boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, November 13, 2011

UMNO dah mula berserabut - Menterinya sendiri suruh rakyat tukar Kerajaan..

Kelentong UMNo dah mula tak menjadi buat rakyat-rakyat di Kampong Baru Kuala Lumpur, rakyat disini tak seperi mana rakyat Melayu di kampung atau felda yang mudah kena kelentong...

Bahasa

Kg Baru: Tukar kerajaan jika tak percaya agensi awam, kata menteri

November 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Di sebalik kontroversi berterusan berhubung soal pembangunan Kampung Baru — penempatan eksklusif orang Melayu di sini — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, rakyat boleh menukar kerajaan melalui pilihan raya umum jika tidak percaya langsung dengan agens-agensi dibentuknya.

Bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini menegaskan “mereka kena bagi kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah sekarang.”

Menjawab soalan mengenai penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Raja Nong Chik (gambar) berkata, agensi itu diwujudkan secara rasmi untuk mengadakan pembangunan secara besar-besaran dan ia sah di sisi undang-undang sebagai penyelaras pembangunan secara keseluruhan.

“Tetapi ia bukannya nak ambil alih hak milik tanah,” kata beliau dalam temu bual dibawa Mingguan Malaysia hari ini.

Katanya, penubuhan perbadanan itu, yang dibolehkan menerusi Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat awal bulan lalu, sepatutnya tidak dipertikaikan kerana ia adalah entiti dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Usaha menggubal rang undang-undang sejak awal tahun lalu berhadapan dengan protes dan kontroversi tetapi pentadbiran Najib berkata ia telah mendapat sokongan majoriti pemilik tanah.

“Ia bertanggungjawab kepada kerajaan dan kerajaan pula bertanggungjawab kepada rakyat.

“Kalau tidak percaya kepada agensi kerajaan, pada saya maknanya, mereka tidak percaya kepada kerajaan yang ada dan kalau tidak percaya, mereka kena tukar melalui pilihan raya. Tetapi pada masa ini, mereka kena bagi kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah,” kata beliau lagi sambil menambah, kelulusan rang undang-undang itu adalah “peluang terbaik” untuk membawa pembangunan di Kampung Baru yang berusia lebih 100 tahun.

Kawasan itu mempunyai 800 lot tanah dan hampir 5,000 pemilik.

Menjawab soalan sama ada pilihan raya umum ke-13 dilihat akan menjadi penghalang kepada kejayaan perancangan kementeriannya, Raja Nong Chik berkata, “bagi saya mudah sahaja.”

“Biar pilihan yang tentukan. Jika ia mengatakan untuk teruskan pembangunan itu, kita teruskan,” kata beliau.

Justeru kata beliau, apa yang penting ialah kehendak majoriti dan “cuma apa yang saya minta ialah agar mana-mana pihak jangan keliruka pemilik dan pewaris sehingga akhirnya mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk memajukan tanah milik mereka.”

Kata beliau, pihaknya bukan hendak mempolitikkan perkara tersebut dan betul-betul mahu tanah orang Melayu itu dibangunkan kerana “kalau kita fikir politik, baik kita tumpu pada kawasan-kawasan lain dulu sebab ia terlalu sensitif dari segi politik.”

Itu sebabnya kata beliau, pihaknya tidak kisah sangat mengenai pilihan raya umum kerana ia program jangka panjang.

Raja Nong Chik berkata kerajaan tidak mahu menekankan soal pembangunan secara kecil-kecilan sahaja, sebaliknya mahu membangunkan pada skala besar-besaran macam kawasan Iskandar di Johor, tetapi apa yang istimewanya adalah kerajaan “membangunkan tanah milik orang, selalunya kita bangunkan tanah milik kerajaan.”

“Jika model ini berjaya, kita akan gunakannya pada kampung-kampung Melayu di sekitar Kuala Lumpur atau lain-lain tempat,” katanya lagi.


Menteri ini memanglah pandai cakap lepas aja,, sebab dia sendiri pun menteri pungut oleh Najib,, agaknya ia pun pening,, kerusi mana di Wilayah Perseketuan yang selamat untuknya bertanding kalau nak jadi Menteri lagi,,, tarikh tempoh senator dah nak expired date dah.... pening...pening...



3 comments:

  1. Mereka tak percayaan kepada kerajaan yang memerintah sekarang nak wat camna tunggulah PRU13 kita buka cerita baru. Awak berehatlah dulu Datuk usah nak pikir2.

    ReplyDelete
  2. SAYA SOKONG KATA2 MENTERI INI SUPAYA KITA TUKAR KERAJAAN,,,,

    ReplyDelete
  3. Harap jelas apa yang dinyatakan oleh menteri ini adalah benar.Sememangnya projek Kampung Baru ini bakal memberikan keuntungan kepada orang Melayu khusunya masyarakat Kampung Baru.Janganlah mudah percaya dengan agenda pembangkang yang hanya pandai memberikan gambaran buruk.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari