boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, August 21, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO... Salam Dari Mekah.....!!

Orang Lemas Mencari Tempat BerpautPDFPrintE-mail
Friday, 21 August 2009 12:23

khir

Oleh Dr. Mohamad Khir Toyo

Saya tidak akan membincangkan apa-apa isu dalam tulisan ini kecuali untuk menafikan tuduhan dan dakwaan kandungan surat layang yang didakwa dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Surat tersebut yang menjadi isu dalam inkues dan juga telah diterbitkan semula oleh semua laman web khabarnya menyatakan saya terbabit berkomplot dengan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini. Saya ingin menyatakan semua tuduhan dalam surat tersebut yang membabitkan saya merupakan satu fitnah dan tohmahan semata-mata.

Kebanyakan siasatan Badan Pencegah Rasuah dan SPRM ke atas saya, termasuk isu banglo di Seksyen 7 dibuat oleh para pegawai daripada Ibu Pejabat di Putrajaya. Justeru sangat mengelirukan bagaimana Timbalan Pengarah SPRM Selangor dituduh melindungi saya.

Berikut beberapa pandangan saya mengenai surat tersebut:

1. Adalah tidak benar wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor hari ini membabitkan saya. Malahan dakwaan komplot antara saya dengan SPRM ini sungguh melucukan kerana yang membuat laporan-laporan pencegahan rasuah ke atas pemimpin Pakatan ialah ahli parti mereka sendiri dan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang banyak membantu Pakatan semasa sebelum pilihan raya lalu.

2. Saya tidak nampak bagaimana siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan akan menjatuhkan kerajaan Selangor. Ini kerana proses siasatan, perbicaraan dan menjatuhkan hukuman termasuk proses rayuan boleh memakan masa sehingga 3-4 tahun. Dalam tempoh tersebut sudah tiada lagi pilihan raya kecil. Malah mungkin pilihan raya umum telah dilaksanakan. Justeru jika saya mahu menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini, cara ini bukan sahaja tidak bijak malah hanya membuang masa dan tenaga. Jika benar ada rancangan menjatuhkan kerajaan Selangor dengan cara ini saya anggap ia kerja bodoh dan tidak cerdik.

3. Tiada gunanya saya merencanakan kejatuhan kerajaan Pakata selangor hari ini kerana mereka sendiri tidak lebih the shinking ship. Bagi saya lebih baik kerajaan ini terus memerintah sehingga pilihan raya akan datang agar rakyat dapat menilai baik buruknya BN dahulu dengan Pakatan hari ini.

4. Surat layang seperti ini bukanlah aneh dalam cara hidup Pakatan. Jika kita masih ingat pada 1998 dan 1999 banyak surat-surat menggunakan kepala surat (letterhead) Jabatan Perdana Menteri disebarkan di dalam web mahazalim untuk memburukkan kerajaan ketika itu. 10 tahun selepasnya, modus operandi masih sama rupanya.

5. Bagi saya ini merupakan taktik-taktik orang yang kelemasan dan sedang dihanyutkan arus deras mencari tempat berpaut menyelamatkan diri. Kerana saya dilihat terkehadapan dalam memantau dan menegur perjalanan kerajaan negeri maka saya dijadikan sasaran mereka.

6. Saya berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa mengenai surat layang ini. Insyallah saya juga akan membuat laporan Polis dalam sedikit masa lagi sama ada selepas saya pulang dari Umrah atau meminta pegawai saya membuatnya dalam minggu ini.

Salam dari Mekah. - drkhir.com (LINK)


Komen: Abu Jahal dan Abu Lahab Bapa saudara Nabi pun penduduk Tetap Mekah, malah mati pun di Mekah....

2 comments:

  1. Pemimpin UMNO, depa ingat pi mekah, hari-hari buat umrah dosa depa dah cuci. Serupa orang matahari pengikut Hj Ahmad Matahari, Bayan Lepaih - di buat haji di Kg Seronok cuci dosa di sana.

    ReplyDelete
  2. bongkar jangan tak bongkar. khir toyo menafikan dia mengenali tp hishamudin tetapi ada orang bercerita mereka ni dari satu sekolah. harap bloggers dari kuala selangor tolong siasat. lebih bagus kalau ada bukti bergambar lagi.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari