Salam Sejahtera...
Syurga...syurga... semua pakat nak masuk nak syurga, kalau tanya sesiapa pun semua nak masuk syurga, tanya kat orang kafir terutama kristian, mereka pun nak masuk syurga, itu pasal kalau depa marah selalunya keluar ungkapan "Go to hell" dia tak kata go to heaven.....
Aku teringat kata-kata Tuan Guru tempat aku mengaji di Sungai Petai, Almarhum Tuan Guru Yusuf Ismail, atau dikenali Yusuf Baling, ia kata kalau kita pi tanya kat anak-anak muda yang tengah dok syok mabuk bercinta minum air segelas kongsi 2 orang tu pun nak masuk syurga, pi tanya kat Mat Gian yang dok tengah stim ganja, ia pun nak masuk syurga, tak ada sapa pun yang nak masuk neraka... kecuali ada sesetengah orang melayu, pi perayu undi PAS pi merayu undi kat rumah mereka yang UMNO tegar ni, mereka sanggup mengtakan, tak apalah, biarlah kami masuk neraka... hangpa masuklah syurga..... itulah salah satu tarbiah UMNO kepada orang melayu yang beragama Islam.
Aku tak mau nak komen apa yang TGNA sebutkan yang mana telah menjadi isu se Malaysia, sehingga Mufti UMNO Perak, Timbalan Mufti Kedah, Jamil Khair Kagat, Zahid Hamidi dan Mat Sembab, semuanya kecoh nak bercakap bab tersebut.. OKlah cukuplah dengan perangkap UMNO itu...
Tetapi pepagi ni aku terkejut sikit, aku tak tahu samada ini pun adakah permainan Utusan Merapu nak memecah belah lagi pimpinan PAS atau sebaliknya....
Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib
KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.
Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.
“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.
Komen: Kalau betullah seperti apa yang tertulis seperti di UM itu, maka aku minta pada pimpinan yang berautority untuk bercakap, tak payahlah kita nak pi rasa seronok bila ditemuramah oleh pemberita yang sahih menyokong kepada UMNO.. tak guna kita ada Harakah, kalau ada sesuatu pun pergilah kepada Harakah, biarlah kami buat rujukan pada Harakah... kalau yang keluarnya dalam UM, kami kekadang sangsi juga, betul atau tidak, ....kalau betul seperti kenyataan tersebut... kacau... sedangkan apa yang aku tahu, Islam itu ada 73 kumpulan, hanya satu saja yang diterima Allah, itu hadis ... jadi kalau parti yang terang-terangan tolok hudud, pertikai sunah nabi, pertikai dan tangkap pelajar sekolah agama pakai serban, tu pun ada hati nak masuk syurga... oiii senang sungguh....
No comments:
Post a Comment