boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, September 1, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1 - Kementerian bimbang...

Salam Sejahtera...

Berita yang agak mencemaskan, setelah pihak kementerian melaporkan HANYA 72 meninggal dunia disebabkan selsema babi, hari ini baru nak menyuarakan rasa bimbang apabila 46 orang lagi pesakit yang dimasukkan ke ICU.... DI SINI.

Inilah jadinya... kalau PM 1Malaysia sendiri masih memikirkan projek bagaimana UMNO hendak merampas kembali negeri Selangor dan Kedah dari Pakatan Rakyat, bagaimana nak memerah hasil keringat rakyat dengan menaikan harga petrol sesuka hati, bagaimana nak menebus muka malu hasil dari 6 PRK yang mengalami kekalahan, Suruhanjaya Inkues TBH yang semakin mencurigakan, dan yang paling besar masaalah rakan komponen UMNO iaitu krisis MCA yang cukup kritikal. Dan yang paling syioknya Menteri yang handle kes H1N1 sendiri adalah dari puak gerombolan MCA, Naib Presiden pulak tu... dah mula berangan-angan nak pegang jawatan Timbalan Presiden .... walaupun kenyataannya tak mau konon.... howw sioaww la lu....

Yang menjadi mangsa ialah rakyat sendiri.. dan apa yang aku dengar mangsa yang ke 72 semalam ialah seorang wanita yang bekerja sebagai doktor... betul atau tidak aku tak pasti, tetapi ada kekawan menyatkan sedemikian... kalau dah doktor yang pakar dalam ilmu kesihatan pun kena apakah kita tak terlibat sama.....

Ubatnya ialah jikalau arahan kementerian kesihatan suruh basuh tangan, jangalah kita hanya basuh tangan, tetapi ambillah wuduk sekali, lepas sembahyang, selesai sembahyang angkatlah kedua-dua belah tangan memohon, merayu, berdoa, bermunajat meminta pada Allah, harus di Ingat, penyakit tersebut itu datang adalah dengan keizinannya, selain dari kita beriktiar berdoalah memohon kepadanya... Insyaallah.

Kemudian, satu lagi arahan ialah tutup hidung dan mulut, buat wanita Islam tu... janganlah setakat nak tutup seperti yang diarahkan... ikut dan patutlah arahan agama iaitu menutup aurat, mana yang belum bertudung kepala, tutuplah kepala.... moga-moga dengan diturunnya wabak H1N1 itu ada hikmah disebalik kejadian tersebut...Wallahuaklam...


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari