Salam Sejahtera...







Dalam ceramahnya semalam, dari pengalamannya, kalau setakat duit yuran pelajar sahaja, masalah kewangan memang tak cukup untuk mentadbirkan sekolah, jadi program majlis makan malam sebegini perlu dilakukan untuk mencari dana sekolah, setahun 2-3 kali pun tak apa.... Lagi satu Dato Abu Bakar menerangkan derma untuk Sekolah-sekolah yang berteraskan agama adalah sama dengan kita derma kat masjid.
Dalam ceramah penutup sempat beliau menceritakan kisah perhimpunan 100 ribu anti ISA di Kuala Lumpur pada petangnya, kerana beliau ada di sana.. katanya berbanding dengan perhimpunan BERSIH dan PPSMI nampaknyaperhimpuan semalam adalah cukup teruk sekali, inilah era Najib yang menjadi PM 1Malaysia, polis bertindak umpama anjing gila mengejar manusia...sehinggakan Pejabat PAS di Jalan raja Laut pun di simbahnya air dengan water cannon.
Persembahan awal dari Pelajar-pelajar dari SRI At-Taalim.
Juara Akedemik Nasyid TV9, Sdr Azhan.. dalam dok menyanyi lagu-lagu yang berunsurkan nasihat, sempat juga beliau pun memberi ceramah pendek suasana politik Malaysia...
Inilah Insan yangbermurah hati mewakafkan tanahnya seluas 3 ekar untuk didirikan bangunan Sekolah, malangnya akibat kerenah birokrasi zaman pemerentahan Tajol Rusli dahulu, pembinaan terpaksa ditangguhkan, maka dibelilah 11 unit rumah kedai untuk dijadikan Sekolah. Beliau adalah Dr Zakaria, aku pernah dua tiga mendapat rawatan darinya, cukup teliti pemeriksaan perubatan daripada beliau, kalau sesiapa yang nak pi slow talk minta MC sorry.. memang kena basuhlah..... sekarang beliau membuka kliniknya di Bandar Seri Iskandar....
Ini pulak Sifu aku... beliau menggunakan segala pengalamannya untuk pentadbiran perjalanan sekolah sehingga mendapat kejayaan dan menjadi buah mulut penduduk sekitar...


Hak ini anak bongsu aku pulak... tahun ni akan menghadapi SPM.... balik cuti hujung minggu, kenalah bawa sekali, nasib baik ada lagi kupon lebih......
Sambutan hebat dari ibu bapa pelajar dan penduduk sekitar

Yang ini pula adalah ahli-ahli lembaga pengarah sekolah SRi Taalim..
Geng jemputan VVIP,
Wakil dari penduduk dari Taman Melati... Pak Long, Bilal Masjid Lumut baju petak putih biru..
Bersongkok, spec mata.. dulu ketua cawangan taman tempat aku merangkap Naqib.. ...
Geng jemaah Surau Madah.. surat tempat port aku...
Dah kenyang agaknya.. berehat kat luar.. nak balik program tak habis lagi....
Mungkin ini lagu terakhir Sdr Azhan, sebab lepas tu aku pun balik.........





Dan ini seorang lagi, selaku Mudir Sekolah Menengah Islam (SEMI) Taalim, Ustaz Bad.. beliau telah berkhidmat dengan sekolah siang malam, duduk pun kat Sekolah, walaupun rumahnya di belakang rumah aku sahaja, masih solo lagi.....sanggup meninggal tawaran jawatan dengan Kerajaan kerana nak berbakti kepada sekolah At Taalim.....

Yang ini salah seorang Pelajar Sri Taalim, anak bongsu kepada Sifu aku....










OK lah, hangpa dah tengok semua, maka dengan ini aku dengan rendah hati memohon kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan rezeki atau wang ringgit, yang ingin menderma, mewakaf atau berzakat maka bolehlah membuat sumbangan kepada akaun Bank Islam, Tabung Pembangunan Sri Taklim No 08059010002862. Moga-moga dengan adanya sumbangan dari pembaca dapat meringankan beban perbelanjaan pihak pentadbiran sekolah. Untuk keterangan lanjut mengenai sekolah silalah masuk ke blog http://srar-taklim.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment