boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, February 18, 2012

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN akan ganti Zambry sebagai MB Perak..



MB PERAK AKAN DI GANTI DENGAN MB BARU TAJUDDIN ABDUL RAHMAN PENGERUSI FELCRA YANG TERKENAL IDEA YANG BODOH BIN BANGANG SEMASA DI PERSIDANGAN PARLIMEN
LALU ,
------------------------------------------------


Dalam tempoh beberapa bulan lalu Najib sudah melakukan dua kali lawatan politik ke Perak. 18 Februari, Najib sekali lagi melakukan lawatan ke Perak. Kekerapan beliau melawat Perak adalah menandakan pilihanraya umum sudah semakin hampir dan juga untuk memastikan BN dapat terus berkuasa di negeri "Kejor Yob Kejor" itu.

Dalam pilihanraya 2008, BN Perak yang ketika itu dipimpin oeh Tajol Rosli telah tumbang di Perak. Bagamaimanapun dengan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat parti kemudiannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang ketika itu dipimpin oleh Nizar Jamaluddin akhirnya tumbang. Dr Zambry kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak.
Berdasarkan senario itu, politik Perak memang panas. BN yang memperolehi kuasa melalui "pintu belakang" dan "kuasa mahkamah", kali ini mahu membuktikan bahawa rakyat Perak akan terus menyokong mereka. Bagi PR pula, yang merasakan kuasa pemerintahan mereka telah "dirompak" secara tidak sah, turut mahu membuktikan gabungan Pas, DAP dan PKR benar-benar diterima rakyat Perak dalam pilihanraya kali ini. Azam PR bukan setakat untuk menang, tetapi dengan jumlah majoriti kerusi DUN yang lebih besar lagi.

Sebagaimana sibuknya Najib dan diikuti Muhyiddin juga kerap melawat Perak untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN Perak, PR juga turut sibuk dengan pelbagai program untuk menawan kembali negeri itu. Malahan kali ini, Pas Perak mensasarkan untuk menang di 15 kerusi DUN di Perak.

Kekerapan Najib melawat Perak, tidak dapat tidak, adalah untuk melihat sendiri persiapan jentera pilihanraya negeri dan sejauh mana arus sokongan rakyat benar-benar mantap serta meyakinkan.

Dengan lawatan Najib ke Perak esok, antaranya bertemu dengan masyarakat Felcra di Pasir Salak, mungkin disertai dengan pemberian beberapa "gula-gula" lagi ia tidak lain ialah untuk memantapkan sokongan orang-orang Melayu Perak kepada UMNO dan BN.

NAJIB MESTI FAHAM YANG DATANG KE PERAK DI PASIR SALAK BUKANNYA RAKYAT PERAK SENDIRI IANYA BERATUS-RATUS BUAH BUS DARI NEGERI DI SEMENANJUNG INI TELAH DI ANGKUT KE PERAK DENGAN BERBEKALKAN RM 100 DUIT SEORANG SEBAGAI GULA-GULA ,INI SATU PEMBOHONGAN YG DI LAKUKAN OLEH TAJUDIN RAHMAN DAN AMNO
YANG BERCITA-CITA MERAMPAS KERUSI MB PERAK DARI ZAMRI .


Ada kedengaran juga cakap-cakap bahawa stail kepimpinan Zambry yang terlalu menonjol mirip Dr Khir Toyo itu tidak akan mampu menjanjikan kejayaan yang berpanjangan kepada UMNO dan BN Perak. Maka, pilihan yang logik ialah mesti didatangkan seorang calon Menteri Besar baru yang agak sederhana dan boleh diterima oleh semua pihak.

Selain tekanan daripada orang-orang lama, Najib sendiri memerlukan orang yang benar-benar dipercayainya dalam politik Perak. Zambry bukanlah orang Najib serta tidak pernah mempunyai hubungan politik yang intim dengannya sebelum ini dan beliau dipilih menjadi Menteri Besar oleh Tun Abdullah Badawi. Dalam sejarah politiknya, beliau lebih mempunyai hubungan yang rapat dengan Muhyiddin dan pernah mengetuai CELDES, sebuah badan pemikir untuk Muhyiddin ketika beliau menjadi Naib Presiden UMNO.

Orang yang menjadi kepercayaan Najib di Perak ialah TAJUDIN RAHMAN dan HUSNI HANAZDLAH pilihan Najib untuk menggantikan Zambry ialah TAJUDIN RAHMAN yang memangang sebagai Pengerusi FELCRA yang mempunyai dana yang besar bagi membantu AMNO nanti

Kekerapan Najib turun ke Perak adalah bersifat serampang dua mata sebenarnya, untuk memastikan BN menang dan meninjau-ninjau calon yang sesuai menggantikan Zambry di Perak. Berdasarkan pendapat semasa dan sumber yang rapat dengan kalangan UMNO Perak, kemungkinan besar calon yang menggantikan Zambry ialah antara TAJUDIN RAHMAN. Najib dikatakan amat memerlukan dan selesa dengan peranannya di FELCRA.

Berdasarkan realiti politik, Najib memang tidak ada pilihan selain menggantikan Zambry dengan orang yang benar-benar dipercayainya. Kebimbangan utama Najib ialah bilamana BN tidak memperolehi majoriti yang selesa selepas pilihanraya nanti yang memungkinkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO akan dicabar dalam pemilihan UMNO selepas itu. Dengan Perak mempunyai 25 bahagian UMNO serta menyumbang jumlah undi yang banyak dalam menentukan hidup mati sebagai Prediden UMNO, maka kawalan terhadap UMNO Perak amat-amat diperlukan.

Mengekalkan Zambry terus kekal di Perak amat merbahaya bagi Najib, lebih-lebih lagi jika selepas pilihanraya nanti timbul desakan agar Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO berdasarkan prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU 13.

Dengan meletakkan TAJUDIN RAHMAN sebagai Menteri Besar Perak, Najib bukan sahaja dapat memastikan masa depan politiknya lebih terjamin jika beliau dicabar, tetapi juga berupaya menyediakan laluan yang lebih selesa untuk sepupunya, Hishammuddin Tun Hussein mendaki puncak kuasa.

Bagi Zambry pula, meskipun beliau akan dibawa di Pusat seleas pilihanraya ini tetapi tiada jaminan beliau akan diberikan jawatan menteri penuh dalam kabinet Najib Beliau mungkin mengulangi sejarah Ramli Ngah Talib yang hanya dijadikan timbalan menteri apabila dibawa ke Pusat


Rata-rata rakyat dan warga FELCRA kenal siapa Tajudin Rahman yang bersikap Bodoh semasa di Parlimen..

Sumber : http://www.facebook.com/photo.


Zambry boleh tidur lena lepas ni tanpa gangguan...

5 comments:

  1. Adik Yong yang nakal kata, sejak rampasan kuasa dulu, siang malam seroper je. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. Mamat hancur kebun nk di angkat jd MB Perak?Mnta simpang malaikat 44!

    ReplyDelete
  3. SAMSEN KAMPUNG DUSUN NAK JADI MB?????????????? Jangan haruih komer hoi.. jangan dibiorkan samsen tu jadi MB.. tumpor komer nanti.

    ReplyDelete
  4. steady Datuk Tajuddin! u`re de best!

    ReplyDelete
  5. Dt Taj.... memei garang dlm perjuangan membela Agama,bangsa dan negara.. meminpin memei ler kena garang jika tidak,kena pijak ler dgn puak2 yg mengambil kesempatan ni...
    tapi sebenornya komer x kenal lagi dgn Dt Taj ni....
    garang bertempat ,budinya ,baktinya kpd masyarakat adalah terbaik...
    hampir sesiapa saja yg dtg berjumpa dgn nya ,boleh berbincang dan diberi pertolongan sedaya mungkin..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari