boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, August 14, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. ANUGERAH DAN SUMBANGAN MUFTI...!!!!

Salam Sejahtera.....

Tentu hangpa fikiak bila aku bubuh tajuk Mufti, sure punya hangpa ingat mufti aku la... mufti sapa lagi kan... mufti tersohor... ho.. ho....
Bukan.... ini kisah mufti negeri lain...oooitt.. Negara lain... jiran kita.. aku terbaca kisahnya dan aku copy paste balik....

Komentar : 14 Ogos 2009

ANUGERAH DAN SUMBANGAN MUFTI SINGAPURA

Jumaat, 14 Ogos 2009

UMAT Islam di sini tumpang gembira apabila Mufti, Syed Isa Semait, 71 tahun, diumumkan untuk menerima Pingat Pentadbiran Awam (Emas) sempena Hari Kebangsaan tahun ini. Antara sumbangan besarnya kepada masyarakat Islam di sini ialah mengenalkan kiraan hisab sebagai kaedah menentukan kalendar Islam. Beliau juga terlibat dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota), yang dipinda untuk menyertakan sama masyarakat Muslim pada 2007.

Beliau memang komited dalam usaha dialog antara agama dan telah memupuk hubungan rapat dengan para pemimpin agama lain, termasuk menjadi anggota Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama. Seyogia, beliau telah berkhidmat sebagai mufti selama 37 tahun, dilantik pada 7 Februari 1972, ketika usianya hanya 34 tahun. Kerana usia mudanya, lulusan Madrasah Aljunied dan Universiti Al- Azhar itu pernah menghadapi cabaran mendapatkan kepercayaan masyarakat Islam memandangkan pada waktu itu telah ada banyak badan Islam yang lebih terdahulu dibentuk dan terkenal sebelum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Malah Muis pernah dianggap sebagai alat pemerintah sekali gus dipandang penuh curiga. Namun hasil kerja keras kepimpinan Muis, ikatannya kian teguh dengan masyarakat Muslim di sini. Berkat kesabaran, kecekalan dan kelembutan Syed Isa sepanjang menjadi mufti menjadikan beliau dihormati masyarakat. Sesiapa yang mengenali beliau pasti akur dengan sikapnya yang rendah hati dan senantiasa mahu mendengar.

Namun lebih penting sekarang ialah memastikan pengganti beliau yang cemerlang. Usaha ini perlu dipergiat memandangkan kelanjutan usia Syed Isa, dengan bakal penggantinya wajar diketengahkan kepada umum seawal mungkin. Pengganti beliau juga wajar mencontohi dan mengambil iktibar akan beberapa pegangan Syed Isa yang begitu menitikberatkan hubungan antara agama selain peranan Muslim dalam negara Singapura yang majmuk. Satu lagi penekanan beliau ialah bahawa masyarakat Muslim dan agama Islam dapat seiringan dengan pembangunan negara ini. Mereka mampu menjadi Muslim yang baik dan pada masa yang sama, menjadi warga Singapura yang baik. Kesinambungan ini perlu dipelihara.

Source: cyberita.

Komen: - Cuba hangpa bayangkan kalau mufti kesayangan akulah yang duduk di negara Singapura bertugas disana... aku ingat tentu hebat lagi dari Tuan Syed Isa, kalau Tuan Syed dapat anugerah Pingat Pentadbiran Awam (Emas), mufti aku sure dalam (diamond)... baru OK.....kat Malaysia pun dia boleh dapat Tan Sri.... sikit hari kalau MB Mahkamah Rayuan boleh jadi PM 1Malaysia, aku ingat Mufti aku tentu dapat pingat TUN pulak... Tun Tan Sri Dato Seri Dr............!!@#$%^&*()?><:"{}|":?><[]\]<>.

1 comment:

  1. haluuuuuuuuuuuuuu

    aku tambah skit...........

    " Cuba hangpa bayangkan kalau mufti kesayangan akulah yang duduk di negara Singapura bertugas disana... aku ingat tentu hebat lagi dari Tuan Syed Isa, kalau Tuan Syed dapat anugerah Pingat Pentadbiran Awam (Emas), mufti aku sure dalam (diamond)." dan akhir skali dpt PINGAT MANGKUK HAYUN MELAYU TERSOHOR" kih..kih...kih..kihsnesses

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari