boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, February 12, 2012

Mustahil PRU13 pada bulan Mac 2012 ...

Secara umumnya adalah mustahil Najib akan mengadakan PRU13 pada bulan Mac depan, kenapa,,, sekarang dah pertengahan bulan 2,,, tinggal berapa sahaja lagi,,, Namun yang itu semua tak penting,, ada satu isu yang menjadi kenangan mengusik jiwa....


MAHKAMAH

ARKIB : 11/02/2012

Urusan kes rayuan dua tertuduh bunuh Altantuya ditetapkan 9 Mac

PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Mac depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hampir enam tahun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan semasa pengurusan kes berkenaan di hadapan Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari hari ini. Jika semua urusan dokumentasi berjalan lancar, tarikh rayuan kelak akan ditentukan pada hari tersebut.

Peguam J. Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah, 34, ketika ditemui pemberita memberitahu, anak guamnya belum memfailkan petisyen rayuan kerana pihaknya masih belum menerima alasan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Menurut beliau, ketiadaan alasan penghakiman menjadikan rekod rayuan yang diperoleh tidak lengkap dan menyebabkan pihaknya tidak dapat memfailkan petisyen yang mengandungi alasan-alasan rayuan.

Ujarnya, setakat ini pihaknya sudah memperoleh 40 jilid dokumen dan masih menunggu dari mahkamah baki kira-kira 17 jilid daripada keseluruhan rekod rayuan yang mencecah 60 jilid.

Sementara itu, Kitson Foong yang hadir bersama-sama Lim Kon Keen mewakili Sirul Azhar, 28, memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan petisyen rayuan dan mungkin menimbang untuk memfailkan alasan rayuan tambahan jika diperlukan.

Timbalan Pendakwa Raya, Devinderjit Kaur Gill hadir bagi pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam rayuan tersebut.

Kedua-duanya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan mereka pada 9 April 2009 terhadap tuduhan membunuh model sambilan itu yang ketika kejadian berusia 28 tahun.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin mendapati Azilah dan Sirul Azhar bersalah setelah berpuas hati bahawa pembelaan mereka merupakan penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta bertujuan menyalahkan di antara satu sama lain.


4 comments:

  1. La...ingat da kene gantung da dua ekoq polis neh..ada lagi rupanya...

    kenyang da kot...tgok badan depa dtg mahkamah sat g...

    ReplyDelete
  2. Aku Setuju..... Pembayaran wang " BRIM " akan berakhir 16hb. April, 2012.....

    ReplyDelete
  3. bodoh punya manjung mari...komen yang dia suke je keluo kat cni..inilah susahnya kalo org yg takde ilmu berlagak nak tulis dalam blog tapi ikut sedap sendiri je tanpa bukti...tuduh orang lain fitnah tapi diri sendiri tak mengaku...laknatlah ke atas kamu dan ahli keluarga kamu

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari