Salam sejahtera...
Pada petang Khamis, aku dapat SMS dari blogger Otai-Manjung, minta aku pergi tolong cover aktiviti DS IR Nizar.., kemudian petang semalam si Azam pulak pun call juga, minta datang jam 5.30 ptg, aikk macam mana.. aku balik kerja jam 5.00ptg.. sempat ka... apa pun pukul 5 ptg aku balik kerja sempat sekejap singgah Pasar Malam Padang Tembak, beli ikan, kemudian balik rumah, motor aku tak ada anak aku pakai pi kedai.. tak lama pula hujan pulak turun.. aiih pakai tak pergi dah.. sebab Anaz (blogger Dugong Darat dengan Sha) team Perakexpress akan ikut kemana DS IR Nizar pergi pun ada juga... Tak lama lepas tu anak aku pun balik dari kedai, hujan pun dah seriyat... call Azam kat mana... mereka dah ada kat Tapak Pasar Ramadhan...
Inilah salah satu Pasar Ramadhan di Seri manjung,,, Oiii pasai apa lengang .... gambar ni aku ambik 4 hari sebelum masuk bulan Ramadhan.. sebab aku tengok cantik khemahnya... kemutih buat aku teringat serupa lebih kurang khemah waktu aku kat Muaasem Mina di Mekah.... Memang cantik... pandai Majlis Perbandaran Manjung organize khemah standard macam ni, tokeh khemah pun masuk duit juga, kalau tidak pakai terperuk ajalah khemah tu, sama nak sewa waktu bulan posa ni, mana ada orang nak buat kerja nikah kawin.....manakala staff MPM yang tukang kira pun silap-silap ada persen juga tu.... bab sewa tapak meniaga aku tak tau berapa duit... dan petang semalam lah baru aku memijak kaki mari ke pasar ramadhan, banyak ruang sewa kosong, mungkin mahal... kat sini kuih 3 biji RM1.00, manakala aku dok pi beli kat Kpg DSK sebiji kueh baru tiga kupang, oiii 3 biji seringgit dengan tiga kupang sebiji lebih kurang la.... kepala hotak hangpa... kalau beli seringgit mungkin tak apa.. tak rasa apa.. macam aku beli paling kurang 3-4 ringgit...baik aku tala ke Kpg DSK....
Waktu ni kat warung roti bom,, oii syok oo roti ni, tapi tahun ni aku tak mai beli lagi pun....
Haa.. peluang dah dapat, microphone dah ada kat tangan, apa lagi... Ucapan DS yang sempat aku ingat, ia bertanya ptg semalam pukul berapa berbuka, itulah dah mai lambat gaduhlah... rupanya telahan aku silap, rupanya point jam 7.28 waktu berbuka tu katanya sunat kalau kita ikut, maka bila tepat 7.28 maka pakat melantaklah kita semua, tanpa berlengah lagi..... baguihlah sunat.. itu makanan jasmani kita....
Bagaimana pulak makanan rohani, sembahyang, adakah tepat mengikut masa bila masuk waktu sembahyang...
itu hanpa sendii fikir lahhh..
Tujuan Ramadhan adalah untuk kita serius mengerjakan semua amal ibadat dengan Allah.
Kemudian beliau mengulang balik mengenai malam lailatul qadar, yang datang pada bulan Ramadhan, peluang untuk umat Nabi Muhammad, kerana satu malam tersebut menyamai 1000 malam, cuma perkataan arab Lail itu subjektive sedikit, tak semestinya malam, bagaimana waktu di Malaysia dengan di mekah, di New zealand, di Jepun, kemudian beliau bertanya kepada askar laut (Navy) sewaktu di lautan, adakah waktu malam itu di seluruh dunia malam.... sudah tentu tidak... jadi yang terbaiknya buat sesiapa yang mahu lailatulqadar itu ambillah pada setiap saat dan detik dalam bulan ramadhan itu sebagai lailatulqadar....
Betul dan bertepatanlah apa yang DS katakan, masuk waktu aja.. hangpa tengok yang sebelah dia tu... terus aja ngap ke mulut, tetapi DS masih lagi entak apa yang dibualkannya...
Aku pulak... malang buat aku malam tadi, asyik dok nak ambik gambar... orang semua makan, tempat dah penuh, rezeki aku semalam hanyalah sebiji khurma sahaja.. inilah nasib blogger.. sapa yang nak ambik peduli kat kita, gatai lagi nak jadi blogger.. padan muka..... aku tak kiashlah.. rezeki aku malam tadi bukan di sini, nasib baik hujan dah berenti, aku start motor chow lari pi ke surau port aku di Madah... sampai depa dah sembahyang magrib, sempat aku jemaah sekali... lepas jemaah Magrib baru makan... perghhh.. sedulang 4 orang... memang aku kat situ setiap waktu berbuka puasa... pun...
Episode Ketiga...
DS ke Masjid Kpg DSK, (Dato Seri Kamarudin) pulak, jadi aku balik rumah, makan kat surau pun tak berapa kenyang, bini aku semalam goreng mee mamak, kena lagi... memang melantak... lepas tu aku dan 3 orang anak aku pun ke Masjid DSK, sampai saja bilal dan azan Isyak, sorrylahy aku dah tak mau ambik gambar lagi... aku nak rilek.. lagi pun entah tak sedap kalau dalam masjid pun nak sibuk macam tu.... kalau hangpa nak tengok gambar suasana dalam masjid hangpa buka blog hablunminnannas sebab blogger Haji Fawi aku tengok sibuk dok ambik gambar, blognya http://hjfawi.blogspot.com/ . Oii dalam blognya pun dah update dari blog aku.. depa orang muda lainlah.. tak macam aku ni dah tinggal gear dua aja lagi.... Bab ceramah Nizar di masjid DSK tu adalah dimaklumkan dalam bolg Hj Fawi.. tak payahlah nak tulis lagi...cuma bila dah habis ceramah, sampai bab sembahyang terawih DS IR Nizar sendiri yang mengimamkan sembahyang terawih sebanyak 8 rakaat, hangpa tengok... dah bagi ceramah.. kemudian jadi imam lagi... Mb-Mb UMNO ada macam tu... sorrylaaa....
Aku cuma nak sebut sikit mengenai Pengerusi Masjid Kpg DSK, Tuan Haji Musa, aku salute kat beliau, sewaktu beliau berucap.. selalunya kalau untuk Ustaz-ustaz memberi tazkirah sebelum tarawih beliau memperuntukkan masa hanya 15-20 minit, tetapi malam tadi disebabkan yang datang tu DS jadi beliau tidak memperuntukkan waktu, terpulanglah, ini kerana DS adalah seorang wakil atau ketua penduduk di sini yang dipilih oleh penduduk sendiri, jadi memang hak DS sebagai wakil rakyat setempat untu berucap untuk menerangkan apa saja kepada penduduk. Bagi beliau sebagai pengerusi masjid yang benar itu tetap benar dan kalau yang salah itu tetap salah, dan beliau tak kisah kerana menurutnya selepas ini masjid DSK akan diambil alih orang lain, kalau nak diambil alih pun beliau tak kisah.....
Bagi aku memanglah,, sekarang UMNO dah berkuasa kembali, mana boleh tengok masjid orang mai ramai.. mulalah panas juboq depa... kalau masjid Setiawan depa dan kuasai semula, masjid lain tunggulah, ketua kampong pun depa dah lantik lain, walau pun ketua kampong sebelum ini masih lagi sah sehingga 2010...
Jadi teringat balik aku apa kata Ust Ramli Wahab dari Gopeng dua malam sudah, MB Perak yang baru ini beliau sifatkan MB luar tabiee... memang betul dan bertepatan sekali...
No comments:
Post a Comment