boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, November 19, 2011

Dr Asri dah mula tunjuk tauliah kepada EXCO agama Selangor, pening aku...

Kalau boleh malas aku nak sentuh isu Hassan Ali,,, sebab PAS pun dah lepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Selangor,,,

Tetapi bila isu kristianisasi ni cuba dimainkan lagi, aku tak tau kut mana yang dia maksudkan,,, pening-pening... Lagi pening Mantan Mufti Dr Asri pula persoalkan,,, he he ,,,, itulah,,, dulu JAIS gatai dok cari pasal pi tahan dia pasal tauliah kenapa,,,, sampai naik ke mahkamah.....ha ha sekarang Dr Asri dah mula tunjuk tauliah kat EXCO agama Selangor..ambik ko Hassan Ali...

Lagi kecoh kisah begini dah jadi perbualan sampai ke negara jiran....

Mudah cetak
E-mel

19 Nov 2011

LUAR NEGARA

DAKWAAN MURTAD GUNA BIBLE BERTEKNOLOGI CANGGIH

'Kenyataan Hasan satu penghinaan ke atas Muslim'

Bekas mufti Perlis gesa pihak berkuasa agama Selangor dedah nama Muslim yang didakwa murtad
KUALA LUMPUR: Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan Bible berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

'Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan terhadap masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,' katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada laman berita The Malaysian Insider, semalam.

Zamil Pusat Pengajian Islam Oxford itu berkata bahawa di Malaysia bacaan Al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, televisyen, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan Al-Quran itu setiap hari.

Sebaliknya, tegasnya lagi, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible, atau 'solar-powered talking Bible'.

'Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar Al-Quran terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible. Tindakan ini seakan-akan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi Al-Quran,' tambahnya.

Kelmarin, satu laporan The Malaysian Insider memetik jawapan bertulis Dr Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno kerusi Sungai Burong, Datuk Mohamad Shamsudin Lias, bahawa ada sesetengah gereja di Malaysia yang cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti Bible menggunakan kuasa solar.

Dr Hasan berkata penganut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti Bible menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.

Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam di negeri itu berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian yang kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.

Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya dan Jais pada awal Ogos lalu.

Dalam reaksinya, Dr Mohd Asri berkata 'bagi saya, maaf terpaksa katakan, bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup dalam zaman teknologi'.

'Hari ini segala bacaan sama ada Al-Quran ataupun Bible boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan download semua bacaan ini. Tidak perlu bersembunyi bagi mendapatkan atau mendengarnya,' katanya lagi.

Selain itu, Dr Mohd Asri juga menggesa pihak berkuasa agama Selangor supaya mendedahkan nama-nama umat Islam yang murtad jika benar-benar pemurtadan berlaku dengan serius di negeri itu.

'Perlu tanggungjawab atas dakwaan ini... saya mengharapkan pihak beliau boleh mengeluarkan nama-nama mereka yang berkenaan jika benar wujud.

'Kedua, dengan senarai nama itu, boleh membantu pihak lain membuat kajian tentang punca murtad jika benar berlaku,' tambahnya.

Sumber berita cyberita.


1 comment:

  1. hahahahh HASAN ALI ni BANGANG sikit ajer dari Tuanpunya MANJUNG MARI ini hahahhahah jgn arah skot,, gua kenal lu,, lu dulu emmang jonggos hahahha

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari