boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, August 29, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Gedung Kartun - Lembap...

Salam Sejahtera....

Pada 24 Ogos lalu ada artikel dari blog KulupSakah.. ceritanya gedung-kartun. Kisahnya bagaimana pihak balaci dari KDN yang menyerbu pejabat Zunar...

Setelah 5 hari berlalu berita yang keluar melalu blog, maka hari ini 29 Ogos 09 baru keluar kenyataan balas dari pihak yang berwajib di akhbar Harian Metro.. Bacalah bagaimana mereka mengalih dakwaan mereka...

408 majalah kartun dirampas

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 408 naskhah majalah Gedung Kartun versi bahasa Malaysia dan 18 keping plat percetakan majalah itu di syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd pada Selasa lalu kerana tiada permit penerbitan.

Ekoran itu, Sepakat Efektif Sdn Bhd didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah tiada permit, menurut Ketua Komunikasi Korporat kementerian itu Jamilah Taib menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, rampasan itu dilakukan setelah KDN menerima maklumat mengenai pengedaran majalah kartun diterbitkan secara berkala oleh syarikat penerbitan berkenaan beralamat di 153-1, Jalan Sultan Abdul Samad dekat Brickfields di sini.

“Setelah diselidik, penerbitan majalah Gedung Kartun tiada permit bahkan permit penerbitan ditunjukkan palsu,” katanya.

Jamilah berkata peruntukan undang-undang yang sama turut dikenakan terhadap pencetak K Vin Publisher kerana mencetak bahan tiada permit.

Katanya, syarikat pencetakan itu turut didapati menyalahi Seksyen 4(1)(a) akta yang sama.

“Ini kerana kementerian telah menemui bahan-bahan tidak bermoral dan lucah yang turut dicetak di kilang itu berdasarkan penemuan sisa buangan disyaki lucah 150 helai dan satu keping plat majalah disyaki lucah,” katanya.

Katanya jika disabitkan kesalahan kedua-dua pihak boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Link : hmetro.

Komen : Kalau menteri yang jaga KDN sekarang ni pun dok bagi kenyataan pembohong aku tak hairan kalau balaci-balacinya pun serupa menterinya... terpaksalah berdaleh berbohong, perbuatan dah diketahui seluruh dunia.. bukan lagi satu Malaysia, sebabnya berita Kartun yang dirampas...Kartun.. Kartun.... bertambah lagi jadi kartun....


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari