boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 10, 2011

Mohd Nazifuddin pewaris takhta Dato Ser Najib..

Anak Najib berusia 28 tahun cipta tsunami dalam pasaran saham




Saham-saham dalam firma kayu bermasalah, Harvest Court Industries Bhd, telah meningkat setelah sembilan tahun disebabkan Mohd Nazifuddin Najib, anak lelaki Najib berusia 28 tahun muncul sebagai pemegang saham dalam syarikat itu.

Saham melonjak daripada 30.5 sen kepada RM1.18 pada hari Selasa lalu, manakala waran meningkat sebanyak 30 sen seunit untuk ditutup pada RM1.05. Status PN17 yang dikenakan ke atas Harvest Court sejak Disember 2009 akhirnya ditarik balik bulan Oktober 2011.

"Pasaran saham menlonjak disebabkan spekulasi dan tidak salah untuk ambil kesempatan tetapi perlu berhati-hati, terutama apabila ia datang daripada PN17 atau firma-firma bermasalah yang dihidupkan semula oleh kepentingan politik semata-mata," kata seorang pengarah penyelidikan di firma broker kepada Malaysia Chronicle.

"Saham Scomi juga telah melonjak apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan daripada Mahathir Mohamad. Tetapi sebenarnya tidak wujud perkara seperti keuntungan yang dijamin. Kroni dan keluarga pemimpin-pemimpin politik sebenarnya harus mengelak daripada menggunakan status mereka untuk memacu minat spekulatif dalam saham. Ini bukan amalan yang tidak baik. "

Tidak banyak yang diketahui mengenai Nazifuddin, tetapi dia merupakan salah seorang daripada tiga anak Najib dengan isteri pertama beliau, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Mereka telah berkahwin pada tahun 1976 dan bercerai pada tahun 1987, lantas membuka jalan untuk perkahwinan keduanya bersama Rosmah Mansor, bekas jurubank dan kemudiannya mempunyai dua orang anak - Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Nazifuddin adalah anak kedua daripada perkahwinan pertama Najib, dan mempunyai dua adik-beradik - seorang abang: Mohd Nizar Najib dan adik: Norlisa Najib. Beliau masuk ke dalam dunia korporat atas galakkan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diambang harapan rakyat Malaysia yang telah meletakkan pelan transformasi ekonomi di tangan Najib Tun Razak.

Selepas berdekad-dekad kronisme dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya dan diteruskan oleh keluarga Abdullah Badawi, rakyat Malaysia dan pelabur berharap agar Najib tidak akan jatuh dalam kancah menggunakan politik untuk kepentingan dalam dunia perniagaan, yang juga telah melahirkan endemik rasuah. Tetapi itu adalah sesuatu yang tidak mungkin kata penganalisis politik, kerana inilah cara bagaimana ahli politik dalam Umno mengumpulkan kekayaan untuk keluarga mereka.

Saham Murah naik apabila ekonomi semakin teruk

Sememangnya dengan meningkatnya harga saham Harvest Court telah mewujudkan satu kesan limpahan ke dalam stok runcit dan saham murah yang lain, dan penganalisis memberi amaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil contoh apa yang pernah berlaku dipertengahan 1990-an yang telah merugikan banyak mereka-mereka yang masih kerdil dalam pasaran.

Kali terakhir pasaran saham murah melonjak adalah pada awal tahun ini, apabila nilai saham Ho Wah Genting meningkat kepada RM1 daripada 36.5 sen dalam tempoh dua bulan.

Biasanya, peningkatan saham murah adalah senario terakhir sebelum bermulanya masalah dalam ekonomi, dan ia wujud apabila ekonomi menjadi semakin kusam dengan pemilik menyuntik insentif yang didorong oleh khabar angin untuk menaikkan harga saham mereka sebelum menjualnya atas permintaan runcit yang mendadak.

"Selalunya, mereka yang kerdil akan mejadi mangsa apabila sang gergasi menunaikan saham mereka," kata penganalisis itu.

Pasukan korporat baru raih keuntungan besar- Nazifuddin dan Raymond

Nazifuddin, yang baru-baru ini dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat itu, membeli 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen. Ini dipercayai pembelian pertama beliau ke atas saham Harvest Court, menjadikan pegangan sahamnya dalam syarikat itu kepada 1.19 peratus.

Rekod bursa saham juga menunjukkan bahawa pemegang saham kedua terbesar Harvest Court, Raymond Chan Boon Siew, yang mengawal Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, telah membeli lebih banyak saham dalam syarikat itu.

Rekod Bursa Saham Malaysia menunjukkan Chan yang berusia 39 tahun itu membeli 5.1 juta saham bernilai pada 84.9 sen seunit di pasaran terbuka pada Jumaat lepas.

Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta, yang paling dikenali sebagai pemaju pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu, Sabah. Sagajuta mempunyai beberapa projek lain yang sedang dilaksanakan termasuk 1Sulaman dan 1Likas di Kota Kinabalu, dan 1Gateway di Klang.

Kedua-dua Chan dan Nazifuddin menyertai lembaga pengarah Harvest Court pada 28 Okt selepas Chan muncul sebagai pemegang saham terbesar Harvest 10 hari sebelum itu apabila dia memperoleh 23.808 juta saham atau kepentingan sebanyak 13.85%, pada 20 sen seunit.

Kepentingan Chan dalam Harvest meningkat 4 kali ganda apabila pelabur menjangka dia akan menyuntik aset Sagajuta ke Harvest. Sagajuta telah dianugerahkan kontrak bernilai kira-kira RM7.03 juta bagi bekalan pintu.

Kemasukan Chan ke Harvest adalah berikut pengguguran pelan yang lebih awal untuk menyuntik Sagajuta ke Jerneh Asia Bhd. Kira-kira seminggu sebelum perlantikan Chan dan Nazifuddin, syarikat menyaksikan pertanyaan mengenai aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia pada 17 Okt.

Pengarah lama beri laluan

Walau bagaimanapun, beberapa pengarah lain di Harvest Court telah menjual saham mereka.

Pengarah Harvest Court, Ng Swee Kiat menjual 600,000 saham dan hampir enam juta waran, manakala pengarah bukan eksekutif dan pengerusi jawatankuasa audit syarikat, Chua Eng Chin menjual 329, 400 saham.

Menurut ketua penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew , pengarah-pengarah ini mungkin membuka ruang untuk para pemegang saham baru dan perniagaan baru mereka. Beliau berkata industri kayu telah menjadi semakin sukar disebabkan sumber kayu balak yang semakin berkurangan, terutama di Sabah dan Sarawak.

"Mereka perlu mencari aliran pendapatan daripada perniagaan baru. Oleh itu, pemegang saham baru mungkin muncul," Pong telah dilaporkan memberitahu Business Times.

Sememangnya, kenaikan saham Harvest Court sejak beberapa minggu kebelakangan ini adalah dramatik, bahkan waran yang melonjak naik, hampir menyamai syer dasar.

Waran satu untuk satu, yang akan tamat pada 19 November 2019, mempunyai kadar tukaran yang ditetapkan pada 25 sen. Ini adalah istilah teknikal yang bermaksud pelabur yang membeli waran itu perlu menambah 25 sen untuk menukar waran kepada syer ibu.

Walaupun jangka masa lama waran itu mungkin menarik minat para pelabur, penganalisis memberi amaran bahawa Harvest Court telah menerima sebanyak dua pertanyaan mengenai aktiviti pasaran luar biasa daripada bursa saham.

Malaysia Chronicle


2 comments:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari