boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, August 18, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Kesian Kat Dia...

Salam sejahtera....

Kesian aku tengok Mamat di ni... tapi aku nak buat macam mana... Yang di pi gatai dok dalam UMNO apa ke jadahnya... Parti dan nak lingkup.. Jahanam... dok tunggu lagi..., lepas tu lagi sekali gatai tahab gaban nak jadi calon pulak... lagi satu hal.... sekarang kan dah kena lagi... apa nak buat.. ...

Pas minta Rohaizat tarik diri

18/08/2009 3:35pm

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Pas meminta calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman menarik dari bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini disebabkan lesen guaman sivil beliau dibatalkan oleh Majlis Peguam.

“Dari segi undang-undang beliau memang layak bertanding tetapi dari segi moral beliau hilang kelayakan,” kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar, kepada pemberita di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung.

Mahfuz berkata, bahawa sebagai seorang yang masih muda, Rohaizat sepatutnya menumpukan perhatian kepada kerjayanya kerana beliau mempunyai masa depan yang masih panjang.

Lesen guaman Rohaizat dibatalkan berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mahfuz berkata, beliau tidak berniat membuat serangan peribadi terhadap Rohaizat tetapi kesal dengan keputusan BN yang meletakkannya sebagai calon.

— BERNAMA

Komen - Apa yang aku nampak ini adalah permainan licik kerajaan laki bini.... mereka dah tahu UMNO akan menempah maut untuk bertanding di PP... kalau dulu kat Penanti tak bertanding boleh bagi sebab buat PRK main-main kerana letak jawatan sesuaka hati, tetapi kali ini kes meninggal dunia, nak jawab macam mana lagi kalau tak mau bertanding.. no idea..... kalau letak calon yang bersih atau yang tak ada pekung pun tentu kalah juga... sebab apa.... tentu sebab PM 1Malaysia kerajaan laki bini, jadi nak elak malu lebih besar,, maka siMamat Rohaizat di kambing hitamkan menjadi calon DUN N11 PP,....

Maka hari ini di buat ketua cawangan UMNO PP tak puas hati .. Baca di SINI. Pasai apa boleh jadi macam ni.... biasalah main wayang awai-awai.... nanti kalau kalah faktornya calon yang bermasaalah, bukan kerana KEPALA IKAN YANG SUDAH BUSUK MELANTUNG HANGIT.

1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari