boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, August 27, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Zamri umum - Siak, bilal dapat duit raya

IPOH – Seramai 1,975 siak serta bilal di seluruh negeri Perak bakal menerima bonus khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kesemua siak dan bilal bakal menerima RM500 setiap seorang sebagai sagu hati daripada pihak Kerajaan Negeri.

Menurutnya, bonus berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka selama ini.

“Peranan mereka (siak dan bilal) ini adalah penting, terutamanya bagi mengurus serta menjaga masjid di seluruh pelosok negeri.

“Mereka telah mengurus dan menjaga masjid atau surau tanpa menerima apa-apa bayaran melainkan elaun berjumlah RM300 sebulan.

“Saya berharap agar perkara ini menjadi berita gembira buat mereka menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita setelah mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Zambry berkata, bonus berkenaan tidak diperuntukkan kepada para imam kerana difahamkan mereka (imam) ada menerima elaun berjumlah RM400 sebulan daripada pihak kerajaan.
Link : sinarharian.

Komen: Dia cuma boleh umum sahaja,tapi itu bukan dia dia...bukan duit UMNo.. tapi duit rakyat, jadi pakat-pakat ambiklah... sebagai tanda saguhati tugas masing-masing... kenapa kat Imam tak boleh bagi walaupun imam ada elaun bulanan...RM400.00, mungkin marah kat Imam=imam kut sebab kes sembahyang magrib kat Masjid Simpang semasa kempen PRK Bukit Gantang, Imam jemput Hj Nizar jadi imam sembahyang....

3 comments:

  1. Salam Ramadhan Tuan MM,

    Itu wang... "Duit Raya ka...?" atau RASUAH....

    Bukan boleh caya dengan puak umnGok nih... kalau soal duit (RASUAH) banyak sangat terma diorang nih..

    Rasuah = Politik Wang
    Royalti = Wang Ehsan

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam ISA..

    Ish..ish... itu duit raya kat tok bilai dgn tok siak... elaun bulanan depa RM300.00 saja... mana cukup... tak tau la pulak kalau waktu nak terima duit tu nanti kena sain borang UMNO.......

    ReplyDelete
  3. dengki la tu si kontot ni

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari