Semalam hari pertama puasa, seperti biasa aku lepas berbuka, minum air terus pi surau, solat magrib, lepas tu makan berbuka sesama jemaah surau, wooi seronok, makan sedulang 4 orang. lauk-lauk macam... sebelum makan aku gatai pi ambik sebiji khurma, makan khurma dulu.. memang aku dah agak.. malam tadi sebelum nak tidur, kaki aku dah mula sakit, perut kosong terus makan, khurma, memang aku tak tahan.. mungkin proten yang ada dalam kandungan khurma tu ngam dengan asid urik dalam tubuhku menyebabkan gout menyerang aku.. sebuh tadi terpaksa telah ubat yang memang sentiasa aku simpan.. alhamdulillah, tengahari tadi dah ira sehat sikit, boleh berjalan bali, walau pun hencot sikit.
Selepas isya semalam, biasa jemaah surau Madah mengadakan siri Tazkirakh selepas 4 rakaat solat tarawik, oleh kerana tarikh tersebut menang jadual Ust Sidik Nur, maka belia diberi penghurmatan menyampaikan Tazkirah.. Sapa yang tak kenal Ust Sidik Nur, habak mai kat aku.. memang ghapla la.. kalau orang Perak tak kenai tentu cheroooi...
Tazkirah dimulakan semalam USN menreangkan betapa tingginya pahala menuntut ilmu dalam bulan ramdhan, dapat lingungan dari para malaikat..kemudian beliau membaca ayat Albaqarah 183, yang menyuruh umat Islam berpuasa, kemudian beliau mengulas sebab ayat itu ditujukan hanya kepada orang beriman sahaja (Ya ai yuhal lazi na amanu...)... itu menandakan Allah amat menyayangi umat Islam...
Kemudian beliau menyentuh pula bagaimana apa yang dikatakan taqwa, seperti mana dalam kuliahnya melalui kita Min Haj Abidin, kitab Tasaauf, diulangnya balik.. beliau turut menerangkan bagaimana kewibawaan Imam Ahmad bin Hambal yang dipenjara kemudian dihukum dijatuhkan hukuman bunuh kerana enggan mengatakan Al-Quran itu mahluk kepada khalifah waktu itu, beliau rela dihukum bunuh dari mengaku kepada khalifah menyebabkan rakyat umumnya keliru dengan hukum yang sebenar... Tetapi Allah maha kuasa, malam sebelum dari tarikh dihukum bunuh, Allah telah mengambil dulu nyawa khalifah, menyebabkan Imam Ahmad di bebaskan.
Kemudian USN turut menyentuh wak tu dahulu kat Malaysia negeri Perak ini pun mempunyai Ulama yang berani seumpama Imam Ahmad, iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Nawawi Janggut Merah dari Batu 8 Changkat Jering Perak, yang mana waktu itu bertugas sebagai penasihat kepada Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar... Menurut USN, Sultan Alang Iskandar adalah satu-satunya Sultan Perak yang cukup warak, sampai boleh mengarang sebuah Kitab taauhid..., (aku tak berapa dengar nama kitab tersebut semalam).
Kemudian pada satu hari dalam bulan Ramadan, Sultan Iskandar telah menjemput semua alim ulamak dan guru-guru agama dalam negeri Perak datang ke Istananya pada siang hari, setelah berkumpul semuanya maka dihidangkan makanan yang sedap-sedap belaka, seumpama jamuan diraja kepada rakyatnya... lalu diperintah semua alim ulama yang berada di situ untuk makan, lalu pakat diam semua yang hadir, menyebabkan sultan naik berang, lalu meninggikan suara dan memerintah untuk makan, semua tok alim dah panik lalu masing-masing nak ikut arahan Sultan untk makan tengahhari, maka pada ketika itu bangunlah Allahyarham TG Haji Nawawi mertemu muka dengan Sultan, lalu bersuaralah TG Haji Nawawi lebih kurang macam ini, "kalau hang nak masuk neraka, hang masuk sorang hang, jangan nak paska kami semua..." begitulah lebih kurang bahasanya... Maka lepas itu menangislah Paduka Sultan sampai basah pipinya bergenang air mata... kerana terlalu sedih dan gembira.. Kerana ada lagi Ulamak yang berani menyatakan kebenaran.... Itulah Ulama TG Haji Nawawi...
Cerita ini dah banyak kali diceritakan oleh USN..., bila ia bercerita kisah ini, aku cukup berbangga, kerana TG Haji Nawawi ini aku ingat-ingat lupa, waktu tu aku kecik lagi, baru lebih kurang 5 tahun lebih, arwah ibu aku ada lagi, TG Haji Nawawi ni datang mengajar di Masjid Kampung aku di Air Putih, Simpang Taiping, waktu itu arwah bapa aku telah menjadikan TG Haji Nawawi ini sebagai ayah angkat aku bersempena mengikat tangan aku waktu tu, cuma sampai sekarang aku terasa terngiang-ngiag arwah beliau memanggil nama aku untuk mengambil baju blazzernya, apabila beliau dah nak balik setelah selesai dari makan yang disediakan oleh arwah bapa ku selepas mengajar... aku pun berlari pegi mengambil bajunya itu dengan berbesar hati.. Bila aku dah mula bersekolah arwah pun dah pergi, aku tak sempat nak mengenali beliau dengan lebih lama.... cuma aku terbayang apabila arwah selesai makan, habis sisa kuah makanan dipinggan disapu hingga bersih, dijilatnya jari-jari semuanya.. itu aku masih ingat.
Tuan Guru Haji Nawawi dan seorang lagi Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, kedua-dua ini memang arwah bapa ku cukup menghormatinya, sehingga arwah bapaku nak habis umurnya tu pun selalu disebut nama kedua-dua ulamak tersebut......
Anak kepada TG Haji Nawawi sekarang ini masih ada lagi, seorang Ustaz juga iaitu Ustas Mad Rejab, 2 minggu sudah aku sempat bertanya dan berbual dengan beliau, beliau tinggal di Sungai Batu Pantai Remis, bapa saudara kepada blogger Ciberboron rupanya.
Cuma waktu USN menceritakan kewibawaan TG Haji Nawawi itu, aku teringat alangkah indahnya bumi Perak ini kalau ada ulama yang berani seperti beliau diketika ini, maka tak terjadilah apa yang berlaku sekarang ini kepada kita umat Islam, malangnya kita mendapat ulamak yang ada sekarang ini yang bertanggung jawab dengan pihak Istana dan kerajaan... cuma didalam bulan penuh barakah ini sama-samalah kita berdoa agar Allah menghadiahkan kepada kita Ulama yang berani seperti TG Haji Nawawi janggut Merah untuk menentang kemungkaran.......Amin..
Ini surau yang kat depan Rumah MB Nizar tu ker? Yang depan ceria tu yer....Kalau yer,...teringinlah TDM nak terawih kat sana....Tapi TDM dengar kat sana sembanhyang terawih 8 rakaat jer...selebihnya tazkirah...sekadar nak bertanya...kenapa berlainan ngan masjid and surau2 lain....? Tapi TDM memang berhajat nak ke sana....mana tau kang terserempak pulak dengan "ManjOng Mari" KAN...
ReplyDeleteTeman masih teringat kpd Allahyarham TG Haji Ghazali (pengasas Madrasah Idrisiah Bg Datoh).. waktu kecik2 dulu selalu nampak arwah naik bas nak ke masjid utk solat jumaat.. Drebar bas pun dah kenal, memang tak amik seduit pun..bagi naik free je.. sampai begitu sekali org hormat kpd beliau... - Neo
ReplyDelete