Rahsia Pembangunan Manjung
Intro
Pasai apa aku kata rahsia…sedangkan ianya bukan rahsia pun? Sapa-sapa pun boleh dapat maklumat pembangunan bagi sesuatu bandar itu…asalkan ada duit atau kabel.
Apa yang berlaku di Teluk Rubiah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada semua. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku kalau rakyat tau apa yang dirancangkan oleh pemerintah. Orang kampung sepatutnya tau apa yang akan berlaku di kawasan mereka. Orang pekan sepatutnya tau apa yang sedang dirancangkan dikawasan mereka.
Tapi oleh kerana maklumat ini cukup berharga, maka ianya dirahsiakan dari pengetahuan awam. Yang tau cuma kroni-kroni pemerintah supaya depa dapat mengaut keuntungan.
Aku bagi contoh.
Tanah-tanah kepunyaan orang Melayu di Kampung Changkat Duku sekarang berharga sekitar RM25,000 seekar. Hangpa tau Kampung Changkat Duku kat mana? Ditepi Tasik Chenderoh. Disebabkan tak ada pembangunan, harga tanah itu kekal dari sepuluh tahun dulu sampai sekarang.
Tiba-tiba ada orang datang tanya sapa nak jual tanah. Dia sanggup offer RM40,000 seekar. Orang kampung yang tak tau apa-apa terus jual sebab harganya tinggi. Depa tak tau..harga tanah tersebut akan meningkat sehingga RM100,000 seekar sebab depa tak tau apa yang sedang dirancangkan oleh pemerintah. Yang tau perancangan tersebut ialah puak-puak Umno. Dan depa la yang beli tanah untuk dijualkan semula dengan harga yang tinggi apabila projek pelancungan yang sedang dirancangkan oleh pemerintah dilaksanakan nanti.
Bila projek pembangunan dibuat..masa tu orang kampung berputih mata. Tasik Chenderoh yang dulunya depa boleh tangkap ikan…sekarang dah tak boleh masuk. Sedangkan yang dijual hanya tanah!! Masa tu nak protes atau demo pun tak guna.
Sapa yang tau apakah yang sedang dirancangkan disekitar kawasan Perbandaran Kuala Kangsar? Baru-baru ini ada pameran Deraf Perancangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. aku tanya kat orang Pakatan…sapa pun tak ambik pot. Aku tanya kat orang Umno..pun depa tak tau. Yang tau cuma pemimpin Umno.
Kalau aku nak beli Deraf tersebut..aku kena cari RM250.00. Pasai apa aku nak beli? Tak kan aku kena keluar duit poket aku…kecuali la kalau aku ni ahli perniagaan yang nak cari projek. Tapi sekurang-kurangnya, orang parti kena la beli benda ni…baru la boleh cerita kat orang kampung tentang apa yang Umno nak buat. Nak dijadikan isu untuk modal politik pun boleh.
Tapi bila aku suruh depa beli…depa kata tak dak duit. “Kita parti pembangkang mana ada duit!!” Dah selalu sangat aku dengar benda tu.
Dulu…aku minta parti beli Daftar Pemilih pun depa kata tak dak duit. Tapi yang herannya…buat bengkel pilihanraya kat Danok ada duit. Nak sambut Anwar datang ke Kinta Valley Estate..ada pulak duit untuk sewa bas sampai dua biji.
Ini masalah bila tak tau yang mana satu patut diberi keutamaan.
Masa Pakatan menang di Perak dulu, perkara pertama yang jadi rebutan diperingkat parti ialah nak jadi ahli Majlis. Aku tak mintak walaupun ditawarkan. Lebih baik aku motong getah dari jadi Ahli Majlis yang cuma dapat elaun RM600.00 sebulan. Tapi orang parti sampai bergaduh berebut nak jadi Ahli Majlis. Pasai apa? Pasai jadi Ahli Majlis boleh tau banyak maklumat. Dengan maklumat “first-hand” ini boleh dapat macam-macam komisyen.
Bila dah jadi Ahli Majlis, tak mau pulak cerita kat mesyuarat parti tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ahli Majlis. ada Ahli Majlis yang kata..” tak boleh bagi tau…OSA!!” Anak haram betui.
Bila aku kata…”tak kan nak bagi tau kat parti pun tak boleh?” Depa jawab..”kena pisahkan kerajaan dengan parti.” Anak luar nikah betui.
Tiba-tiba..perkara pertama yang dilakukan oleh ahli Majlis Pakatan Rakyat ialah menaikkan kadar sewa tapakpasar tani dan pasar malam dari seringgit kepada dua ringgit sepetak.
Peniaga pasar tani marah..tapi depa bukan cari ahli majlis. Depa mai pejabat parti. Kat pejabat parti..aku sorang-sorang dok buat kerja parti yang tak bergaji. Peniaga maki hamun aku…masa berkempen nak tolong peniaga pasar tani..tapi bila dah menang terus naik sewa. Hutang Rafidah sebanyak RM60,000 depa tak mau tuntut. Hutang orang Umno beratus ribu depa tak mau mintak…tapi bila MPKK tak dak duit..naik harga sewa peniaga pasar tani. Orang lain yang jadi ahli Majlis dapat elaun, aku yang buat kerja tak dak gaji kena maki. Ada akai ka?
So…sekarang aku nak jadi ahli Majlis Manjung yang tak ada elaun pulak. Kalau orang Manjung nak tau apa perancangan Daerah Manjung..aku akan bagi tau. Kalau hangpa tak dak duit nak beli Rancangan Tanah Daerah Manjung..aku bagi tau. Kat mana nak dijadikan kawasan industri…kat mana nak dijadikan kawasan pelancungan..kat mana nak buat hotel..aku bagi tau. Kalau ada tanah sekangkang kera..jangan jual dulu. Tengok dulu perancangan Daerah Manjung..dan kalau ada yang tak puas hati…boleh protes sebelum ianya dilaksanakan.
Kalau dah jadi macam Teluk Rubiah..dah tak guna dah.
Benda ini juga sepatutnya dibuat di setiap daerah di Perak. Kalau Pakatan Rakyat mahukan undi aku..depa kena janji…bila memerintah nanti, maklumat-maklumat mengenai perancangan bandar dan kampung mestilah percuma dan senang diakses. Kalau Pakatan pun buat macam Umno..sorok maklumat untuk kepentingan diri sendiri..aku buat ABPR pulak. Asalkan Bukan Pakatan Rakyat.
Cuba perhatikan gambar dibawah. Aku potong-potong dan cantumkan supaya boleh masuk dalam blog ini. Hangpa save balik…kemudian paste kedalam Paint atau worksheet…supaya nampak jelas. Kemudian boleh nampak secara dasar tentang apakah pembangunan yang sedang dirancangkan di Manjung.
Kalau ada sapa-sapa yang ada tanah di Kampung Pasir Panjang…Batu 7, Batu 8 dan Batu 9..harga tanah sedang meningkat sebab kawasan tu nak dijadikan Bandar Pelabuhan. Kalau ada sapa-sapa yang bercadang nak buat homestay..kononnya pantai disitu cantik..jangan buat dulu. Sat lagi sapa pun tak mau mai pasai penuh dengan kapal.
Dan bagi sapa-sapa yang ingat nak buat banglo kat Teluk Batik…lebih baik buat tempat beli besi buruk. Sebab Teluk Batik juga akan hancur dalam masa tiga empat tahun lagi. Sama macam Juru di Pulau Pinang.
Hangpa studi dulu peta dibawah..lepas tu aku sambung.
Strategi Pembangunan Manjung
Satu masa dulu, Perak adalah negeri yang paling kaya kerana lombong bijih timah. Ipoh adalah bandar yang paling sibuk dan merupakan bandar dimana mempunyai Mercedes Benz yang paling tinggi didunia..sehinggakan Syarikat Merc memasang logo Merc diatas bukit,berhadapan dengan Hotel Hillcity sekarang.
Tapi dalam masa yang sama, bandar Ipoh dikuasai oleh pembangkang dari PPP. Disebabkan politik, Ipoh perlu dimatikan supaya BN boleh berkuasa. PPP akhirnya berkubur dan sejak itu, BN memegang kuasa di bandaraya Ipoh. Sejak BN pegang kuasa, Ipoh semakin mati. Pekan Ipoh sekarang dah tak ada apa waktu malam…yang sibuk sekitar Jalan Yang Kalsom.
Hangpa nak China Doll, Vietnam Girl, Minah Indon, semua ada. Bapuk pun makin lama makin ramai. Kalau cakap Nasi Ganja..semua orang tau. Tingkat atas kedai Nasi Ganja tu hangpa tau ka ada apa?
Selepas Ipoh, Pulau Pinang menjadi bandar tumpuan. Pulau Pinang adalah bandar pelabuhan bebas cukai. Tapi pasai Pulau Pinang juga dikuasai oleh pembangkang maka Pulau Pianang mesti dimatikan. Akhirnya, status bandar pelabuhan bebas cukai Pulau Pinang ditarik balik pada tahun 1977. Lepas tu Pulau Pinang macam tempat lain juga. Makin lama makin kotor dibawah BN.
Apa akan jadi pada Manjung pada tahun 2020?
Pertama sekali, sebelum kita pergi secara detail, kita tengok dulu Strategi Pembangunan Negeri Perak dibawah BN.
1 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK
Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB) merupakan asas penting di dalam penyediaan RSN Perak 2020. Oleh itu, proses penyediaan RT Daerah Manjung (Pengubahan) 2020 ini memastikan penentuan matlamat pembangunan daerah adalah selaras dan mendokong matlamat pembangunan negeri perak iaitu “Menjadikan Negeri Perak K-State Yang Maju dan Makmur Melalui Pembangunan ICT, Sumberjaya Asli, Modal Insan, Ekonomi, Infrastruktur, Kecemerlangan Urus Tadbir dan Pengekalan Kesejahtaeraan Alam Sekitar”
Kerajaan negeri telah menggunapakai dua strategi utama dalam pembangunan negeri iaitu Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak dan Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB). Strategi
Pembangunan Lestari Negeri Perak merupakan pendekatan strategi bukan reruang yang menggariskan pembangunan secara lestari untuk diterapkan di setiap peringkat perancangan dan pembangunan negeri. SPSB pula merupakan pendekatan strategi reruang yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan reruang negeri secara seimbang dan bersepadu melalui gabungan kekuatan, potensi dan kedapatan sumberjaya tempatan di semua daerah.
Rangka kerja perancangan dan pembangunan negeri telah digubal dari perspektif makro dengan membahagikan Negeri Perak kepada empat zon perancangan iaitu :
i. Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta;
ii. Zon Perancangan Lembah Bernam;
iii. Zon Perancangan Kerian, Larut Matang dan Selama;
iv. Zon Perancangan Hulu Perak;
Dalam konteks negeri, Daerah Manjung termasuk dalam Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta yang merupakan kawasan tumpuan utama pembangunan bagi kawasan tengah perak terutamanya pembangunan perumahan, perbandaran, perindustrian, institusi, infrastruktur dan utiliti, dan pelancongan.
2 STRATEGI PEMBANGUNAN ZON PERANCANGAN METROPOLITAN LEMBAH KINTA DALAM KONTEKS RSN PERAK 2020
RSN Perak 2020 telah menggariskan beberapa fokus dan tema pembangunan bagi Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta iaitu :
i. Ipoh-Seri Iskandar-Lumut-Manjung sebagai Koridor Pertumbuhan Utama Negeri yang dibangun berkonsepkan ”Koridor Bistari”.
ii. Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja dan Kebudayaan.
iii. Industri pelancongan berkonsepkan eko, agro, warisan sejarah, maritim dan komersial.
iv. Penyumbang utama sumber makanan negeri.
v. Lumut-Damar Laut-Segari sebagai “Silver Coast” (Pusat Pelancongan Antarabangsa).
vi. Pangkor sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa dan Gugusan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut Negeri.
vii. Lumut sebagai Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
viii. Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan sumber manusia (Segi Tiga Bandar Mesra Ilmu).
ix. Desa Perlombongan Bijih Timah di Tg. Tualang sebagai tarikan pelancongan
x. Tumpuan kepada pembangunan industri berat dan sederhana yang disokong oleh industri hiliran (IKS).
So…dah dapat sedikit gambaran tentang apa yang dirancangkan?
Masa nak pilihanraya dulu, BN kata Lumut adalah “Bandar Tentera Laut”. Itu
cuma cakap politik sebab nak dapat undi dari tentera Laut. Tapi tak sebut pun
“Bandar Tentera Laut” dalam RSN Perak 2020!!
Apa yang dirancangkan ialah Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
So…orang Lumut jangan senang-senag jual tanah macam orang Langkawi!!
Ini adalah salah satu cara untuk menghalau orang Melayu dari kampung asal
mereka. Kalau hangpa tak halang dari sekarang, tahun 2020 nanti hangpa
duduk flat..orang Brazil duduk banglo kat Kampung Pasir Panjang!!
Yang diatas itu adalah Strategi Pembangunan Negeri. Macam mana pulak
Strategi Pembangunan Manjung?
Strategi Pembangunan Ekonomi Manjung
SPE 1 : MEMPELBAGAI DAN MENINGKATKAN SUMBER PENDAPATAN DAN MENUKAR CORAK HIDUP PENDUDUK SETEMPAT KE TAHAP YANG LEBIH BAIK
Langkah-langkah perlaksanaan :
i. Membangunkan Port City di kawasan persisiran pantai bermula
dari Kampung Pasir Panjang hingga ke Batu 8 Lekir. Pembangunan
Port City ini bukan sahaja membuka peluang-peluang pekerjaan baru
malahjuga akan menjadi pemangkin pembangunan khususnya di
kawasan selatan Daerah Manjung.
ii. Membina Lebuhraya BASeL yang menyambungkan Lebuhraya BASe di Bagan Datoh dengan Lebuhraya SILEX. Pembinaan Lebuhraya BASeL ini akan menjadi pemangkin pembangunan ke kawasan-kawasan dibahagian selatan Daerah Manjung khususnya Batu 7 Lekir hingga ke Kayan.
iii. Membangunkan kawasan perindustrian berasaskan maritim dan bioteknologi di kawasan Tanjung Hantu, Tanjung Batu dan Teluk Mengkudu.
iv. Mewujudkan kawasan perindustrian kecil dan sederhana di Sungai Wangi dan Pantai Remis.
SPE 2 : MENGGALAKKAN KEMASUKAN PELABURAN LUAR TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
Langkah-langkah perlaksanaan :
i.Mewujudkan Zon Ekonomi Eksklusif Manjung (ZEEM) – “Perak
Silver Coast” di sepanjang kawasan persisiran pantai dan juga
kawasan persisiran Sungai Dinding sehingga ke Jambatan Tuanku
PermaisuriBainun.
ii. Membangunkan rangkaian sistem perhubungan daerah
yang komprehensif dengan cadangan pelabuhan baru, lapangan
terbang, hub terminal pengangkutan dan lebuhraya-lebuhraya
baru.
DAERAH MANJUNG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN YANG
UNGGUL DAN MENJADIKAN SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI
SALAH SATU TONGGAK PEMBANGUNAN EKONOMI DAERAH
Langkah-langkah perlaksanaan :
Mempelbagaikan mod pengangkutan di Daerah Manjung dengan pembinaan lebuhraya-lebuhraya baru, hubterminal pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang.
ii. Memelihara aset-aset pelancongan sediada seperti Pulau Pangkor, Pangkor Laut, Gugusan Pulau Sembilan, Teluk Senangin, Damar Laut dan Teluk Batik dengan kawalan pembangunan yang ketat.
iii. Membuat perancangan dan pembangunan semula petempatan petempatan setinggan dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor yang tidak teratur pembangunannya. Ini adalah bagi meningkatkan imej Pulau Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan.
iv. Mengekalkan dan memelihara kawasan semulajadi termasuk hutan simpan dan paya bakau sebagai kawasan pelancongan berasaskan eko-lancong.
Yang ini yang kita kena tengok dan perati baik-baik. Aku bukan town planner…
sebab aku cuma tengok dari sudut alam sekitar dan sosial. Tapi aku tak dapat
nak bayangkan, macam mana industri dan pelancongan boleh duduk sebelah
menyebelah. Sebelah resort..sebelah kilang…tak boleh nak fikir.
Apa yang jelas disini, Lumut akan dijadikan bandar pelabuhan dan
perindustrian..manakala Pangkor akan dijadikan kawasan pelancungan. Nak
tengok contoh…tengok Pulau Pinang sekarang. Seberang Perai..dari Teluk Air
Tawar sampai Batu Kawan dah jadi kawasan perindustrian, manakala Pulau
Pinang jadi pusat pelancongan.
Tapi kat Penang pun ada industri di Bayan Lepas.
Pusat pelancongan terdapat disepanjang Gurney Drive sampai Teluk Bahang.
Kalau dulu perkampongan Melayu terdapat disepanjang pesisir pantai
tersebut, tapi sekarang semuanya berpusat di rumah pangsa Tanjong Tokong
dan Teluk Bahang. Orang Melayu Penang semua duduk flat..yang beli rumah
kat Straits Quay semua Mat Saleh.
Butterworth sekarang menjadi bandar yang paling panas di Semenanjung.
Bagus la…tak lama lagi, Lumut akan mengambil alih Butterworth sebagai
bandar yang paling kotor dan panas. Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih
dan teratur. butterworth akan menjadi bandar industri Hi-tech yang tidak
mengeluarkan pencemaran yang teruk..Pangkor dan Lumut akan mengambil
alih.
Sumber malaysiatimes.
kita bako je kilang brasil tu.. lama bebeno tahan sabo ni..
ReplyDelete"Disebabkan politik, Ipoh perlu dimatikan supaya BN boleh berkuasa"
ReplyDeleteLucu lah. Tak tally dengan apa yg anda tulis sebelumnya.