boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Anak Najib. Show all posts
Showing posts with label Anak Najib. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Najib bawa anak bini berdoa di masjidil haram Mekah..

Aku tak pasti samada aku sendiri terlepas baca atau pandang pemergian Najib anak beranak ke Mekah menunaikan Umrah, sebab selalunya apa saja pergerakkannya akan diwarwarkan oleh media perdana.... 

Tetapi kali ini tau-tau dah ada dalam masjidil haram,, tengah berdoa.... berdoa minta apa lah tu..... !@#$%^&*....

Menunaikan Ibadat Umrah
Menunaikan Ibadat Umrah : JEDDAH, 19 Jun -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anak beliau anak beliau, Nor Ashman Razak Mohd Najib (depan, dua, kiri) menunaikan ibadat umrah di Masjidil Haram, Makkah di sini.Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri).--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA


Cuba perati Menteri gasak duit zakat,, anak matanya menjeling semacam,,, apa yang dok fikiak dlm kepada otaknya tu... he he.... kerusi parlimen mana nak bertanding PRU13 nanti?  Kepala Batas ka?..,,, boleh menang ka....kah kah kah....




Thursday, March 15, 2012

Wanita ini dituduh subahat dedah INVOICE majlis pertunangan anak Najib..

Blogger-blogger UMNO dah kepanasan,,, isu lembu dah terbongkang, kini isu baru kes pertunangan anak Najib,,, Bagaimana Rafizi boleh dapat Invoice dari hotel Shangrila...
Akibatnya wanita yang tak bersalah ini dijadikan kambing hitam....,


Boleh mampuih dengan UMNO ni,,, ia langgak semacam... boleh baca DI SINI




Sunday, November 13, 2011

Ini jawapan dari UMNO - Anak PM pun nak hidup juga..

UMNO rasanya dah nak sampai ke penghujngnya,, Insyaallah, kalau sebelum ini isu NFC lembu tidur di kondominium, jawapan Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO, amat mudah... duit modal lembu beli kondo sebagai nak melabur,,,, bagi aku kalau nak melabur,,, lebih baik labur bela babi, lagi besar dia punya untung.... beli kondo berapa sen sangat untung....

Bila isu mohd-nazifuddin-pewaris-takhta-dato-seri., Lagi baguih blog otai UMNO jawab... Anak PM pun nak Hidup juga... ooo itu macam ka....







Apakah selama ini anak-anak 5 orang PM Malaysia sebelum Najib dah ada yang mati kebuluran tak makan, ada yang hidup merempat di bawah jambatan...

Malah janda-janda menteri yang sebelum ini bini no 2 atau no 3 pun hidup mewah.....

Stupid punya jawapan....

.

Thursday, November 10, 2011

Mohd Nazifuddin pewaris takhta Dato Ser Najib..

Anak Najib berusia 28 tahun cipta tsunami dalam pasaran saham




Saham-saham dalam firma kayu bermasalah, Harvest Court Industries Bhd, telah meningkat setelah sembilan tahun disebabkan Mohd Nazifuddin Najib, anak lelaki Najib berusia 28 tahun muncul sebagai pemegang saham dalam syarikat itu.

Saham melonjak daripada 30.5 sen kepada RM1.18 pada hari Selasa lalu, manakala waran meningkat sebanyak 30 sen seunit untuk ditutup pada RM1.05. Status PN17 yang dikenakan ke atas Harvest Court sejak Disember 2009 akhirnya ditarik balik bulan Oktober 2011.

"Pasaran saham menlonjak disebabkan spekulasi dan tidak salah untuk ambil kesempatan tetapi perlu berhati-hati, terutama apabila ia datang daripada PN17 atau firma-firma bermasalah yang dihidupkan semula oleh kepentingan politik semata-mata," kata seorang pengarah penyelidikan di firma broker kepada Malaysia Chronicle.

"Saham Scomi juga telah melonjak apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan daripada Mahathir Mohamad. Tetapi sebenarnya tidak wujud perkara seperti keuntungan yang dijamin. Kroni dan keluarga pemimpin-pemimpin politik sebenarnya harus mengelak daripada menggunakan status mereka untuk memacu minat spekulatif dalam saham. Ini bukan amalan yang tidak baik. "

Tidak banyak yang diketahui mengenai Nazifuddin, tetapi dia merupakan salah seorang daripada tiga anak Najib dengan isteri pertama beliau, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Mereka telah berkahwin pada tahun 1976 dan bercerai pada tahun 1987, lantas membuka jalan untuk perkahwinan keduanya bersama Rosmah Mansor, bekas jurubank dan kemudiannya mempunyai dua orang anak - Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Nazifuddin adalah anak kedua daripada perkahwinan pertama Najib, dan mempunyai dua adik-beradik - seorang abang: Mohd Nizar Najib dan adik: Norlisa Najib. Beliau masuk ke dalam dunia korporat atas galakkan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diambang harapan rakyat Malaysia yang telah meletakkan pelan transformasi ekonomi di tangan Najib Tun Razak.

Selepas berdekad-dekad kronisme dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya dan diteruskan oleh keluarga Abdullah Badawi, rakyat Malaysia dan pelabur berharap agar Najib tidak akan jatuh dalam kancah menggunakan politik untuk kepentingan dalam dunia perniagaan, yang juga telah melahirkan endemik rasuah. Tetapi itu adalah sesuatu yang tidak mungkin kata penganalisis politik, kerana inilah cara bagaimana ahli politik dalam Umno mengumpulkan kekayaan untuk keluarga mereka.

Saham Murah naik apabila ekonomi semakin teruk

Sememangnya dengan meningkatnya harga saham Harvest Court telah mewujudkan satu kesan limpahan ke dalam stok runcit dan saham murah yang lain, dan penganalisis memberi amaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil contoh apa yang pernah berlaku dipertengahan 1990-an yang telah merugikan banyak mereka-mereka yang masih kerdil dalam pasaran.

Kali terakhir pasaran saham murah melonjak adalah pada awal tahun ini, apabila nilai saham Ho Wah Genting meningkat kepada RM1 daripada 36.5 sen dalam tempoh dua bulan.

Biasanya, peningkatan saham murah adalah senario terakhir sebelum bermulanya masalah dalam ekonomi, dan ia wujud apabila ekonomi menjadi semakin kusam dengan pemilik menyuntik insentif yang didorong oleh khabar angin untuk menaikkan harga saham mereka sebelum menjualnya atas permintaan runcit yang mendadak.

"Selalunya, mereka yang kerdil akan mejadi mangsa apabila sang gergasi menunaikan saham mereka," kata penganalisis itu.

Pasukan korporat baru raih keuntungan besar- Nazifuddin dan Raymond

Nazifuddin, yang baru-baru ini dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat itu, membeli 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen. Ini dipercayai pembelian pertama beliau ke atas saham Harvest Court, menjadikan pegangan sahamnya dalam syarikat itu kepada 1.19 peratus.

Rekod bursa saham juga menunjukkan bahawa pemegang saham kedua terbesar Harvest Court, Raymond Chan Boon Siew, yang mengawal Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, telah membeli lebih banyak saham dalam syarikat itu.

Rekod Bursa Saham Malaysia menunjukkan Chan yang berusia 39 tahun itu membeli 5.1 juta saham bernilai pada 84.9 sen seunit di pasaran terbuka pada Jumaat lepas.

Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta, yang paling dikenali sebagai pemaju pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu, Sabah. Sagajuta mempunyai beberapa projek lain yang sedang dilaksanakan termasuk 1Sulaman dan 1Likas di Kota Kinabalu, dan 1Gateway di Klang.

Kedua-dua Chan dan Nazifuddin menyertai lembaga pengarah Harvest Court pada 28 Okt selepas Chan muncul sebagai pemegang saham terbesar Harvest 10 hari sebelum itu apabila dia memperoleh 23.808 juta saham atau kepentingan sebanyak 13.85%, pada 20 sen seunit.

Kepentingan Chan dalam Harvest meningkat 4 kali ganda apabila pelabur menjangka dia akan menyuntik aset Sagajuta ke Harvest. Sagajuta telah dianugerahkan kontrak bernilai kira-kira RM7.03 juta bagi bekalan pintu.

Kemasukan Chan ke Harvest adalah berikut pengguguran pelan yang lebih awal untuk menyuntik Sagajuta ke Jerneh Asia Bhd. Kira-kira seminggu sebelum perlantikan Chan dan Nazifuddin, syarikat menyaksikan pertanyaan mengenai aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia pada 17 Okt.

Pengarah lama beri laluan

Walau bagaimanapun, beberapa pengarah lain di Harvest Court telah menjual saham mereka.

Pengarah Harvest Court, Ng Swee Kiat menjual 600,000 saham dan hampir enam juta waran, manakala pengarah bukan eksekutif dan pengerusi jawatankuasa audit syarikat, Chua Eng Chin menjual 329, 400 saham.

Menurut ketua penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew , pengarah-pengarah ini mungkin membuka ruang untuk para pemegang saham baru dan perniagaan baru mereka. Beliau berkata industri kayu telah menjadi semakin sukar disebabkan sumber kayu balak yang semakin berkurangan, terutama di Sabah dan Sarawak.

"Mereka perlu mencari aliran pendapatan daripada perniagaan baru. Oleh itu, pemegang saham baru mungkin muncul," Pong telah dilaporkan memberitahu Business Times.

Sememangnya, kenaikan saham Harvest Court sejak beberapa minggu kebelakangan ini adalah dramatik, bahkan waran yang melonjak naik, hampir menyamai syer dasar.

Waran satu untuk satu, yang akan tamat pada 19 November 2019, mempunyai kadar tukaran yang ditetapkan pada 25 sen. Ini adalah istilah teknikal yang bermaksud pelabur yang membeli waran itu perlu menambah 25 sen untuk menukar waran kepada syer ibu.

Walaupun jangka masa lama waran itu mungkin menarik minat para pelabur, penganalisis memberi amaran bahawa Harvest Court telah menerima sebanyak dua pertanyaan mengenai aktiviti pasaran luar biasa daripada bursa saham.

Malaysia Chronicle


Monday, October 17, 2011

Gambar-gambar anak lelaki KM Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama girlfreindnya..

Heboh dan kecoh dilaman-laman blog pro UMNO mencerita kisah anak KM Pulau Pinang dengan kes cabul,,,,, jadi tak salah aku pun nak tumpang siar juga.... moga-moga ada kesamarataan.....



.Anak lelaki hasil dari ibu dan bapanya yang hebat......takziah buat melayu UMNO..




Sumber gambar : unwanted86.
.

Thursday, September 29, 2011

Hebat - Datin Seri Rosmah jadi BOMOH?

Macam-macam cerita yang keluar...

Sendiri fikir..... la..

Cerita penuh ramalan-mimpiku-part-17iap


Siapa Raden dengan Rosmah ..




Juga kisah Najib cerai Rosmah ?

Wednesday, September 28, 2011

Ashman bin Najib cucu Tun Razak akan menceburi politik..

Salam Sejahtera,.


Hampir kesemua anak-anak lelaki mantan Perdana Menteri Malaysia mengikuti jejak langkah ayahnya kecuali Allahyarham Tunku Abdul Rahman, manakala Pak Lah diwarisi oleh menantunya,,,

Dan nampaknya generasi dari Tun Razak dah nak masuk generasi ke tiga selepas Najib,,, apakah kita rakyat Malaysia sanggup dipimpin oleh pemimpin sebegini....

Pemimpin-pemimpin yang datang dari golongan elit bagi aku tidak layak memimpin negara, apa yang mereka rasai dalam penghidupan seharian dari lahir hingga ke dewasa tidak sama dengan rakyat jelata merasainya..Ditambah pula dengan perangai dan sikap yang sedia maklum....

Tidak cukup hasil mahsul negara mereka anak beranak boloti, jawatan yang ada dalam negara pun anak beranak mereka juga yang nak pulun....

Awas, pencacai-pencacai Rosmah Najib dah mula mengatur langkah ini....... Baca di pejabat-pm-kena-baca-nie-datuk-seri..



Monday, July 11, 2011

Serangan geraksaraf dari Mahathir untuk Najib dah bermula...

Salam Sejahtera,

Cukup cekap orang tua ni, tidak melepaskan peluang atau bola tanggung yang ada dihadapan matanya, beliau mahu mengikut jejak langkah sahabat baiknya Lee Kuan Yew mantan PM Singapura yang mana sempat melihat anak lelakinya mengambil tempatnya itu...

Mahathir menggunakankan banyak sytrateginya kali ini, Ibrahim Ali dengan PERKASAnya cuba menghuruharakan lagi agenda BERSIH, walau pun kurang berkesan,,, tak cukup dengan itu anak perempuanya Marina turut sama ikut dalam group BERSIH,,



Tak cukup dengan ikut serta, hari ini Marina dah menulis di blognya. KLIK SINI seolah-olah beliau pun pejuang hak kebebasan manusia, mungkin betul Marina berpihak ke pada kebebasan mungkin tidak tak perlu dipertikaiankan, tetapi kita kena ingat, Marina ada pengaruh tersendiri, Islam Liberal, Sister in Islam,, dan banyak lagi... ini semua sedikit sebanyak menghakis kepercayaan kepada Najib...,

Malah yang cukup teruk, Setiausaha Perbadi Dr Mahathir, Matthias Chang


menghentam teruk Najib, sehingga menyuruh najib melakukan beberapa perkara... iaitu

Semua pakar-pakar politik UMNO dan BN perlu memerhatikan filem epik bersejarah Cina "The Three Kingdoms" yang dijual dalam mana-mana kedai DVD di Malaysia. Mereka mungkin hanya dapat belajar beberapa pelajaran-pelajaran asas pada Political Strategy 101.

Kedua menyuruh Perdana Menteri untuk menghantar sepupunya, Menteri Dalam Negeri menjadi psiko untuk dianalisis "Enlarged Ego Syndrome" (EES)

dan memperbaharui keseluruhan pengurusan kanan iaitu alat keselamatan negara Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysian Police Force).

Dan yang ketiga Perdana Menteri hendaklah meletakkan dalam peti sejuk (freeze)
, pemimpin Pemuda UMNO yang tidak relevan. Jika berbuat demikian akan boleh diguna pakai untuk Blue Ocean Strategy.

Masaalah dan cabaran terbesar yang UMNO hadapi menurut Mattias Chang ialah masaalah dalaman parti UMNO sendiri, iaitu mengenai pangkat-pangkat, yang menjadi rebutan… bukan masaalah pembangkang ... cerita selanjutnya boleh baca DI SINI

He he ingat kut Mahathir bila dah pencen dia nak dok diam, macam pak Lah,, relak tak ambik kisah dah,, rupanya nak pulon lagi,,, untuk anak-anak pulak.... nampaknya anak siapa yang sempat jadi PM dahulu kalau UMNo umor panjang, diantara anak Mahathir dengan Husein Onn... apa pun harapan aku biar kedua-duanya tak dapat... cukup lah UMNO,,, bagi kat PAS pulak....

,

Saturday, June 18, 2011

Anak Najib Bertunang malam tadi - Maka benarlah dakwaan bloggrer dan pimpinan PR..

Salam Sejahtera,

Aku sempat menatap berita TV3 jam 7.30 pagi tadi,,, ada menyiarkan majlis pertunangan anak dara Najib.... walaupun secara tertutup,, tetapi grand gila... biasalah anak FLOM....



Dimanakan perasaan malu mereka kepada rakyat,, apabila dakwaan pimpinan PR dan blogger-blogger itu tidak menyalahi fakta,,,,,walaupun sebelum ini ada juga penafian dari Rosmah dan beberapa orang menteri....

Tak boleh pakai penafian orang UMNO ni, semuanya bohong.. sama seperti jawapan dari saksi perbicaraan kes Khir toyo,,, bohong tak ada yang tak bohong... itulah UMNO.... Dulu Kini dan Selamanya Bohong...




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari