boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, November 12, 2011

Ada juga Melayu-melayu sokong Kenyataan Tony Pua

SAYA MELAYU, TAPI SAYA SOKONG TONY PUA

Oleh: Haji Melayu

Kecoh satu Malaysia bila Tony Pua membuat kenyataan akan mengurangkan kakitangan awam jika Pakatan Rakyat memerintah.

Gambaran yang diberikan ialah kakitangan awam marah. Orang Melayu juga marah kerana secara ‘bukan kebetulan’ mereka merupakan kelompok terbanyak dalam perkhidmatan itu. Malah di kalangan pemimpin pembangkang sendiri pun ada yang tak senang duduk dengan kenyataan tersebut. Bukan kerana bersimpati pada kakitangan awam, tapi lebih kerana takut kenyataan itu akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan dalam PRU akan datang.

Di pihak lain, khususnya konco-konco BN, terutama UMNO bersorak gembira. Pua memberikan mereka satu lagi bola tanggung.

Di sebuah negara di mana slogannya tidak pernah mencerminkan kehidupan sebenar mudah untuk dijangka bahawa isu ini akhirnya akan dijadikan sebagai petrol untuk menyalakan lagi sentimen perkauman. Kenyataan Pua tidak dilihat daripada sudut rasionalnya, tetapi akan dihazami, diulas dan dikupas sehingga membawa rakyat kembali pada satu kesimpulan yang cukup klise; bahawa DAP itu sememangnya anti-Melayu.

Begitulah cara kita berpolitik. Apa juga pandangan akan diterjemahkan dengan hati dan perasaan, bukannya dengan akal dan fikiran.

Saya juga orang Melayu. Saya juga pernah menjadi anggota perkhidmatan awam. Sampai sekarang masih ramai kaum kerabat saya yang makan gaji dengan kerajaan.

Dan pengalaman serta pengamatan sendiri meyakinkan saya bahawa pandangan Tony Pua banyak benarnya, manakala tindakan yang disebutnya sebagai bakal diambil oleh Pakatan Rakyat juga harus dialu-alukan sekiranya budaya kerja perkhidmatan awam sekarang diambil kira.

Ini bukan soal bangsa. Bukan soal Melayu atau tidak. Ini soal profesionalisme dan integriti.

Perkhidmatan awam kita memang teruk. Mungkin tidak terlalu teruk, tapi sebenarnya masih dalam kategori teruk. Itu hakikatnya. Gunakanlah indek apa pun, ia tidak akan mengubah fakta yang satu ini.

Sesiapa yang pernah berurusan dengan perkhidmatan awam di negara ini tentu pernah melalui sekurang-kurangnya satu pengalaman kurang manis, baik yang berkaitan dengan manusianya, sistemnya atau karenahnya.

Pengalaman sendiri menunjukkan bahawa sektor awam di Malaysia adalah lubuk tempat orang-orang yang lembap dan sembab berlindung. Di sinilah medan paling selesa untuk yang malas berfikir dan suka mencuri tulang mencari makan Dan di sini juga tempat yang buruk perangai mengaut hasil-hasil haram untuk dibawa balik.

Maaf, bunyinya agak kasar. Saya juga tak tujukan pada semua kakitangan awam. Saya akur ada sebahagian yang bekerja bertungkus lumus dengan tulus ikhlas untuk mencari rezeki yang halal. Malangnya bilangan mereka terlalu kecil dan mereka inilah sebenarnya yang patut disimpan oleh Pakatan Rakyat jika hasrat Tony Pua dilaksanakan. Yang selebihnya, bagi saya, hanyalah sampah-sampah hanyut yang hanya memburukkan imej negara.

Ada pihak beria-ia cuba menafikan bahawa kita mempunyai jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai – hampir 4 orang bagi setiap 100 penduduk (termasuk kanak-kanak dan bayi). Alasan mereka, ‘dah rakyat makin ramai, kakitangan pun kenalah bertambah ramai’.

Perkara yang mereka lupakan ialah jumlah itu secara langsung menunjukkan betapa tidak efisyennya perkhidmatan awam kita. Tetapi apalah yang boleh anda harapkan daripada satu sistem di mana sepuluh pegawai (mungkin) diperlukan untuk menyelesaikan satu masalah.

Pengalaman sendiri juga jelas menunjukkan pada saya betapa perkhidmatan awam kita penuh dengan dasar, sistem dan pendekatan yang entah apa-apa. Sudahlah bertindan tindih fungsi antara jabatan dan agensi, kaedah pelaksanaan dan penyampaian pula sentiasa go-head dan gostan. Mesyuarat, bengkel dan seminar menjadi cara hidup sedangkan hasilnya tidak sampai ke mana. Malah mesyuarat, dalam banyak keadaan, menjadi tempat untuk mereka melepaskan diri daripada tanggungjawab kerana setiap perkara akan dijadikan keputusan bersama, manakala seminar dan bengkel pula lazimnya menjadi ruang untuk bercuti dan makan angin dengan dibiayai oleh rakyat!

Saya percaya Tony Pua sendiri sebelum membuat kenyataannya telah meneliti semua aspek ini dengan menyeluruh dan bukan sewenang-wenang melontarkan hasrat serta pandangan. Begitu juga dengan pihak-pihak yang bermati-matian membelasah Pua dalam isu ini. Malangnya mereka enggan berkata benar. Atas kepentingan politik, atas nama perkauman, mereka sekali lagi memilih untuk berbohong dan menegakkan benang basah.

Tetapi apalah peliknya kerana berbohong itu memang telah menjadi cara hidup mereka.

Sumber : rontogdaily.


Komen Manjungmari - Dari sudut positifnya ada betulnya apa yang dicadangkan oleh Tony Pua, ditambah pula sekarang ini banyak kerja-kerja semuanya dah guna E-System... semuanya berkomputer..Kalau ditanya pada Ceupacs yang mewakili anggota pekerja awam kerajaan memanglah melenting tak setuju, tetapi cuba tanya kepada pelanggan-pelanggan iaitu rakyat jelata yang berhadapan dengan kerenag anggota JPA,,, faham-faham ajalah.....


Cuma cadangan aku pula, bagi sektor Pelajaran dan Kesihatan, kedua-dua sektor ini bukan kata patut, malah wajib ditambah anggota terutama sekali guru-guru sekolah, dan penambahan bangunan Sekolah,

Adalah lebih baik didirikan lagi psarana Sekolah-sekolah dengan memberikan keselesaan kepada pelajar dari kelas yang penuh bersesak dari memberi umpan PRU13 dengan RM100 setiap seorang pelajar...

Begitu juga dengan sektor Kesihatan, bayangkan bilik hospital yang padat dengan pesakit, malah lebih menyedihkan bilik untuk doktor-doktor nak merawat pesakit luar pun bersempit-sempit, satu bilik sampai 3-4 orang doktor berkongsi untuk memberi rawatan pada pesakit..




.

1 comment:

  1. zaman dah berubah, ketakutan melayu pada DAP adalah cerita yang dibuat oleh Umno. padahal sekarang Melayu dah makin takut kepada Umno. Kini Melayu tak percaya lagi kepada pemimpin yang berslogan atas nama kaum Melayu. Hidup Melayu, hidup Melayu, nasi kandar juga yang laku. Hidup Melayu hidup Melayu, teh tarik roti canai banjir juga disapu. Apa ada pada Melayu? Nasi lemah pun berlambak di restoran mamak. Alahai sedihnya Melayu...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari