boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, August 31, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Puasa dan Merdeka..

Salam Sejahtera..

Oleh kerana hari ini cuti hari merdeka surau Madah tempat aku seperti biasa mengadakan Kuliah subuh, penyampainya pada pagi tadi ialah YDP Pas Lumut sendiri, cuma aku sendiri yang kurang dapat memberi perhatian sepenuhnya, biasalah semalam tidur agak lewat, kemudian bangun sahur pulak mata masih tak berapa boleh nak celek sampailah sehingga selepas solat subuh pun mata dok kira nak pejam.

Tapi oleh kerana tajuk kuliahnya Puasa dan kaitannya dengan merdeka...OK juga... aku gagahlah juga pertahan dengar ajalah... dalam kekadang tuuu terpejam matanya juga...YDP dengan memulakan membaca beberapa ayat alquran, beliau menyentuh dengan menrangkan pada hari ini dah masuk 10 hari kita berpuasa, dah masuki fasa kedua dah.., beliau meminta para makmum yang ada check balik diri sendiri samada selama 9 hari dah berpuasa apakah kita menjadi orang yang bertakwa....

Kemudian beliau mengaitkan bila kita berpuasa, bererti kita telah merdeka dari kongkongan hawa nafsu yang ada pada diri kita, itu pun kalau kita kalau kita berjaya sehingga waktu berbuka, kerana kekadang bila hampir waktu berbuka kita tewas dengan nafsu nak berbuka, jadi tak merdekalah kita....

Kemudian beliau menanyakan kepada makmum, merdekakah kita daripada sudut Islam, jawapannya tidak... sebab kalimah Allah masih belum dapat lagi dilaksanakan.. malah hukuman 6 rotan atas kesalahan isu Kartika minum arak pun belum dapat dilaksanakan... maka terbongkarlah yang UMNO ini bukannya mahu kepada Islam... malah merekalah yang merosakkan Islam dengan secara tidak langsung,,, sebagai contoh kesalahan berzina, tetapi media sekarang ini tidak menyebut zina, mereka ubah bersekedudukan... wang riba disebut faedah, tidak disebut bunga... sama juga babi... disebutnya khinzir, anak haram.(anak luar nikah).. disurat beranak di binkan abdulah atau maulad.... jadi bila hilangnya sebutan nama yang sebenar, maka hilanglah zooh atau juga hilang rasa takut manusia dari melakukan perkara tersebut... Cuma satu aku nak tambah... Orang melayu kita kalau kata bodoh marah melenting mereka, tetapi kalau kita kata awatlah hang ni jahil sangat.... senyum malu-malu kuching aja dia...
Inilah UMNO... yang mempunyai kuasa memerintah dengan amanah yang mereka perolehi, mereka cuba membiarkan umat melayu semakin hari semakin rosak dengan maksiat... mereka lebih suka umat melayu bodoh dalam agama mogta-moga dengan itu mereka akan dapat sokongan......

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari