boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 5, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - PAS & PKR Kena kaji Balik..

Semalam seorang lagi hamba Allah dari gerombolan UMNO pulak yang telah sampai ajalnya... walaubagaimana pun PAS masih mendahului UMNO iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Manik Urai dan Permatang Pasir, 3 orang semuanya, manakala UMNO sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Bagan Pinang yang terbaharu... Siapa pulak selepas ini... Apakah dari DAP atau PKR... wallahuaklam.

Buat DUN Bagan Pinang SPR tak munkin dan tiada upaya untuk nak menidakkan PRK seperti di DUN Kota Seputih Kedah, mereka nak atau tidak PRK tetap kena laksana, maka kena sedarlah sikit Pengerusi SPR ... bukan apa... takut-takut Pengerusi SPR pun boleh ikut bersama arwah ADUN Bagan Pinang... tak mustahil.. jadi kalau nak laksanakan tugas tu biarlah adil dan telus... Allah dah bagi petunjuk tu.. tak kan tak faham lagi.....

Dan yang paling penat tak sempat nak berehat nak tarik nafas lega ialah Mat Sembab... terpaksalah pulak berkampong di Bagan Pinang untuk menabur janji di sana, membuat jambatan dan menjadikan anak emas.....apakah BN mampu mempertahankan kerusi Bagan Pinang, dari segi hukum akal bagi aku 65% BN mampu mempertahankannya, kalau PR atau PAS mahu menang terpaksalah bekerja keras untuk memenanggi hati pengundi disana.

DUN Bagan Pinang N31 adalah dibawah Parlimen Teluk Kemang yang diwakili oleh Datuk Kamarul Bahrain Abas PKR, DUN Chuah dan Port Dickson dimenangi oleh PKR, satu lagi DUN Lukut dimenangi oleh DAP, manakala 2 DUN lagi iaitu Bagan Pinang dan Linggi pula dari UMNO, ini beerti 5 kerusi DUN iaitu 3 PKR dan 2 UMNO...

Dalam politik tidak ada yang mustahil, siapa sangka PRK Kuala Terengganu yang sebelum ini UMNO dan dapat ditawan oleh PAS, cuma yang jadi masaalahnya pengundi melayu di Johor, Melaka dan Negeri 9 mereka lebih selesa dengan UMNO berbanding PAS, itu adalah dari pengalaman aku sewaktu aku dalam tentera dulu, kalau di Johor tu lagilah.. bini aku pun orang Johor, ipar duai aku semua kat Johor, memang jiwa raga mereka jiwa melayu UMNO, yang jenis puasa 30 hari, lepas tu sambut raya pun 30 hari juga....

Jikalau kita mahukan satu lagi kemenangan yang aku rasa cukup manis mengecapi kemenangan itu, formula yang aku rasakan sesuai buat PAS ialah perlu duduk semeja dengan PKR dengan berlapang dada carilah calon yang betul-betul dapat diterima oleh pengundi Bagan Pinang. Buangkan dahulu sejarah PRU12 yang lalu iaitu ini kerusi PAS... buangkan dulu, kita kena ingat ini PRK dan bukan PRU12 atau 13... kita mahukan kemenangan untuk menjatuhkan UMNO dan BN, kalau jatuhnya UMNO kali ini beerti makin bertambah malunya Najib selaku PM..

Harus kita ingat, pada PRU11 2004 UMNO memenangi dengan majoriti 4411, tetapi bila PRU12 2008 keputusan nya agak baik buat PAS iaitu 2333, pengundi UMNO khususnya yang majoriti 2333 itu, ramai yang tak sukakan kepimpinan mereka dalam UMNO yang korup selama ini, tetapi mereka fobia dengan PAS.. itu salah satunya, jadi nak tak nak mereka lebih rela mengundi BN daripada PAS, tetapi kalau PKR kemungkinan besar mereka boleh terima.. berbeza dengan pengundi Cina dan India....itu yang aku dok nampak...Jadi pada pendapat aku tak salah kalau pimpinan PAS N9 memberi peluang pada PKR untuk PRK ini, tak ada salahnya pengorbanan tersebut, malah aku rasa ini akan timbul satu kekuatan dan semangat yang baru dalam Pakatan Rakyat untuk sama-sama menjatuhkan UMNO.. Jikalau kemenangan in dapat dicapai oleh PR, maka tinggal 3 kerusi saja lagi untuk PR merampas takhta Negeri 9. Insyaallah.. semua ini akan boleh berlaku dengan izin Allah, yang penting kita berusaha.

2 comments:

  1. bro,

    cari la calon PR bukan calon parti..

    ReplyDelete
  2. MM ekau nak datng N9 ke PRK Bagan Pinang Nanti??? datang let me tahu lahh yooo,,,,!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari