PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan kemungkinan mengumumkan kepada orang ramai kawasan atau lokasi panas di negara ini yang banyak mencatatkan kes Influenza A(H1N1).
Timbalan Perdana Menteri berkata negara kini pada peringkat mencari jalan menangani penularan virus wabak itu kerana tahap mengkuarantin telah dilaksanakan kira-kira sebulan lepas.
"Ia boleh dikatakan kita pada peringkat membimbangkan. Bagaimanapun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah ini. Kita tidak ada untuk disembunyikan dan maklumat diberikan kepada orang ramai setiap hari melalui media.
"Dari situ kita boleh tahu lokasi seperti jika sebuah sekolah ditutup di sesuatu kawasan. Sungguhpun peratus kes H1N1 di negara masih lagi rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk, kita tidak boleh ambil ringan dengan ancaman ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kemenetrian Pelajaran di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata antara tindakan yang diambil kerajaan ialah memastikan semua hospital di negara ini termasuk hospital swasta menyediakan ubat H1N1, Tamiflu.
"Kesedaran orang ramai juga ditingkatkan. Kini semua hospital tahu langkah-langkah yang akan diambil untuk merawat mereka yang dijangkiti virus ini," kata Muhyiddin.
Beliau berkata sungguhpun mungkin ada sesetengah lokasi di negara ini yang belum lagi mencatatkan pesakit Influenza A(H1N1), ini tidak bermakna bahawa lokasi itu bebas daripada virus tersebut.
Katanya kerajaan tidak mengambil ringan dalam mengendalikan INFLUENZA A (H1N1) kerana ia membabitkan nyawa orang ramai dan tindakan penting diambil bagi membendung penyakit itu. "Mengenai kawasan panas, kita perlu tahu jika ia akan membantu membendung penularan penyakit itu. Jika Kementerian Kesihatan merasakan bahawa ia akan membantu, barulah kita akan teruskan dan memaklumkan lokasi-lokasi berkenaan."
"Ini berbeza dengan jerebu, kita siarkan kawasan panas. Jerebu boleh dilihat dengan mata kasar tetapi bukan H1N1. Jadi kita hendaklah berhati-hati," tambah beliau.
Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk menyimpan bekalan Tamiflu.BERNAMA
Komen: Rakyat dah 57 orang meninggal, masih lagi nak bincang.... apalah malangnya rakyat Malaysia dapat PM1 Malaysia, Timbalan PM1... semuanya lembapppppp........!!!!!@#$%%^
Derhaka Hanya Pada Allah
ReplyDeleteSemoga Bangunan Gah hasil dari wang rakyat ini Ini Ditelan Bumi Bersama Penghuni-Penghuninya.
Apabila Raja Memijak Perlembagaan Negeri.
Tunggulah Masanya Rakyat Memijak Mahkota Raja
Pada Masa Itu Usah Dikesali Lagi
Apabila Istana menjadi Gedung Barang Purba
Aku Tidak Mengundi Barisan Nasional
Sebab Aku Ada Prinsip Bahwa Jika Mahu berkuasa
Perlembagaan lah Yang Wajar Dituruti
Bukan Nafsu Yang Membuak
Bukann raja Yang Memihak
Selamat Jalan Tuanku Sultan Perak
Barang Dijauhkan Allah
Keturunan ku Bertemu Jodoh Dengan Keturunan Mu,
Percayalah Tuanku
Bahawa Mereka yang Zalim
Pasti Akan Dihapuskan Tuhan Hingga Ke Akar Umbi
Dikau Patut Mencontohi Queen Beatrik
Queen Yang memerintah Negara Natherland
Baginda di Lantik Menjadi Queen
Tidak Mencampuri Urusan perniagaan dan Politik.
AKU MOHON DURHAKA TUANKU
Tapi hanya pada kata-kata
kerna pada ku makna derhaka
hanya pada allah subhanahuwataala.
Apa Jadi Dengan Gamuda.Dah Nak Bengkrup.semoga hancur lebur hendaknya...
RAJA KUCING
NEGERI PERAK
http://bbcatlover.blogspot.com/2009/08/derhaka-hanya-pada-allah.html