boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, November 13, 2011

Awas - Maklumat untuk bersama..

Sekadar dah memperingati para pembaca blog aku semua,




Mungkin ada kawan-kawan aku bekas anggota TLDM yang mengenali mamat gambat di atas ni...

Nama dia Mohd Ezani bin Latif... Anggota TLDM cawangan Komunikasi (RO) asal orang kelantan....

Aku memang kenal baik dengan dia ni, sama-sama bekerja di satu tempat satu ketika dulu, sama-sama pergi ke luar negara di Indonesia dan Filipina... tinggal sebilik...

Semenjak dalam Navy lagi dia ni suka buat kerja sambilan menjual barang-barang dari Indonesia dan menjadi broker kereta...

Bila dia pencen, ada seketika dia membuka kedai kereta second-hand, tetapi sekejap sahaja, lepas tu balik ke Ipoh, sebab ia beli rumah kat Ipoh, kerana bininya berkerja sebagai jururawat di Ipoh... Putus hubungan hampir 10 tahun...

Nak jadi cerita pagi Jumaat yang lalu ia telefon ke rumah aku, pakai telefon rumah,,, terkejut aku bila bini aku angkat telefon kata mamat ni telefon aku, aku pun jawab, tanya khabar berita sebab lama tak jumpa... cerita punya ceita ia kata ia ada masaalah,, nak minta tolong aku,,, aku pun tak bersangka buruk atau sesuatu, sebab memang selama aku kenal dengan dia, dia tak pernah buat hal yang menyakiti hati aku pun, jenis budak baik...

Dia menceritakan sedang menghadapi masaalah, kononnya card CIMBnyatelah kena telan mesin kat Melaka, kerana menziarahi anaknya di UNIKL Melaka, tinggal satu kad lagi Maybank, bila pi jolok cuma baki tinggal RM120.00 sahaja,, jadi minta jasa baik aku tolong berapa yang boleh, RM200 pun jadi la...

Aku bagi tau kat dia, yang aku pun dag 6 bulan lebih tak kerja, duduk rumah sahaja,, tetapi ia merayu-rayu juga, terasa kesian juga,,,secara tak langsung aku berjanji akan tolong dia,, minta tempoh dalam 2 jam,,, dia pun bagi nombor akaun Maybank dia...

Terpaksalaj aku pakai seluar dan baju nak keluar, bini aku siap tanya, aku pun cerita,,,,, bini aku pesan, awas,, banyak dah kejadia yang lebih kurang cerita sebegini berlaku,, aku masih bersangka baik,, tak kan seorang kawan baik nak pekena seorang kawan lain,, tak cerita banyak,, aku pun pi transfer sebanyak RM200.00...

Petang tu jam dekat pukol 7 dah, ia telefon balik, mengatakan dah terima ucsap terima kasih,, aku pun tanya hal anak dia apa semua,, ceritanya ia malam nanti baru nak balik Ipoh,,, aku dok sangka ia telefon tu ingat nak minta nombor akaun aku la,, nak bayar bayar balik,,, rupanya haram tak tak tanya pun... cuma telefon ucap terima kasih....




Pagi tadi, aku pergi kulaih bulanan Taqafufiddin di Surau Madah,, jumpa seorang bekas Navy juga, masih buat niaga jual kereta second juga,, dan orang kelantan juga... dalam kuliah tak sempat nak sembang banyak,

Nak jadi cerita, hari ini surau ada menyediakan makan tgh selepas habis kuliah,, jadi masa makan tu, aku duduk bersebelahan dengan member ni,, entah macam mana tergerak hati nak tanya kat dia,, dia pun kenal, sebab sesama bisnen kereta, lepas tu satu negeri pulak... bila aku tanya saja,, terus si member ni tanya aku balik aqpa yang berlaku,, sama sebiji jalan ceritannya apa yang berlaku kat aku,, member ni minggu lepas dah kena,, tapi ia tak bagi sebab ia pi tanya buat pengesahan dengan sesama geng-geng dia yang lain,,, rupanya dah ramai yang dah terkena dengan dia,,, ada yang terkena dan ada yang tidak... aku mungkin orang yang terakhir kawan-kawan rapatnya yang terkena....

Tak apalah,,, dah nak jadi rezekinya,,, tetapi apa yang aku dok terfikir kenapa boleh jadi demikian,,, sedangkan dia ni sebelum ni hebat,, pakai kereta pun bukan calang-calang kereta,, kalah pegawai.... entah... mungkin tersangkut dengan ah long agaknya.....

Jadi sesiapa yang kenal dengan ni hati-hatilah,,, biar aku seorang terkena, hangpa kalau rasa banyak duit nak bagi tu lainlah.kalau rasa nak bagi kat dia,, hangpa bagi kat dulu lagi baik,, ganti duit yang aku bagi kat dia.......


9 comments:

  1. Salam Boh, Tak sangka saya saudara pun dah terkena juga, sebelum ini dari Langkawi smpai ke Sabah, habis dia dah telefon dengan cerita yang sama, Ramai dah terkena, dengar cerita juga dari kawan2 yg rapat dengan dia rumah kat ipoh dah ditinggalkan, dulu dia ni rapat dengan Dto Zamri MB Hrm tu,mungkin dah habis projek kut. Anggaplah sebagai sedekah saja kerana dlm keadaannya sekarang rasanya susuh la dia nak bayar balik tu, En arif Fadilah Coxn Protela pun kna Rm300,dia skrang kat Langkawi.

    ReplyDelete
  2. aku pun kena kat kenalan lama , bekas ketua pengawas /ketua pelajar Sek Men Mudzaffar Shah kat Simpang 4 , semanggol , kitaorang panggil Abg Lan... dia ni keja Pegawai Polis , pegawai beb , bukan koperal ... last last tipu duit kawan RM 200 , bukan bole kaya pun , tapi maruah dia -- hissh cuma RM 200 je , hilang rasa hormat , dulu nenek ada pesan , bila bagi pinjam duit kat kawan , mesti sedia dikorbankan .. cis bedebah , dlm FB dia lepas pinjam duit, melancong , beli henpon baru . Haram jadah punya banjar

    ReplyDelete
  3. Tu la hang, suka sangat dok letaK kaki dlm mulut tun mahadir, sekarang ni kaki au pulak kena masuk besi, pastu tk kerja plk 6bulan, nasib baik ada balance rm 29++ lagi, kaya juga kau yer, 6 buln tk kerja ada belen bnyk, ke kau songlap duit tabung madah? Ye la ni,',,,, esok bob kelarah akan buat ceramah tahik kucing, bila ada derma nanti, kau kira pastu kau selit sikit dalam kain pelikat kau yer, dah lm dh org dok perati kat kau',,, jga jaga lah yer,

    ReplyDelete
  4. orang meniaga, ada pasang surut. nasib baik dia minta 200 je, kalau dia tipu 2000 lagi naya. setakat 200 tu mungkin dia dok fikir boleh bayar balik bila dapat projek atau kena loteri.

    letak gambar mamat tu macam tu, habis lah harapan dia nak kejar projek baru.

    ReplyDelete
  5. ada navy tipu duit
    ada Navy tipu cerita
    ada navy tipu navy
    ada navy tipu orang awam
    ada navy dok tulis tipu
    ada navy dok tipu tulis
    ada navy penulis tipu
    ada navy tipu penulis
    Navy ... Navy ..... he... he...

    ReplyDelete
  6. Salam Bro ...

    Islam pun x mengalakan membuka aib seseorang, saya rasa tindakan Manjung Mari mempamerkan wajah mamat tue adalah keterlaluan . Nak kata x paham agama pandai lagi kot dari TGNA . Tak payah la Manjung Mari nk kondem seseorang terlalu lebih sangat .. ingat mungkin ada hikmah dengan kejadian yng menimpa anda . Bisniz ada pasang surut .. Manjung Mari bolehlah lps pencen terus keja dgn ornag lps tua bini pula ada keja dgn gomen .. Pikir2 la Manjung mari ...

    ReplyDelete
  7. anon yg komen si MM ni..cuba korang plak kena tipu,adakah korang marah x...bangang punya orang

    ReplyDelete
  8. Wei. Klu.dah kita kena tipu, tu tndanya allah bg kifarah, maka kena la muhasabah, dn juga alllah nk uji thp kesabaran kkta lA ngokkkkkkkk sekelian,,, ckp berdegar degar, klu kena btg sendiri,,,thu plak meroyan,, memang celaka gmpng la puak puak mm ni,,, hei setannnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat dengan anoy 1:08...baca jugak lah blog MM ni...... tapi langsung mengambarkan seorang yang muslim yang baik.... hanya penuh dengan cacian,makian....sesama muslim pulak tu... Kalau ikut kata para alim ulama.. selepas menunaikan haji... perangai akan bertambah baik... tapi kalau dok maki orang dok kutuk orang.... entahla..... pembalasan dah diterima....kaki sakit... kena tipu... Kepada Manjung Mari...tunjukkan sikap sebagai seorang muslim yang baik dan ahli PAS (kalau ahli)yang berhemah tinggi...tunjukkan tauladan yang baik yang melambangkan ahli PAS bukanlah untuk menghina orang...mencaci orang... gunakan bahasa yang baik untuk menegur. Wassalam

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari