boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, September 8, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Siapa Calon UMNO?!!



Salam Sejahtera...
Nampak gayanya berkemungkinan besar PRK N31 Bagan Pinang Pakatan Rakyat akan berdepan dengan bekas MB N9 sendiri, apakah ini bakal terjadi!! Nampaknya ia, sebab apabila Isa Samad ditanya wartawan MK Abd Rahim Sabri, beliau langsung tidak menyangkal ataupun menolaknya, ini beerti beliau setuju menjadi calon, cuma jawapannya ialah " Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain. "Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan,"..


Mana mungkin ada calon lain yang berani dan nak kan jawatan itu, tak kan nak lawan cakap Ketua Bahagian.... bagi aku inilah contoh ahli politik tulen, politik tegar... masih ada keinginan nak masuk balik ke Dewan Undangan Negeri, walaupun satu ketika dulu pernah menjadi MB, tetapi kini hanya berangan nak menjadi ADUN biasa saja, jadilah.. yang penting dapat jadi ADUN, dapat lepas gian.....

Apa pun kalau benar terjadi, satu tugas besar Pakatan Rakyat terutama PAS untuk menghadapinya, bukan senang nak capai kemenangan, walaupun sebelum ini majoriti BN ialah 2333, mungkin waktu itu puak dan penyokong Isa Samad boikot pada Arwah Azman Mohd Noor, ditambah pula dengan senjata utama UMNO dalam Pilihanraya iaitu UNDI POS, satu lagi masaalah, kemudian jelmaan pengundi hantu pulak.

Walaupun begitu belum tentu lagi, sebab bila aku baca dari kenyataan TPM Mat Sembab berkata " sama ada calon itu seorang lelaki atau wanita, tidak penting, tetapi apa yang penting ialah calon itu mestilah sesuai. Mungkinkah Mat Sembab sendiri pun dah jemu calon lelaki, dah 7 - 0, apakata tukar citarasa bubuh calon wanita pulak....

Namun PRK N31 Bagan Pinang semakin mendebarkan, buat SPR pulak semakin memeningkan, sebabnya nak dapat tarikh buat PRK tak mau sangkut dengan tarikh perhimpunan agung UMNO pada bulan Oktober nanti, pulak dah.. PRK... PRK lah, apa pulak yang nak disibuk, kalau macam itu tak payah buatlah.. lagi senang.. gunalah apa-apa alasan yang munasabah ataupun munasarawak.. Susah sangatkah nak bubuh tarikh penamaan calon dan PRK. Apakah SPR dengan PDRM semuanya nak beraya sakan ka... seminggu lepas raya 26-27 Sep dah boleh buat penamaan calon, buatlah hari cuti... nanti seronok sikit orang Bagan Pinang dapat tengok kedua-kedua penyokong datang masa penamaan calon....seminggu lepas tu PRK... OK apa... suasana dalam bulan raya... fui yooo.. best ooo, puas makan lomang....

Bagi aku lagi lewat tarikh PRK lagi baguih, lagi banyak segala kemungkaran UMNO akan tersembul keluar, umpama nanah bisul yang kemerahan menunggu masa nak pecah, waktu tu lagi banyak isu buat penceramah PAS nak hentam, malah isu-isu kat Manik Urai tempohari pun sehingga kini belum terjawab... buat penceramah-penceramah PR perlulahbuat kajian atau research dulu apa yang sesuai dengan pengundi di kawasan adat perpateh itu, adalah lebih baik isu-isu setempat , jikalau Isa Samad yang menjadi calon, jangan isu peibadinya di ketengahkan, sebab pengundi yang pro UMNO ia mana tau apa itu politik wang, yang ia tahu Isa Samad bekas MB, Ketua bahagian Teluk Kemang, dah banyak jasa Isa Samad di situ...walau pun masa untuk PRK masih lama lagi, macam-macam boleh terjadi... sama-samalah kita tunggu dan lihat....... apakah episode seterusnya... Tungguuuuuuu.....

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari