boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label syurga. Show all posts
Showing posts with label syurga. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Syurga dan Neraka..

Salam Sejahtera...

Pagi tadi aku dapat satu komen yang aku agak sensitif, aku copy& paste kembali tanpa apa-apa edit

" Salam MM,
Komen la sikit anak buah komer nama ZULKARNIAN ISMAIL- Ahli PAS dpd Pasir Tumboh,Kelantan yg berkata:
"Alhamduliliah...! Ketua Puteri Neraka Dari Ampang Telah Kembali Ke Neraka Buat Selama-lamanya !"
Bukan kah ini generasi Islam yg komer nak zahirkan selama ini??
Puas hati komer sekarang? Buat lagi pitenah,maki hamun kutok kiri kutok kanan! Islam jenis apa la kamu ni? Insaflah wahai saudara ku.Bertobat la sementara nafas masih ada.
Semoga Alllah swt mengampunkan dosa2 Alahyarhamah tersebut dan memncucuri rahmat keatas rohnya.Amin.


Kemudian merujuk kes yang sama seperti gambar di atas KETUA Puteri Umno Selangor, Suhaila M Zain (tengah) bersama ahli Puteri Umno Selangor membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial, Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.

Kalau sewaktu kempen PRK di Penanti kalau aku silap, TGNA ada mengatakan penyokong UMNO tak akan masuk syurga, kerana UMNO itu Nasionalis, maka apa lagi bermula dari TPM, turun ke Pengerusi Majlis Fatwa, Mufti Perak, semua pakat hentam balikTGNA, sehingga TGNA ajak berdebat atau berbincang, semua pakat senyap..

Kalau tanya pendapat aku, memang betullah seperti yang dikeluarkan arahan dari Majlis Fatwa Kebangsaan, kalau standard macam aku ni memang tak layak nak mengklasifikasikan seseorang itu ke mana syurga atau neraka.

Dan memanglah siapa yang nak masuk neraka, Arumugam kumpulan Alleycat pun menyanyi lagu Andai Aku pergi dulu, ......... Ku nanti mu di pintu syurga. Kat Neraka dia tak..., jadi marahlah hamba-hamba Allah tak kira apa parti politik pun bila dilabel ke neraka....bukan saja kita, malah orang putih (inggeris) pun kalau marah depa dengan emosi berkata Go to hell ia tak kata heaven.

Kita dari kecil lagi sebagai umat Islam telah diajar berbuat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa, jadi aku nak tanya balik, baikkah perbuatan Kerajaan Pusat yang didalangi oeh UMNO yang membuat konspirasi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, menglibatkan Istana, hakim, polis dan berbagai agensi kerajaan.

Baik kah UMNO dengan sekali lagi cuba memalukan DSAI, menggunakan segala helah dan kuasa yang ada kerana ada niat nak memenjarakan lagi sekali beliau.

Baikkah UMNO yang sebelum ini berpuluh tahun membayar Royalti kepada Terengganu, bila PAs saja memerintah terus dibatalkan,, kemudian diikuti di Kelantan, sedangkan semuanya itu ada dalam perjanjian.

Islam sebenarkah UMNO bila cuba nak menghalang hukuman sebat secara islam (walaupun 6 rotan, sepatutnya 80) ke atas wanita dalam isu Kartika.

Islamkah UMNO bila menghalang Kerajaan Kelantan nak melaksanakan hukum Hudud....

Banyak lagi kalau aku nak tulis, cuma ingatan aku buat pengkomen Ampatuan JR, memang aku dok maki hamun kat UMNO, sebab perkara-perkara diataslah...., dibawah ini aku kepilkan salinan hadis dari Kita Muqadimah Mustika Hadis Keluaran Jabatan Perdana Menteri, muka surat 42, 43, Hadis dari Imam Ahmad,, kalau nak baca tu double klik pada imej...







Sama-samalah kita berfikir dan bermuhasabah diri.. layakkah kita nak masuk ke syurga Allah, tak cukup kalau takat Selawat Kepada Nabi dan berarak pada hari Maulid....


Saturday, August 22, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Bodoh tak boleh Nak Diajar, Cerdik Pula tak boleh nak ikut...

Salam Sejahtera...

Macam mana aku tak kata puak-puak UMNO ni bodoh, memang bodoh sesungguhnya... tetapi itulah bodoh tu kena kat depa, memang dia buat bodoh untuk boleh untung kat depa...,

Cuba bayangkan... depa dok kutuk seranah kat TGNA boleh, hari-hari 24 jam semua media dok sebut bab TGNA kata depa tak boleh nak masuk syurga, dah depa perkuda Majlis Fatwa, buat kenyataan, TGNA nak jawab balik depa tak bagi, jangan buat kenyataan akhbar, kalau tak puas hati terus buat bantahan kat Majlis Fatwa.... DI SINI. Oii Mat Sembab, hang sapa tak bagi dan larang TGNA debat keputusan Majlis Fatwa... apa takut.... takut apa, jangan risau... apa takut tak dapat masuk syurga ka... he he Syurga Allah ada hati nak masuk, PAS nak buat hukum Islam kelam kelibut hangpa tentang... phoorah....Hukum ISA hangpa kata sesuai dengan Islam,,,, pandai-pandai buat fatwa..... bila TGNA sebut tak ada peluang nak masuk syurga marah pulakkk... melompat masing-masing....

Ni keluar lagi satu fatwa baru dari Mujahid Islam Melayu Nusantara... hangpa baca Kat SINI. Satu lagi fatwa songsang dalam suasana UMNO yang dah nak putus nyawa... Melayu itu Islam... pulak dah... Seseorang itu tidak melayu kalau tidaj Islam... Oiii itu macam ka... Lina Joi kira sekarang bukan melayu lagi la.... nak letak bangsa apa.. tu... Oiii bulan puasa ni jangan la dok merapu tahap gaban ..... Dah lah tu, keluar lagi fatwa dan hadis dari Hang Tuah pulak... memang UMNO apa yang aku nampak semakin hari semakin nyanyok... nampaknya tak lama lagi memang jahanamlah UMNO... Sama-sama lah kita berdoa didalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini mohon dipercepatkan mamposnya UMNO...jahanamnya UMNO.. Amin.

P/s... Aku dok tunggu aja... tapi tak muncul-muncul apa teguran dari Mujahid Muda kita Dr Asri, bekas Mufti Perlis, selalunya kalau ada sesuatu isu yang agak panas beliau selalu menegur dengan begitu berhemah sekali, tak macam Tan Sri Datuk Seri Dr SS ...........! Kenapa diam Dr Asri... Berilah sedikit pandangan dengan ikhlas, anta banyak ilmu..... kami sedia mendengarnya....walaupun pahit... Tegurlah kalau ada yang tak kena....

Thursday, August 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Fatwa Baru dari Mat Sembab...

Nampaknya setelah Pengerusi Majlis Fatwa mengatakan Mursyidul Am Pas TGNA menyeleweng semalam, maka hari ini berfatwalah pulak Almalikul Mat Sembab (pinjam Panggilan Tukar Tiub) tanpa berbuang masa terus mengeluarkan fatwanya pula...

Dia mahu Nik Aziz mengakui kesilapannya dan bertaubat....baca kisah sebenarnya DI SINI.

Oii Gampang... aku nak bagi tau ,... TGNA, pimpinan PAS dan kami ahli-ahli PAS sentiasa beristigfar paling koman pun selepas sembahyang, bertaubatlah tu.. hang tak payah nak ajar.. kami tau sebagai hamba kepada Allah kami sentiasa melakukan kesalahan, oleh itu kami sentiasa bertaubat.....

Tapi kalau bab cerita UMNO tak masuk syurga ni, tak payah bincanglah... budak-budak Tadika PASTI pun boleh tolong jawab......ada faham ka.....janganlah jadi tengik..........

Wednesday, August 19, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Syurga..syurga...

Salam Sejahtera...

Syurga...syurga... semua pakat nak masuk nak syurga, kalau tanya sesiapa pun semua nak masuk syurga, tanya kat orang kafir terutama kristian, mereka pun nak masuk syurga, itu pasal kalau depa marah selalunya keluar ungkapan "Go to hell" dia tak kata go to heaven.....

Aku teringat kata-kata Tuan Guru tempat aku mengaji di Sungai Petai, Almarhum Tuan Guru Yusuf Ismail, atau dikenali Yusuf Baling, ia kata kalau kita pi tanya kat anak-anak muda yang tengah dok syok mabuk bercinta minum air segelas kongsi 2 orang tu pun nak masuk syurga, pi tanya kat Mat Gian yang dok tengah stim ganja, ia pun nak masuk syurga, tak ada sapa pun yang nak masuk neraka... kecuali ada sesetengah orang melayu, pi perayu undi PAS pi merayu undi kat rumah mereka yang UMNO tegar ni, mereka sanggup mengtakan, tak apalah, biarlah kami masuk neraka... hangpa masuklah syurga..... itulah salah satu tarbiah UMNO kepada orang melayu yang beragama Islam.

Aku tak mau nak komen apa yang TGNA sebutkan yang mana telah menjadi isu se Malaysia, sehingga Mufti UMNO Perak, Timbalan Mufti Kedah, Jamil Khair Kagat, Zahid Hamidi dan Mat Sembab, semuanya kecoh nak bercakap bab tersebut.. OKlah cukuplah dengan perangkap UMNO itu...

Tetapi pepagi ni aku terkejut sikit, aku tak tahu samada ini pun adakah permainan Utusan Merapu nak memecah belah lagi pimpinan PAS atau sebaliknya....

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.


Komen: Kalau betullah seperti apa yang tertulis seperti di UM itu, maka aku minta pada pimpinan yang berautority untuk bercakap, tak payahlah kita nak pi rasa seronok bila ditemuramah oleh pemberita yang sahih menyokong kepada UMNO.. tak guna kita ada Harakah, kalau ada sesuatu pun pergilah kepada Harakah, biarlah kami buat rujukan pada Harakah... kalau yang keluarnya dalam UM, kami kekadang sangsi juga, betul atau tidak, ....kalau betul seperti kenyataan tersebut... kacau... sedangkan apa yang aku tahu, Islam itu ada 73 kumpulan, hanya satu saja yang diterima Allah, itu hadis ... jadi kalau parti yang terang-terangan tolok hudud, pertikai sunah nabi, pertikai dan tangkap pelajar sekolah agama pakai serban, tu pun ada hati nak masuk syurga... oiii senang sungguh....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari