boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, September 10, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Siapa Calon PAS?!!

Salam Sejahtera...

Keputusan PAS yang bertanding telah diketahui setelah rundingan antara parti PR Negeri Sembilan, cuma di sini bila aku terbaca DI SINI, aku tak pasti adakah berita ini betul sahih atau tidak, kalau betul aku rasa ada sedikit yang tak kena, bukan niat dihati nak masuk campur hal kepimpinan, tetapi aku perlu luah sedikit apa yang aku rasa perlu,.....

Cuma di sini aku heran, kenapakah tiga orang itu sahaja dicalonkan, apakah itu saja yang berkelayakan, memanglah kalau dari segi haraki ketiga-tiga orang yang dicalonkan adalah kesemuanya pimpinan belaka, tetapi kita harus ingat ini adalah PRK dan bukan PRU... kalau PRU OK tak ada masaalah, letaklah pun sapa calonnya, tak sesiapa nak ambil kisah secara terperinci, itu satu hai, tetapi yang penting masaalah pengundi, bagi ahli dan penyokong PAS no problem, semangat taat setia tak perlu dipertikaian, tetapi berapa ramai pengundi PAS!!!, Sedangkan majoriti BN PRU12 yang lalu 2333, banyak tu, dan lagi satu undi POS tentera pun ramai, dan undi POS inilah yang menentukan kemenangan....

Aku cukup bersetuju bila membaca posting Aduka Teruna DI SINI. Oii aku bukannya bersemangat assobiyah pulak, kerana aku juga bekas tentera... tidak pun, cuma aku nak kan kemenangan, kerana apa yang aku rasa dikalangan tentera sekarang ini ramai dah yang faham akan politik Malaysia, tetapi bila adanya calon dikalangan bekas ATM, mereka sekurang-kuranganya akan merasa diberi pengharagaan dan kepercayaan oleh PAS, dan dalam tentera juga ramai tidak ambik kisah langsung hal politik, dan itu yang ramai pun... jadi bila calon PAS dari bekas anggota tentera kalau dapat 25-35 % undi dari atas pagar pun sudah cukup baik.

Pemilihan masih belum lagi dibuat, kalau rasa betul-betul inginkan kemenangan kita perlu berusaha dari segala aspek untuk memenangi hati pengundi untuk memilih calon PAS, jadi fikir-fikirkanlah, janganlah kita rasa kemenangan dah nak menghampiri maka semua pakat-pakat teringin nak jadi calon, bila nak tidur malam tu fikir dan muhasabahlah diri sendiri , dan yang terlebih baik sembahyang istikharah dahulu minta petunjuk dari Allah, boleh atau tidak kita nak bertanding, kita kena ingat, kalau PAS dapat menang dalam PRK Bagan PInang ini umpama pukulan maut buat UMNO, jadi sayangilah peluang yang ada.... jawatan bukan untuk diri sendiri, tetapi jawatan itu adalah amanah yang perlu dipikul oleh semua jemaah...

Harap maaf.. ini adalah pandangan peribadi ku..... tiada niat nak menyentuh mana-mana pihak.

2 comments:

  1. Sahabat MM, tentera darat tak sama dgn TLDM,,, TLDM maju sikit kedepan hahhahahahahaha, askar darat ada macam kena cucuk hidung sikit ,,,,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. elok la tu kita sama2 cari calon yang terbaik untuk kemenangan kita insyaalah....takbir!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari