyentuh pase dia senyap tumpo le dia dengan sendighinya.
ReplyDeleteOhhh itu ghropenya si hasan ali.
ReplyDeleteMenghayati Surah At-Taubah 9:118 yang menceritakan kesah sahabat Rasullah Ka'ab Abni Malek yang menderita ketika dipulaukan kerana tidak mengikuti perang Tabuk dan berikutnya ditawarkan dengan gangaran lumayan oleh Kerajaan Nasrani supaya memusohi Islam tetapi kekal beriman. Tapi hamba Allah ini jauh bezanya....baru 'kerugian sedikit kuasa' sudah berpaling tadah...Pasal duit kot!!!
ReplyDeleteAyat biasa hassan ali.....Saya rasa..saya rasa.....saya rasa......ayat orang yang tak pasti.......Kesian...Lagi banyak kita bercakap lagi banyak orang meluat kt kita.....tanpa kita sedari kita membuka aib kita sendiri..Diam adalah lebih baik bagi seorang muslim.Moga Allah tunjukkan jalan yang benar kepada kita semua..
ReplyDeleteblogwalking, nice blog, thanks
ReplyDelete