boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Sekolah agama. Show all posts
Showing posts with label Sekolah agama. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Dah jumpa! Untuk projek menteri Isa Samad..

Hari Isnin yang lepas, Menteri umno korup Isa Samad sibuk nak cari wanita felda untuk dijadikan ahli tinju,, aku rasa tak payah pergi felda,,, aku dah jumpa dah...


Friday, October 18, 2013

Tersirap darah aku dipagi jumaat ini..

Apa nak dikatakan lagi,, inilah hasilnya selepas umno diberi peluang memerintah negara dah lebih 54 tahun,,, hal ehwal islam masih lagi dipertikai oleh bangsa asing..


Saturday, February 2, 2013

Kenapa Najib nak cari musuh dengan guru-guru sekolah ?

Petang Khamis, aku ada dapat SMS entah dari mana yang tak ku kenali, menghantar mesej mengenai program beautiful Malaysia...
Bila aku aku balas balik sms tu, tanya siapa yang hantar, dia jawab guru "pengundi PAS" ... 


Saturday, October 27, 2012

Semangat Eidul Adha DS Dr Zambry mengorban Hak Melayu Kepada MIC..

Pagi semalam selepas solat eidul adha, balik rumah kena nasi arab kambing rempah dari Jordan, perghh,, siap bertambah,,, bila dak kekenyangan, baru aku pi tempat biasa.... 
Sampai aja,,, dah siap Ajk dengan petugas korban mneyembelih 13 ekor lembu korban, malah ada 3-4 ekor yang dah siap dilapah,,, Baru aku nak pergi tolong ku mana yang patut,,, aku telah disapa oleh seorang lelaki,, yang lebih kuran sebaya dengan aku,, memang aku tak kenal,, ia mengenalkan diri dia sebagai Cikgu misteri... Klik Sini  

Wednesday, October 24, 2012

SK Spg 4 Sitiawan - Apakah ada MOU Zambry@UMNO dgn MIC.?

Semalam 23 Okt 12 aku ada tulis isu SK Gandhi, hangpa boleh kilk balik  Kat Sini 


Malam tadi jam 11.30 lebih telefon aku berbunyi,, ingat kut MSK call, order buku SSS sebelum ni,, rupanya orang lain... ia perkenalkan diri dia sebagai pendidik di Sk Simpang 4 Gandhi... tu dia.. panas beb... 

Friday, August 10, 2012

Aduhai Zambry ! Tokong Cina di beri bantuan, Guru SAR kelaparan.

Seorang sahabat FB, pm aku sekejap tadi, katanya Kereta Nissan berharga RM350 ribu boleh beli, bonus untuk guru-guru SAR sekupang pun tak boleh nak bagi... 

Saturday, November 12, 2011

Ada juga Melayu-melayu sokong Kenyataan Tony Pua

SAYA MELAYU, TAPI SAYA SOKONG TONY PUA

Oleh: Haji Melayu

Kecoh satu Malaysia bila Tony Pua membuat kenyataan akan mengurangkan kakitangan awam jika Pakatan Rakyat memerintah.

Gambaran yang diberikan ialah kakitangan awam marah. Orang Melayu juga marah kerana secara ‘bukan kebetulan’ mereka merupakan kelompok terbanyak dalam perkhidmatan itu. Malah di kalangan pemimpin pembangkang sendiri pun ada yang tak senang duduk dengan kenyataan tersebut. Bukan kerana bersimpati pada kakitangan awam, tapi lebih kerana takut kenyataan itu akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan dalam PRU akan datang.

Di pihak lain, khususnya konco-konco BN, terutama UMNO bersorak gembira. Pua memberikan mereka satu lagi bola tanggung.

Di sebuah negara di mana slogannya tidak pernah mencerminkan kehidupan sebenar mudah untuk dijangka bahawa isu ini akhirnya akan dijadikan sebagai petrol untuk menyalakan lagi sentimen perkauman. Kenyataan Pua tidak dilihat daripada sudut rasionalnya, tetapi akan dihazami, diulas dan dikupas sehingga membawa rakyat kembali pada satu kesimpulan yang cukup klise; bahawa DAP itu sememangnya anti-Melayu.

Begitulah cara kita berpolitik. Apa juga pandangan akan diterjemahkan dengan hati dan perasaan, bukannya dengan akal dan fikiran.

Saya juga orang Melayu. Saya juga pernah menjadi anggota perkhidmatan awam. Sampai sekarang masih ramai kaum kerabat saya yang makan gaji dengan kerajaan.

Dan pengalaman serta pengamatan sendiri meyakinkan saya bahawa pandangan Tony Pua banyak benarnya, manakala tindakan yang disebutnya sebagai bakal diambil oleh Pakatan Rakyat juga harus dialu-alukan sekiranya budaya kerja perkhidmatan awam sekarang diambil kira.

Ini bukan soal bangsa. Bukan soal Melayu atau tidak. Ini soal profesionalisme dan integriti.

Perkhidmatan awam kita memang teruk. Mungkin tidak terlalu teruk, tapi sebenarnya masih dalam kategori teruk. Itu hakikatnya. Gunakanlah indek apa pun, ia tidak akan mengubah fakta yang satu ini.

Sesiapa yang pernah berurusan dengan perkhidmatan awam di negara ini tentu pernah melalui sekurang-kurangnya satu pengalaman kurang manis, baik yang berkaitan dengan manusianya, sistemnya atau karenahnya.

Pengalaman sendiri menunjukkan bahawa sektor awam di Malaysia adalah lubuk tempat orang-orang yang lembap dan sembab berlindung. Di sinilah medan paling selesa untuk yang malas berfikir dan suka mencuri tulang mencari makan Dan di sini juga tempat yang buruk perangai mengaut hasil-hasil haram untuk dibawa balik.

Maaf, bunyinya agak kasar. Saya juga tak tujukan pada semua kakitangan awam. Saya akur ada sebahagian yang bekerja bertungkus lumus dengan tulus ikhlas untuk mencari rezeki yang halal. Malangnya bilangan mereka terlalu kecil dan mereka inilah sebenarnya yang patut disimpan oleh Pakatan Rakyat jika hasrat Tony Pua dilaksanakan. Yang selebihnya, bagi saya, hanyalah sampah-sampah hanyut yang hanya memburukkan imej negara.

Ada pihak beria-ia cuba menafikan bahawa kita mempunyai jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai – hampir 4 orang bagi setiap 100 penduduk (termasuk kanak-kanak dan bayi). Alasan mereka, ‘dah rakyat makin ramai, kakitangan pun kenalah bertambah ramai’.

Perkara yang mereka lupakan ialah jumlah itu secara langsung menunjukkan betapa tidak efisyennya perkhidmatan awam kita. Tetapi apalah yang boleh anda harapkan daripada satu sistem di mana sepuluh pegawai (mungkin) diperlukan untuk menyelesaikan satu masalah.

Pengalaman sendiri juga jelas menunjukkan pada saya betapa perkhidmatan awam kita penuh dengan dasar, sistem dan pendekatan yang entah apa-apa. Sudahlah bertindan tindih fungsi antara jabatan dan agensi, kaedah pelaksanaan dan penyampaian pula sentiasa go-head dan gostan. Mesyuarat, bengkel dan seminar menjadi cara hidup sedangkan hasilnya tidak sampai ke mana. Malah mesyuarat, dalam banyak keadaan, menjadi tempat untuk mereka melepaskan diri daripada tanggungjawab kerana setiap perkara akan dijadikan keputusan bersama, manakala seminar dan bengkel pula lazimnya menjadi ruang untuk bercuti dan makan angin dengan dibiayai oleh rakyat!

Saya percaya Tony Pua sendiri sebelum membuat kenyataannya telah meneliti semua aspek ini dengan menyeluruh dan bukan sewenang-wenang melontarkan hasrat serta pandangan. Begitu juga dengan pihak-pihak yang bermati-matian membelasah Pua dalam isu ini. Malangnya mereka enggan berkata benar. Atas kepentingan politik, atas nama perkauman, mereka sekali lagi memilih untuk berbohong dan menegakkan benang basah.

Tetapi apalah peliknya kerana berbohong itu memang telah menjadi cara hidup mereka.

Sumber : rontogdaily.


Komen Manjungmari - Dari sudut positifnya ada betulnya apa yang dicadangkan oleh Tony Pua, ditambah pula sekarang ini banyak kerja-kerja semuanya dah guna E-System... semuanya berkomputer..Kalau ditanya pada Ceupacs yang mewakili anggota pekerja awam kerajaan memanglah melenting tak setuju, tetapi cuba tanya kepada pelanggan-pelanggan iaitu rakyat jelata yang berhadapan dengan kerenag anggota JPA,,, faham-faham ajalah.....


Cuma cadangan aku pula, bagi sektor Pelajaran dan Kesihatan, kedua-dua sektor ini bukan kata patut, malah wajib ditambah anggota terutama sekali guru-guru sekolah, dan penambahan bangunan Sekolah,

Adalah lebih baik didirikan lagi psarana Sekolah-sekolah dengan memberikan keselesaan kepada pelajar dari kelas yang penuh bersesak dari memberi umpan PRU13 dengan RM100 setiap seorang pelajar...

Begitu juga dengan sektor Kesihatan, bayangkan bilik hospital yang padat dengan pesakit, malah lebih menyedihkan bilik untuk doktor-doktor nak merawat pesakit luar pun bersempit-sempit, satu bilik sampai 3-4 orang doktor berkongsi untuk memberi rawatan pada pesakit..




.

Saturday, October 22, 2011

Kisah dari gambar gerombolan Melayu Perak pengikut ajaran Chua Soi Lek.

Heboh semalam mengenai beberapa episode kisah Zambry a/l Kadiaq dengan kisah Hamidah betina garid......


Ini kisah mereka mengerjakan solat dhuha, hangpa tengok Zambri dah berani kedepan menjadi imam,,, ketrampilan mesti ditunjukan bro....dan hangpa boleh lihat sendiri bagaimana program MB bersama raktyat dengan kehadiran makmum yang begitu amat memberansangkan sekali..... Tahniah Zambri,, buatlah apa yang sebelum ini orang Islam tak pernah buat,, ini bukan pembaharuan.... Perkara yang Islam tak ajak hangpa pi buat,, hebat sungguh...


Dah selesai jadi imam, eiihh, bagi ceramah pulak dalam masjid,,, boleh pulak,,, sejak bila jadi penceramah ni,, ada ke tauliah..., mana mungkin ceramah politik dalam masjid....

Hangpa tengok,,, betui tak.. mana mungkin ceramah politik dalam masjid,, tak kan adik-adik budak sekolah ni boleh pi mengundi....apa pun ceramah MB mesti diramaikan... baru ada rasa grand sikit...

Selesai episode Zambry a/l Kadiaq...




Ini pulak episode kisah Hamidah betina garid.., sebulan Zambry a/l Kadiaq sampai, betina garid ni sampai dulu,, maka disinilah bermula ajaran Chua Soi Lek di praktikkan.. hangpa boleh lihat sendiri... hangpa lihat.. pak cik dua orang kat belakang tu,, punya rengkah gelak..... apa yang seronok sangat tu... mana depa kira haram halal lagi dah,, sedangkan ini program untuk sekolah agama rakyat... Kalau nak tau kisah selanjutnya hangpa pi baca dari blooger Cikgu Husyein bangunan-belum-siap-zambry-dan-hamidah.html



Habis semua diraut, tak kira Melayu, Cina ... ala-ala 1malaysia,, padanlah Tok Imam boikot tak mau ikut serta,, nak cari dosa kering...



Haha ini Zambri a/l Kadiaq dah sampai,, hangpa boleh lihat perangai mamak pedukang ni,, mana etika dia ni, sebelum ni dah jadi imam, dah bagi ceramah,, tak dan beberapa jam,,, dah berubah dah.... phelaq betuii, pasai apa aku kata phelaq,, kerusinya kenapa dia pi rapat serendeh sebelah betina garid tu,, hangpa lihat jarak kerusi dia dengan kerusi Najmuddin abang Kazim.... jeoulos Midah dok rapat dengan paria speaker haram tu agaknya....

Dengar cerita betina garid tu tak puas hati,, mamak pedukang ni dah kencing Midah, ini mengkut story dari Cikgu Hussyien, apa pun aku harap cukuplah dengan perbuatan-perbuatan tak masuk dek akal kita sebagai orang Islam,, selagi UMNO berkuasa inilah, Islam dipermainkan, dicampur aduk dengan halal dan haram,, tanpa rasa bersalah dengan Allah,,, padanlah Chua Soi Lek dapat jemputan bertanding PRU13 di Perak,, rupanya mereka mengamal ajarannya ...,





Saturday, October 15, 2011

Bajet 2012 - Tiada Peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat..

Dasar UMNO munafik....

Kalau zaman Dr Mahathir dulu secara terang dan jelas ditariknya semua bantuan khas untuk Sekolah Agama Rakyat.....

Tetapi di zaman Najib pulak, ia tak buat jenis macam tu,, suara merdu dari peti suara melalui kerongkong dan keluat ikut mulut mengaku baguih, kami nak ke Isam, hudud saja kami tak mau.... Yang lain-lain semua nak.... Kepala hotak pak hang lah...


Untuk sekolah china, sekolah mubaligh kristian di Sabah dan sarawak, Sekolah swasta China di Pulau Pinang, semuanya boleh bagi peruntukan,,, sekolah agama rakyat no.... no... no..oii kat SAR tu bukan anak orang saja yang belajar,, anak orang UMNO pun bersepah dok belajar kat situ....

Oii Kerajaan DAP Lim Guan Eng pun boleh bagi,, china kafiaq lebih memahami pentingnya pengajian di sekolah agama rakyat, UMNO yang dok mengaku Islam haprak...

Lepas itu nak bagi penjelasan,, penjelasan apa lagi,, memang dah sohih dan nyata memang UMNO tak mau kan Islam,, Islam hanya dimulut... dasar munafik...



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari