boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, February 11, 2012

Terima Kasih Majlis Perbandaran Manjung - Baki Lebihan Cukai Pintu dan diterima...

Dalam beberapa minggu lepas aku ada keluar isu cukai pintu yang secara senyap-senyap naik 1%, klik SINI...

Akibat dari berita tersebut, ramai pihak yang tak puas hati dan bercadang nak buat piket ramai-ramai di hadapan pejabat MPM dan juga semasa Najib mari majlis CNY di Setiawan...

Pihak MPM telah mengambil keputusan menurunkan balik kadar cukai pintu mengikut kadar tahun 2011.. aku yang yang dah bayar awal merasa ini satu penganiyaan,,, menyebabkan 2 minggu lepas, aku cuba telefon MPM dan bertanyakan isu tersebut, dengan baik hati pihak yang menjawab bagi tau aku boleh tuntut balik baki lebihan dengan membawa resit bayaran dan salinan IC,,
Bila aku sampai ke pejabat bahagian penilaian seperti yang dimaklumkan,, lain pulak ceritanya,, staf di sini macam tak berapa nak mau bayar balik, mereka menyarankan aku carry forward ke tahun depan, menyebab aku ungkit balik kenapa dalam jawapan telefon kata boleh,, staf tu jawab, itu seksyen lain,, pulak,,

Aku ambik jalan mudah,, aku bagi tau,, waktu MPM keluar arahan suruh bayar,, saya bayar tanpa banyak soal,, sekarang saya mau MPM bertindak secara profesional,, bila dah ambik kenalah baya balik,, diam sekejap mereka,, mereka bagi tau, resit bayaran aku akan diambil terus untuk tujuan odit, dan digantikan dengan salinan photostat, aku jawab ambiklah..

Makan berlakukan proses-proses kerja,, dan aku diberi tempoh dalam masa 7 hari bekerja,, aku jawab OKlah,, terima kasih....



Pukol 1 lebih tadi posmen macam biasa sampai kat depan rumah aku, dia bagi hos motornya,, aii berdetup hati aku, kena saman ekor lagi ka,, mamat posmen terus mambeca nama aku,, aku pun mengaku,, siap pakai pos laju dan AR Register,, dua tempat aku kena sain untuk nak dapat cek dan baucer bayaran dari MPM rupanya.... Terima kasih Majlis Perbandaran Manjung,,,

Bukanlah banyak sangat pun lebihan tu,, tak sampai RM50.00,, tetapi bila dah jawap kata boleh tuntut aku pergi lah,, bukan apa,, rasa-rasanya Pakatan rakyat akan menang nanti PRU13,, mana tahu sebagai hadiah kemengan semua cukai pintu rumah kediaman dihapuskan pada tahun depan....

Jadi sesiapa yang dah bayar mengikut kada 10.50% hangpa boleh pi tuntut balik,,, tak payah nak carry forward,, tahun depan macam-macam cerita boleh jadi... macam-macam boleh berlaku...

Terasa kesian juga kepada staf-staf MPM yang dah kena buat kerja lebih akibat dari perkara ni,, tapi aku nak buat macam mana,, jangan salahkan aku,, salahkan lah pihak atasan MPM yang pandai-pandai sangai nak mendera penduduk... Apa yang pihak atasan MPM dan ahli-ahli majlis fikirkan aku pun tau,,, bengong dan menyusahkan kakitangan bawahan...siapa ahli-ahli MPM,, majoriti pemimpin UMNO dan BN,,, termasuk YDP MPM pun sapa yang tak kenal,, memang UMNO karat Hijau..,

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari