boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, February 20, 2012

Komen Pembaca Khas buat Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar.

Pagi tadi memang aku terkejut sekejap, Laksma (B) Haji Imran call aku, aku dok ingat kenapa,, nak ajak aku pi teman dia berceramah ka, sebab sekarang ni beliau dah popular,, dipanggil berceramah merata-rata,,, popular dah bro...

Rupa-rupanya dalam beliau dok sibuk berceramah sempat lagi beliau dok jenguk blog cabuk aku ni,, beliau minta aku siarkan balik komen seorang pembaca,, yang aku rasa seorang tentera juga...

Terima Kasih Tuan Haji... Kerana tolong peringat,,, ada juga modal nak update blog...

Entahlah,, dah terlampau banyak sok-sek sok sek dari warga TLDM,, tak larat dah aku nak tulis,, nasib aku dulu macam lain,, nasib sekarang lain pulak,,,

apa pun ako copy paste balik comment ni...

Alhamdulillah. Lebih manis bila tgk warga navy juga berbondong-bondong dtg. Harap perkembangan positif ini menjadi pemangkin kpd gelombang kebangkitan Islam dlm navy. Terlalu byk kecelaruan yg berlaku kini.....ditadbir bukan atas dasar kepentingan perkhidmatan tetapi lebih kepada pertimbangan kepala hangin sang nahkoda semata. Digembargemburkan wawasan utk jadi world class konon tetapi apakah mungkin ‘retorik’ ini bisa tercapai bila bahtera berterusan dikemudi oleh sang nahkoda yang;
i. Suka pakai bomoh sebagai kaedah penyelesaian masalah.............ada ke patut, kapal terbakar ditaburnya beras. Hhmmm lupa nak tanya UAI mlm tadi apa hukumnya amalan sedemikian.
ii. Bongkak dan sombong dgn pangkat dan gelaran yg dimiliki........seolah dialah pemilik kuasa mutlak.....maki hamun pegawai bawahan dah jadi rutin biasa tanpa sedikit pun peduli maruah org yg dihamun.
iii. Pendekatan yg diambil dlm kaedah membangunkan navy bukan atas dasar “know-how tetapi know-who’........kroni diutamakan, ‘musuh’ dibakulsampahkan.
iv. Hilang fokus kpd core bznes. Menang sukan seolah dah macam menang perang....konon itulah mission accomplishment yg paling dibanggakan. Keadaan kapal yg semakin hilang taring (less mission capable) tak penting ........dah jadi low priority. Patut la kadang tu golf dilihat sebagai profession, navy as part time jee.
v. Tidak bersikap apolitical. Dilihat sangat anti kpd pembangkang.........lebih umno dari umno.
ReplyDelete


11 comments:

  1. sapalah kita nk menilai org lain..biarlah ia jadi tugas allah untuk menilainya.tetapi ingatlah dosa org yg membuat fitnah dan menyebarkan keburukan org lain adalah lebih buruk disisi agama.jadi selagi hayat dikandung badan,mintalah maaf sebelum ia terlambat sebelum nyawa dijemput allah.

    ReplyDelete
  2. Patutlah umno/bn memerintah selama lebih 50 tahun, segala kemungkaran diserahkan kpd Allah. Apalah kita siapa buat dosa tanggunglah masing2 sebab kubur masing2.Senang betul jadi penyokong umno segala kemungkaran serah kpd takdir. Kapal tengelam serah kpd takdir. Perbaiki kapal tender penuh rasuah serah pada takdir. Dah takdir nak tengelam nak buat macam mana. Nanti mesia bangkrup pun dah takdir nak buat macam mana.

    Org yg menyalahkan takdir ini sudah mati sebelum mati. Patutlah umno bodohkan penyokongnya macam lembu.

    Ingat sesiapa yg berkuasa akan bertanggungjawab diatas kekuasaanya. Setiap kezaliman pasti ada balasanya samada didunia atau akhirat nanti. Celakalah mereka yg berkuasa tetapi menzalimi org lain.

    ReplyDelete
  3. bakpo tadop button 'Like' di komen Anonymous tu? kalo ade mau teman tekan like 700juta kali...statement no 4 tu yg paling teman setuju sngt ler ngan mr anon ni....adoi....navyku oh navyku....

    ReplyDelete
  4. Haji Imran jenis manusia yg tak tahu mengenang budi....!! renung renungkan lah

    ReplyDelete
  5. I. Guna khidmat bomoh?......KAGAT kena buat siasatan nih. Jgn biarkan navy diselubungi kurafat dan belayar dlm kegelapan.
    II. Suka maki?.......yg ni pun kena minta khidmat ustaz supaya bykkan kuliah kpd org bawahan dlm bab “takutlah Allah, bukan pada manusia”
    III. Kroni didahulukan ......siapa tu? suku sakat Mr Thales ke?
    IV. Sukan diutamakan......patut la ada kes llp yg dah 18thn berkhidmat nak minta sambung takleh tapi kalau ahli sukan senang jee.
    Anti pembangkang? Hehehe yg ni nak kena minta tolong geng2 pakatan buat kunjungan hormat ke kediaman rasminya.......sambil kempen ABU boleh la buat assessment terhadap kos renovation.......oops

    ReplyDelete
  6. Huihhh bahaya betol kenyataan anon0620 tu, boleh lari akidah tu bhai. Salah ke kalau kita serahkan kpd allah atas urusan yg kita tak tahu dan hanya sekadar dengar cerita orang. Cara anon tu bercakap den rasolah ado jugak yg tercicir dari landasannya. Ado sapo-sapo tahu bilo kapal nak tenggolam, tak do do. Apa nak dikaitkan dengan partinya. Kalau awak raso pas tu baik, pkr tu baik sokong je lah. Tak payah kita nak hasut orang lain plak. Adokah ssbab si Dolah sokong umno maka dia tak betol dan awak saja yg betol. Ilmu mano kau belajar ni bhai. Ideologi atau pahaman setiap orang tak sama bhai, ada yg lihat liwat tu sebagai halal dan ado yg tidak. Ado yang aggap islam perlu sokong israel dan ado yg tidak. Itu sendiri yg pikir tak payahlah kita nak dosak orang agar sekedudukan dengan kito pulak. Den dah banyak kali sobut, salah orang cukup sonang kita dedahkan tapi salah diri sendiri tak pernah kita nak ketengahkan. Kalau setakat training mee segera lepas tu nak kutuk navy tak yah la bhai. Biar masak botul dalam navy, luangkan maso banyak sikit dikapal baru kau tahu apa itu navy. Kalau ilmu di dado bolum cukup baik kurangkan bercakap, kuatkan belajar cari ilmu, bila dah ponuh gunalah akal kito utk buat perhiyungan. Den bersyukur sebab pelajaran den memang rondah dan bersyukur navy terimo. Kalau den pandai dah tentu den jadi pegawai navy dan agaknya dah 4 balak apo sekarang. Dah itu ketentuan den, den terimo yo, takkan lah den nak pakso pulak navy supayo naikkan pangkat den sbb den kuek kojo. Nasihat den satu saja, akurlah bahawa kedudukan kito sekarang ni memang dah terbaik dan allah taala dah jadikan apa yg kita ada hari ini adalah sejajar dgn apa yg kita miliki.

    ReplyDelete
  7. apa nak jadi dgn navy ni.... bayangkanlah sepanjang tempoh pemerintahan panglima sekarang macam2 jadi.. tidak ke terfikir ini mungkin merupakan bala yang diturunkan Allah SWT ke atas pemimpin yg zalim. dah 4 kapal terbakar, satu tenggelam walaupun dpat dinaikkan semla dan entah beberapa yg terkandas diperairan cetek. ramai anggota tldm hari ni mengeluh dgn pemerintahan kuku besi ini. bayangkan perasaan anggota yg telah berkhidmat selama 18 thn apabila tidak dpt menyambung perkhidmatan atas alasan yg remeh temeh. antara alasannya berat badan yg lebih padahal tengoklah perut ptl sendiri. pernahkah beliau melihat perutnya dicermin. begitu juga dgn pegawai2 kanan lain. ada yg tidak dapat menyambung perkhidmatan hanya kerana kesalahan2 kecil yg dilakukan berbelas tahun dulu dan mereka telah dikenakan hukuman. tiadakah simpati ke atas anak bini anggota ini yg memerlukan pembelaan.
    apabila anggota kemalangan bukan simpati dan bantuan yg diberi sebaliknya dianggap cuai dan dihukum tidak boleh menyambung perkhidmatan. siapa di dunia ini yg waras akan mencari kemalangan. tidak menjadi rahsia lagi ada anggota yang tikukarkan serta merta hanya kerana tersilap memanggil tan sri sebagai dato'. kenapa terlalu bongkak angkuh dan sombong pemimpin no 1 tentera laut ini. adakah gelaran itu akan dibawa sampai keliang lahad.. fikirkanlah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Saudara dan saudari,
    Saya cuma nak menyatakan pendapat sy sbg seorang warga TLDM yang masih berkhidmat.Saya bkn seorang yang cerah bintang,nak myambung pun belum tentu.Maknanya masa depan dalam TLDM masih samar2.Dan apa yg sy katakan kt cni x de kaitan dgn sesiapa.Saya hy mluahkan pendapat sy,mcm blogger kt cni.Bg sy isu berat badan dalam TLDM bukan isu kecil kerana ia melibatkan maruah dan imej ATM. Kalau nak bandingkan BMI anggota 30 an ngn peg kanan yang 50+ mmg la ssh. Sy rs 90% org yg BMI ni skar nk megawal nafsu mkn dan kurang senaman.maknanya anggota ini sukar nk disiplinkan diri sdiri.Dan cmne nk kekal dlm TLDM dan memimpin anggota bawahan. Pasal isu kemalangan,setahu saya PTL bknlah seorang yg kejam.Beliau akan suruh Pegawai atau anggota yg lebih kanan utk siasat sama ada kemalangan atas kecuaian sdiri atau org lain.Baru hukuman akan dijatuhkan.Bukan semua org yg terlibat dengan kemalangan tak blh smbg perkhidmatan. Isu ditukarkan kerana tak panggiltan sri dato.Saya tak pernah dgr namun pd pdgn saya tan sri tak mgkn akn jatuhkan hukuman utk kali pertama kesalahan.tu maknanya anggota tu da byk kali bt silap.dan anggota yg ckp pon tgagap2 tak ade keyakinan diri.macam mana nak bekerja dengan PTL dan mnolong beliau utk mtadbir TLDM sdgkan ckp pon tgagap2.Kdg2 apa yang saya bc lebih kepada blogger mendengar kata2 dan rungutan org ramai. Pernahkah anda siasat sama ada apa yg dikatakan oleh anggota terbabit benar.Pernahkan anda siasat prestasi anggota tbabit. Kalau diri sdiri malas berusaha,dan tak pernah mnunukkan minat utk maju dlm pkhidmatan jgn nk salahkan perkhidmatan bila permohonan myambung tk diluluskan. Dan saya rs bukan dlm tentera je,klu dlm Perkhidmtaan Awam pun org yang pernah lakukan kes disiplin dan jenayah tdk akn diterima utk bekerja.Samalah mcm isu org yg msuk penjara. Wlupn bt slh skali,da ada rekod.ttp bekas banduan smp la mati. dan nk mtk kerja kerajaan amatlah ssh dan blh dikatakan tak mgkn. Kenapa masa buat kes,masa malas kerja tak pk pon anak bini.tp bila tak blh myambung atas kesalahan sdiri nak pkhidmatan pk anak bini.then nk salahkan PTL.

    ReplyDelete
  9. PTL mmg seorang yg tegas.Namun beliau seorang yg bijak dan mfikiran maju ke depan.Andai 1 hari PTL bersara TLDM belum tentu mdapat ganti PTL yang mempunyai fikiran yg maju spt beliau.Kalau kita nk cr kelemahan org...mmg byk.tp pernah ke kita tgk dan sdar brp byk pengorbanan dan sumbangan dia kepada TLDM dan ATM....Dia pun mnusia biasa.Bkn snang nk jd PTL...nak menguruskan 5 org anggota pon byk ragam inikan pula nk mguruskan 1 TLDM...fikir-fikirkanlah.Jgn hy tahu mgutuk dan komen je....sbb klu anda smua brada kat tempat beliau,blom tentu anda dpt mlaksanakan apa yg beliau telah laksanakan dan pertahankan dlm TLDM.Bukan snang utk jadi PTL. Kalau betul anda ada bukti telah berlaku paniayaan,kenapa tak laporkan pd saluran yg btul.Kenapa perlu menabur fitnah dan menambah dosa.Kamu hy dgr rungutan yang belum tentu benar. Dunia ni ada undang2.Mgkn ada manusia yg myeleweng.Namun klu anda benar dan mpunyai bukti yg kukuh dan lengkap,org yg mganiayai anda tdk akn terlepas.Dan apa pun isu di dalam TLDM jgn la di politikkan. Saya tidak menyebelahi mana2 parti. Seadainya anda adlh pejuang Islam spt yg digembar gemburkan...pikatlah hati rakyat dan kami dgn cerita dan berita baik (yg benar dan tepat) mengenai anda tanpa perlu anda membuka aib org lain.Baik pas atau umno semua sama je. Igtlah anda seronok meletakkan gmbr dan bercerita ttg aib org,satu hr Allah akn membuka aib anda. Selagi bergelar manusia kita tdk sempurna.Andai anda cr kelemahan dan aib seseorang pasti ada. Pk2 kn lah andai anda org yg benar,ingin memperjuangkan Islam. Islam tk mengajar kita maibkan org dan memalukan sesiapa.malah Islam mgajar kita bsabar dan menegakkan kebenaran pd jalan yg benar tanpa mbuka aib sesiapa. Balasan atau ujian Allah yg diturunkan kepada sesiapa pun adlh rahsia Allah.Jgn lah kita memandai2 nk hukum apa yg berlaku tu sbb org tu teruk dan balasan Allah.Kerana bencana yg mnimpa itu ada 2,1 mgkn ujian Allah dan 1 mgkn balasan Allah.Jgn lah pandai2 nk tafsirkan.Ckp isu agama sdgkan ilmu di dada masih cetek. Bclah Al-Quran ttg hukuman Allah pd org yg sentiasa mbt fitnah.Igtlah andai apa yg anda sebarkan tdk benar pd pandangan Allah,berapa besar dosa yg anda dpt dgn mwujudkan blog ini.Saya berharap satu hari bila saya buka blog manjung mari,tiada lagi fitnah dan cerita mengenai aib sesiapa. Saya mendoakan kebaikan utk diri saya dan saudara. Kerana topik ini mlibatkan PTL dan saya pernah bekerja dgn beliau. Selama sy mgenali Beliau,beliau bkn spt yg anda gmbarkan.mgkn beliau ada kelemahan ttp tak perlu utk anda jaja kepada semua rakyat.Kenapa tak pernah anda nyatakan pengorbanan dan susah payah beliau utk TLDM.Bg saya rungutan bekas atau anggota TLDM kebanyakan dtg dr aggota yg bermasalah. Masa bt masalah tak pernh igt keluarga tp bila da jd cmni mula cr kambing hitam. Tak pernah nak muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri. Hy itu pendapat sy.Sy juga anggota TLDM yang belum tentu dapat menyambung perkhidmtan.Malah sy berjauhan dengan keluarga. Anda dan sesiapa shj tmasuk PTL tdk tahu siapa sy. Saya hy myatakan apa yg ada dlm hati sy kerana tlalu byk cerita dan fitnah mgenai TLDM. Pentadbiran dalam organisai dalam mana2 sektor kerajaan atau swasta di tadbir oleh manusia.Dan igtlah mnusia itu ada kelemahan.Apa yg kita perlu bt,bersatu dan sama baiki kelemahan.Tapi bila minta kerja lebih mula la mtk gaji lebih.Ms tu kenapa tak pernah tfikir smua tenaga dan sumbangan yg lebih yg diberikan diberikan pahala oleh Allah.Cuma kita mnusia tk nmpk lg apa yg Allah bg pd kita.yg kita nmpk APc..nek gaji,,duit..duit...X pernah bersyukur dgn apa yg ada.X pernah pk brp ramai org yg lebih ssh drpd kita.....

    ReplyDelete
  10. hahahaha yang tuleh panjang2 tu, semua org yang mungkin di upah atau di arah oleh nakhoda kapala angin tu utk bersihkan nama... jgn nafikan.. memang ada.
    dah mmg kenyataan kapala hangin tu mmg mcm tu....
    tak kena lagi.. puji la melangit...
    dah kena.. maki bertalam....
    sedar2 la diri ye...

    ReplyDelete
  11. Aku ni dah 20 thn lebih berkhidmat dlm TLDM dan dekat nak bersara pun.. sedih dgn keadaan TLDM hari ni berbanding 20 thn dahulu ketika aku mula-mula masuk. Masa aku masuk dulu aset TLDM mmg hebat.. hebatnya aset TLDM bukan kerana kemodenannya tetapi cara ia dijaga dan diselenggara serta tahap profesional anggota yang cemerlang.. Tapi kini apa yg berlaku... apa yg dihuraikan disini oleh ramai rakan-rakan dari TLDM bukanlah satu pembohongan tetapi adalah sesuatu yang benar dan nyata. Lebih baik ia diperkatakan dan dihebuhkan di masa aman sebelum terlewat. Kalau dah jadi konflik dan peperangan dan ketika itu baru nak sedar TLDM tak bersedia mungkin dah terlewat dan tak guna menyesal. Lihatlah apa berlaku di lahad Datu. Perairan negara begitu bolos kerana TLDM tiada keupayaan dan mati pucuk.. Jangan ingat negara luar dan musuh tak tahu keupayaan TLDM hari ni. Mereka juga ada perisikan mereka sendiri dan mereka terlibat dlm eksesais dgn TLDM. Mereka boleh mengukur keupayaan dan kewibawaan TLDM sendiri tanpa membaca Manjung Mari. Sebenarnya kerana kami sayangkan TLDM dan negara inilah kami terpaksa mendedahkan semua ini. Eloklah didedahhkan supaya dapat diperbetulkan segera sebelum terlambat dan TLDM tak mampu menanganIi konflik bila ianya benar-benar berlaku. Cubalah minta TLDM dedahkan berapa platform pelancar peluru berpandu yg mampu melancarkan peluru berpandu hari ni. 20 thn dahulu ada 18 buah kapal tetapi hari ni nak didedahkan disini aku pun rasa takut dan tak sanggup. Cukup utk aku katakan semua ini amat-amat membimbangkan. Aku bimbangkan masa depan negara ku yg tercinta dan masa depan anak cucu kita. Atas dasar itulah segala kepincangan dan salahlaku dlm TLDM perlu didedahkan dan di perbaiki. Panglima Tentera Laut yg ada skrg hanya tahu menuruntaraf aset shj bagi mengelabukan mata kerajaan dan rakyat. Zaman PTL yg lepas beliau bertungkuslumus melakukan yg terbaik bagi mempastikan kesiagaan armada TLDM berada di tahap yg tinggi. Selepas 6 thn beliau meninggalkan TLDM segala usaha gigih beliau punah dgn kepimpinan yg ada skrg. Tanyalah Panglima sekarang berapa kali beliau belayar memeriksa kesiagaan kapal-kapal TLDM sejak jadi boss selama 6 thn,. Jawabannya TIADA!! Yang ada hanya pelayaran mengiringi lawatan kenamaan dan rakan bekas putera beliau.. Yg beliau ada masa ialah utk majlis kebudayaan, keseronokan dan sukan.. armada kapal tiada langsung kepentingan dan keutamaan buat dia.. sebab itu ramai yg terpaksa dedahkan kepincangan TLDM di blog-blog terutamanya Manjung mari ni. Kami sayangkan negara kami dan perlu memperbetulakn kepincangan ini dgn apa cara sekalipun.. Tan sri Aziz hanya membuang masa dan mengaut keuntungan.. Keupayaan kapal diturun taraf namun peruntukkan perbelanjaan senggaraan, wang rakyat yg dibelanjakan terus meningkat. Dimana hasil pulangannya.. Ramai dikalangan pegawai-pegawai kanan yg berkaliber, bertanggungjawab dan amanah serta cuba melakukan perubahan telah pun meninggalkan perkhidmatan kerana kecewa dgn keadaan TLDM skrg ini. Mereka juga ditekan dan dimalukan. Ramai yg di masukkan dlm peti sejuk hanya kerana mempertikaikan kepimpinan atau enggan bekerjasama dengan perompak dan pengkhianat ini. Yg terus naik pangkat ialah kroni dan kaki bodek serta dikalangan mereka yg tidak amanah dan pengecut.. sampai bila TLDM akan terus dirosakkan begini. Maka perlu ada sebahagian dari kita yg berani menyatakan kebenaran dan menentang penjahanam TLDM oleh pemimpin yg tak bertanggungjawab dan korup ini..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari