boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK DUN Bagan Pinang. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Bagan Pinang. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Seorang Pelakon Wanita pula di DUN Galas...





Yang Ini sewaktu di PRK DUN Bagan Pinang.......... Pelakon Lelaki Terbaik...












Yang Ini pula Pelakon Wanita di Galas Hari ini...Mungkin selepas ini ada lagi.....


Friday, October 23, 2009

Kekalahan di PRK Bagan Pinang - Ada Hikmahnya..

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, malam tadi selepas balik dari surau, terkejut besar aku bila buka aja komputer, " Nik Aziz cadang EGM Khas buat "... tak cerita banyak, copy terus paste kat blog aku, bukan apa, pertama sekali aku terasa puas hati buat kali kedua kerana apa yang aku dan kawan-kawan bloger yang lain dok perkatakan turut sama diambik perhatian oleh TGNA, dan malam tadi aku terus tidok awai, tak gaduh nak fikir-fikir apa yang nak updated blog malam tadi.

Pagi ni bangun pun, masih terasa lega dengan tindakan TGNA semalam, aku nak tengok dan selidik balik, kebanyakkan kekawan bloger hampir kesemuanya menyokong, kecuali Bang Bakaq Penarik Beca yang komen sikit, ada aja tak kena, dan ada juga blog penyokong UG mempertikaikan apa yang Dr Aziz dengan TGNA cadangkan.

Mari kita sesama semak balik, Katakanlah jika calon PAS yang menang tempohari di Bagan Pinang, aku rasa tak akan berlaku perkara sebegini, kita masing-masing sibuk membicarakan soal kemenangan, soal UMNO yang dah hampir luput tempohnya, soalah nak alih kerajaan pusat pada PRU13 nanti dan banyak lagi yang akan dibincangkan.

Namun apa yang kita sama-sama dok jangkakan itulah yang berlaku, tetapi taklah seteruk apa yang telah berlaku. Maka belum sempat pun post mortem dikeluarkan, dah bermacam-macam analisa telah dikeluar, mula-mula ada kata faktor Undi POS, kalaulah PAS dapat semua UNDI POS pun tetap kalah juga jika nak dibandingkan dengan majoriti BN dapat, ada pulak suara mengatakan PAS hanya ada 3 cawangan sahaja, dulu pun 3 cawangan juga, tapi tak lah kalah seteruk ini, ada pulak kata pengundi India dah berubah sebab Makkal sakti dan Samy Vello dah janji macam-macam, dan macam-macam lagi..

Itu hanyalah alasan dan sebab penyebab sahaja, semua ini adalah kerja Allah.. sekurang-kurang ada pengajaran buat kita semua, pasal apa kita kalah teruk sangat... maka dari sini timbullah satu demi satu teguran buat PAS, ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima, maka bila dah sampai ke klimak TGNA pun bersuara... Haaa kali ini aku nak tengok, yang sebelum ini ramai ostad-ostad dok sebut wala' kepada pemimpin, janganlah bila Presiden kena tegur aja dah melompat Ketua Penerangan, tapi bila TGNA di serang oleh puak-puak UMNO, Ibrahim Ali, Mahathir kenapa diam semua, senyap aja.. melainkan blogger anti UG yang dok bantu.

Seruan aku buat pimpinan PAS yang ketagihan UMNO tu, ikut dan turuti lah perjuangan Al Fadhil Tuan Guru Nakhaei Ahmad, seteruk-teruk dia pun dia tak menyusahkan Parti PAS, ada sifat kejantanan dalam dirinya. Ikutlah beliau dan sama-sama perjuangkan Islam di dalam parti UMNO.

Insyaallah, jika UMNO dah menepati dengan hukum-hukum Islam kami semua akan turut bersama-sama ke UMNO, dari sini kita sama-sama akan bersatu kembali...... janganlah sekejap begini, sekejap lagi lain pulak, kami dah pening dengan sikap kamu.

Mampos UMNO.... Ameen.

Wednesday, October 14, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PAS Perlu Buat Perubahan..

Salam Sejahtera...

Selepas saja keputusan PRK Bagan Pinang pada 11 Okt lepas, aku diam sekejap,, terkedu... selepas biula aku telefon Cenangau minta pengesahan mengenai laporan keputusan PRK tidak rasmi yang dipublish dalam blog ciberboron... Selepas itu langsung aku tak sentuh langsung tentang PAS di PRK Bagan Pinang, sebabnya pertama sekali aku tak pergi pun, jadi tak perlulah nak menyibuk lebih sudu dari kuah.

Apa yang boleh aku lakukan hanyalah boleh membaca dari blog kekawan yang sama fikrah dan juga blog lawan belah sana...., Kemudian banyak cerita dari rungutan-rungutan blogger mengenai pimpinan PAS sekarang..., dan ada juga kekawan marah pada blog-blog pro PAS yang menghentam pimpinan dan sebagainya,,, ialah.. sebelum ini 7 PRK semuanya menang, bila kalah sekali ia jadi semacam kejutan.... Apa pun para blogger ni, mereka membuat teguran, mungkin cara penyampaiannya itu ada yang mempunyai persepsi berlainan apabila kita membacanya...

Cuma dari segi pembacaan aku itu, aku cuma nak sentuh satu saja, kerana sebelum ini aku dah pun buat dua posting Di SINI dan SINI. Cuma aku cukup terasa sebab apa yang aku tulis tu ... tak taulah susah aku nak sebutkan... tambahan pula bila aku membaca dari analisa Aduka Teruna Di SINI. Walau apa pun dan memang ada persamaan dari apa yang aku tulis sebelum ini, tetapi aku berdiam lagi... bukan apa-apa,,, ialah aku sedar aku ni blogger cikai, baru mula nak belajar menulis dalam blog pun... tak sepatutnya begitu, tetapi bila YB Dr Zulkifli Ahmad selaku Pengarah Operasi PRK Bagan Pinang sendiri pun mengaku mengapa pengundi Cina tidak mengundi PAS adalah disebabkan faktor seperti yang aku tulis sebelum ini, DI SINI, maka aku rasakan pendapat aku itu adalah sedikit sebanyak menepati sasaran...

Cuma aku harap.... selepas ini tak payahlah pimpinan nak menuding jari menyalahkan kepada UMNO mengatakan yang UMNO itu menyalahgunakan kuasa dan sebagainya... tak payah... ahli dan penyokong PR semua dah tahu segala gerakkerja dan tipudaya UMNO, tak payahlah nak ulang cerita itu semua, adalah lebih baik buat pengakuan yang PAS akan membuat penambahbaikan dalam Parti, dan kejadian seumpama di Selangor sebelum ini tak sepatutnya ditangani sedemikian rupa... sayang sekali.. disebabkan salah satu sebab tersebut PAS mengalami kekalahan yang cukup memalukan, seolah-olah berada diambang tahun 80han dahulu rasanya...kerana kalau nak dibandingkan dengan PRU11 tahun 2004 yang lalu pun majoriti yang BN dapat hanyalah 4411 sahaja, tetapi PRK kali ini menjangkau 5435 .....

Apakah PRK yang akan datang pada bila-bila masa yang kita tidak pasti ...mahu berulang lagi sedemikian... terpulanglah.. kami ahli bawahan hanyalah dapat memberi sekadar pendapat yang tidak pun dibaca oleh pimpinan.. Cuma sebagai tanda sayangnya kepada Parti inilah sahaja salah satu yang dapat disampaikan....

Mamposs UMNO...... Ameen.

Tuesday, October 13, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Ayo..yo..yo.. Mana itu hari 11 hb punya janji...


MIC tugaskan pemimpin kota janji di Bagan Pinang


KUALA LUMPUR: Selepas berjaya meraih sokongan 70 peratus pengundi masyarakat India pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Ahad lalu, MIC kini memberi tumpuan ke arah memenuhi semua janjinya kepada mereka, kata Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.

"Sudah tiba pula masa kita kotakan segala janji supaya kita (Barisan Nasional) terus mendapat kepercayaan masyarakat India," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam beliau mengadakan satu mesyuarat bagi memberi tugas tertentu kepada beberapa pemimpin MIC untuk membantu penduduk India di Bagan Pinang mengatasi masalah mereka.


"Jika tidak, kita akan dituduh tidak melakukan apa-apa setelah mendapatkan undi mereka," katanya.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam pula berkata selain kerja keras oleh pemimpin dan anggota MIC, pengundi India di Bagan Pinang juga tertarik dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita akan meningkatkan usaha untuk menawan kembali pengundi India seperti yang kita lakukan di Bagan Pinang," katanya.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN, Tan Sri Isa Samad menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas dengan majoriti 5,435 undi. - Bernama

Komen:..Kita orang sudah tolong kasi UMNO menang.. mana ada cukup RM50 juga kasi sama itu nasi... itu janji mau kasi settle itu tanah apa cerita, bila lagi mau kasi... ayo yo.......

Mampos UMNO...Ameen.

Monday, October 12, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Berita Tergempar!!! Penyakit Saifol Bukhari Berjangkit Di Bagan Pinang...


Salam sejahtera....

Ini bukan main-main..... Ini betul punya.....

Tak Percaya... Hangpa pi tanya kat Perisik Rakyat....

Gambar-gambar ni pun aku cilok dari blog dia.....

Inilah hasil UMNO memerintah negara...... Ya mereka menang PRK Bagan Pinang, tetapi UMNO gagal mengajar anak-anak Melayu supaya jadi lebih bersopan.....


Kalau hangpa perhatikan... muka
anak-anak ini semua belasan tahun.....
silap-silap tengah ambik PMR lagi ni.....

Anak-anak siapakah ini semua....

Tahniah Najib!.....


Tahniah Muhyiden!.....


Tahniah Zahid Hamidi!.....


Tahniah Hishamudin!.....


Tahniah Shafiei Afdal!.


Tahniah Rais Yatim!.....

Tahniah Mohamad Hasan!..


Tahniah Isa Samad! Lepas ni MB N9!!..



Tahniah Khairy!.

Tahniah Pelakon Fareez mamak!.

Tahniah Tengku Adbnan!.

Tahniah Ahmad Mazlan!.


Tahniah Ketua Caw
Bagan Pinang!!

Tahniah Pu3-Pu3 Caw
Bagan Pinang!

Tahniah Bulk Momma!!


Fuiyooo!!!!!
Ramai Wooooo!!!!!!












Akhir Sekali!

TAHNIAH BUAT MUFTI !
TAN SRI DATO SRI DR SS......
kerana Parti Keramat Anda berjaya
melahirkan anak bangsa........
wawasan ..........

TAKZIAH BUAT TUN DR
MAHATHIR MOHAMAD........

MAMPOS UMNO....AMEEN.

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Penghinaan Muhyiden terhadap PAS...

Salam Sejahtera....

Inilah salah seorang manusia yang mula menonjolkan kepala dan sikapnya terhadap PAS.. baru mula nak menang dengan satu permainan yang paling kotor dalam sejarah PRK, maka keluarlah suara dari seorang manusia yang paling bangsat.....

''Inilah Pas. Standard format Pas ini kalau nak bertanding dia bawa semua bala tentera. Mereka buka warung tanpa mengendahkan peraturan. Begitu juga anggota lain yang mereka telah tentukan tugas masing-masing. Saya pun hairan dengan sikap mereka ini.

''Apa yang mereka lakukan ini langsung tidak mencerminkan adat rakyat Malaysia sebenar ,"


Kita semua harus ingat, Muhyiden Yasin belum lagi jadi PM, bayangkah bagaimana kalau ia jadi PM selepas ini, apakah yang akan bakal berlaku kepada Parti PAS kalau sekarang ia dah mula menunjukkan sikap sedemikian.!!!!!!

Berkaitan: utusan.

Sunday, October 11, 2009

Keputusan terkini ...Tak Rasmi..7.05 ptg


KEPUTUSAN RASMI DARI SUMBER

Zulkifli Mohamad bin Omar: 2578

Mohd Isa Samad : 8013

Majoriti : 5435

Undi Rosak : 222

Keputusan terkini ...Tak Rasmi..6.52 ptg


KEPUTUSAN TAK RASMI DARI SUMBER

Zulkifli Mohamad bin Omar: 2490

Mohd Isa Samad : 7821

Undi Rosak 84

Keputusan Terkini Tak Rasmi PRK Bagan Pinang..


KEPUTUSAN TAK RASMI DARI SUMBER

Zulkifli Mohamad bin Omar: 2003

Mohd Isa Samad : 6705

Undi Rosak 67









Pergi Jahanam Lah UMNO ... PRK Bagan Pinang - Betul ke Depa Ni!!!!

Salam Sejahtera....

Dalam aku dok mengadap memerhati perjalanan PRK Bagan PInang dari rumah sahaja, terjumpa aku satu blog pencacai BN..
Fui Yoo, hebat dia punya banner... cuba perhati tengok...



Apa macam... OK.. Hebat.. cantik..., mana ada cantik pun.. tak cantik mana.... setakat tunjuk gambar dua wajah yang sebelum ini ada macam-macam cerita disebalik belakang... tiga hari dua malam pun tak habis cerita depa dua ekoq ni..

Dan juga bukan pasai deqoratin banner depa ni, tak ada apa juga yang hebat pun.... jadi apa yang hebat.... lambat pick up hangpa semua....

Tuuu haaa.. depa pun juga berdoa minta dengan Allah S.W.T, tu yang aku kata depa ni pun hebat... tetapi dari ayat-ayat doa munajat mereka tu, betui ka parti mereka melaksanakan apa yang tulis tu....

Betui ka.....?!!! Sendiri fikirla....

Mampos UMNO..... Ameen..!!

Saturday, October 10, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... Blogger Kulup Sakah Penyokong Isa Samad...

Salam Sejahtera...

Dalam suasana dok menunggu kurang dari 12 jam lagi untuk menentukan pertembungan antara dua parti utama negara PAS dan UMNO di Bagan Pinang, tetiba aku dikejut oleh blogger dan Kartunis Kulup Sakah, ish sungguh aku tak sangka beliau boleh berubah arah dalam saat-saat genting begini...

Kenapa jadi begitu.. sanggup dia menjual maruah menyokong UMNO...entahlah .. Apakah beliau juga menyokong 1Malaysia seperti pertubuhan Makkal Sakti yang nanti akan makan satey kepala lembu....

Apa pun tahniahlah kepada saudara Kulup Sakah.. selamat menempuh penghidupan politik baru...untuk kisah selanjutnya baca di sini- ayuh-sokong-isa-samad.

Mampos UMNO

Pergi Jahanam Lah UMNO ... ISA SAMAD Bakal MB N9 Yang Baru..

Salam Sejahtera..
[New+Picture+(18).bmp]
Segala-galanya ini terletak kepada keputusan pengundi DUN Bagan Pinang selepas jam 5.00 ptg esok.

Jikalau ISA Samad menang, sudah pasti kehendak akar umbi akan bergema kembali, dan aku yakin.. kata-kata keramat bagi Bini Rosmah iaitu Kemahuan Rakyat diUtamakan.. atas alasan itu Isa Samad akan di lantik semula sebagai MB Negeri Sembilan.

Kita kena kena ingat, Isa Samad menjadi MB sama dengan Mahathir jadi PM, itu pasal Mahathir cakap jangan pilis Isa Samad.. Bila Mahathir kata "jangan", maka itulah yang beliau mahu.. beliau mahu Isa Samad, dan Najib bini Rosmah hanyalah pelaksana arahan Mahathir... itulah yang sebenarnya.

Isa Samad ditukar menjadi MB kepada Menteri Pusat zaman Pak Lah, kerana Khairy menantu Pak Lah mahukan Datuk Mohamad Hasan jadi MB Negeri 9. Begitu juga Zambri jadi Mb Haram Perak, sepatutnya kehendak Najib nak kan Hamidah, tetapi Pak Lah dengan nasihat Khairy telah melantik Zambri.

Sekarang Najib tengah pening kepala, janji dulu kepada semua ahli UMNO iaitu hak memilih jawatan Presiden dan lain-lain akan dipulangkan kepada semua ahli UMNO, tiada lagi undi bonus dan apa jua seperti yang dijalankan sewaktu zaman Mahathir,.. Jadi najib dah mula risau... takut jawatan Presiden yang disandang sekarang hanya sempat sepenggal sahaja, lepas itu bersara boleh balik ke monggolia..

Bukan sahaja Najib saja yang risau, Mahathir juga risau kalau Najib jadi Presiden hanya sepenggal, sebab kedudukan Mukhris pun belum kukuh dan selamat, jadi untuk mengelakkan ini semua salah satunya peluang yang ada ialah Isa Samad, Isa samad perlu dilantik semula menjadi MB N9. Dengan ini pengaruh Najib dalam UMNo dapat diperkemaskan. kalau dulu Isa Samad tidak disukai oleh Yang Dipertuan Besar N9, sehinggalah beliau menyimpan janggut dan jambang tanpa bercukur sehinggalah digantikan dengan Mohamad Hasan menjadi MB, tetapi sekatrang yang di Pertuan Besar orang baru, ia tak ada masaalah dengan Isa Samad... yang berputih mata nanti ialah Mohamad Hasan, nak buat apa lagi, Khairy pun dah tak boleh nak bersuara banyak... kes Rasuah politik belum ditutup...

Itu belum lagi diambil kira dari faktor korporat dan kroni-kroni bangsa lain yang ada dibelakang Isa Samad, mereka juga mahukan Isa menjadi MB supaya projek yang tertangguh selama ini di bawah Mohd Hasan dapat diteruskan. Semuanya dok menunggu keputusan pada petang besok.
Jika pengundi Bagan Pinang mahukan senario politik Negeri 9 berubah wajah dan corak, maka ditangan merekalah yang menentukan.

Apa pun bagi aku dengan penuh harapan pada kuasa Allah sahaja aku berharap calon PAS akan memenangi PRK Bagan Pinang besok Insyaallah. Ameen.

MAMPOS UMNO... Ameen.

Friday, October 9, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Nasihat Dr Asri buat pengundi Islam Bagan Pinang..

Salam sejahtera....

Nasihat DR Asri buat para pengundi untuk memilih calon pada 11/10/09 nanti...

"Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya yang saya telah sebutkan sejak dulu dalam berbagai media iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik"

Baca seterusnya Di SINI

Yang pertamanya lihat kualiti calon yang baik pada nilaian agama.... jadi fikirlah sendiri.....ya... tak kan nak pilih orang yang bersubahat dengan maksiat tempohari.....

Oii senang cerita , yang lepas dan ada terbit di Mingguan Malaysia, Dr Asri dah sebut, UMNO bukan Islam tulen....Di Sini

Jadi faham ajalah.. tak payahlah aku nak tokok tambah banyak...kang nanti ada lagi yang panas bontot...

Mampos UMNO ... Ameen.

Thursday, October 8, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Seronok dan Mesranya... aduhaiii..

Fui Yooo....

Rasanya serupa ada kat syurga dunia...

Seronoknya dikelilingi puteri-puteri..

Ini belum menang lagi.. baru jadi calon.....

kalau dah menang lagi ramai yoooo...

Boleh pilehhhh....... he he...

UMNO... UMNO......
Tu pun ada yang marah aku kat sebab aku dok doa mampus UMNO.....

Oii aku punya sukalah... apa pun bagi aku selagi nama UMNO dan penganutnya ada dibumi Allah ni umat Islam tak akan boleh hidup aman sejahtera....

MAMPOS UMNO.... Ameeen...



Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Fitnah Terhadap ISA Samad..


Salam Sejahtera....

Apakah yang ini dinamakan Fitnah......

[Fitnah.jpg]
Buat Pengundi Bagan Pinang... Inikah rupa calon yang tuan-tuan nak pilih sebagai calon mewakili anda nanti..... Fikir-fikirkanlahh.....

Mampos UMNO.... Ameen...

Sumber: gomalaysian.


Wednesday, October 7, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... PRK Bagan Pinang - Tinjauan MStar - PAS Menang..

Salam Sejahtera...

Apakah tinjauan rambang dari akhbar MStar akan berulang seperti mana 7 PRK yang lepas....
Namun kali peratus yang mengatakan Tidak kepada Tan Sri Isa Samad hampir 100% iaitu 96.6%... Harap-harap ini menjadi kenyataan lagi sekali.....



[P1010096.JPG]

Ini lagi satu cerita panasss.. sebentar tadi aku masuk kat blog Tukar Tiub.. terbaca satu kisah yang ada hubung kait dengan gambar ini ,,, selepas dibaca dengan lebih lanjut rupanya ada kait mengait dengan calon UMNO Bagan Pinang.... Tentang betui atau tidak cerita ini wallahhuaklam.. aku tak tau... Tapi kalau tak benar tak kan orang nak buat cerita sebegini.... hangpa pi baca sendiri kat SINI

Kaitan tinjauan

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Penyamun VS Perompak...


ADEGAN YANG TAK INGIN KITA LIHAT!!!!!!

[isa-hasan.jpg]

Ado apo-apo nak komen..... Silakan.... Apo pun.... UMNO dah karam dah weiiii....

Mampos UMNO..... Ameeen...

Tuesday, October 6, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Betul ke UMNO Tak Terpedaya...

Salam Sejahtera..

SUA UMNO Datuk Tengku Adenan Mansor mengatakan UMNO tak terpedaya dengan tipu muslihat dalam kempen PRK Bagan Pinang... Aku pulak nak kata kepala hotak dia... sebelum ini kenapa ia menapikan surat yang berkepala Pejabat Agung UMNO dan tandatangannya itu bukan darinya.. dan ia menuduh angkara pembangkang....

Bila dah kena cabar dengan naib Presiden PAS YB Salehudin Ayub supaya perkara ini dibawa kemahkamah kenapa tak mau pulak... Tak hairan ka...Kononnya tak mau ambil peduli hal itu...

Apakah SUA UMNO pun sama jenis dengan Presiden UMNO... bila Presiden ditohmah oleh akhbar-akhbar negara asing mengenai keterlibatannya dengan pembunuhan wanita monggolia Altantunya, maka Presiden UMNO hanya berdiam diri, tak mau ambil pedulu hal itu.... apakah ia sama......

Memanglah sama.... itulah jenis UMNO dari DULU, KINI DAN SELAMANYa.... Umno hanya berani berdepan wartawan, UMNO hanya bercakap depan kamera TV... UMNO tak berani berhujah satu sama satu... UMNO hanya berani bercakap didepan penyokong-penyokongnya yang sama bangang ....., Malah didalam dewan Parlimen pun kalau Speaker Dewan tidak memihal kepada UMNO, maka UMNO akan mampos dengan hujah pembangkang...

Sudah beberapa PRK berlaku, setiap kali pemimpin UMNO dicabar untuk berdebat dalam sesuatu forum, semuanya kecut telur melainkan Ketua Pemuda UMNO sahaja yang agak berani iaitu Khairy.... kalau yang lain... sorry... hanay berani dihadapan penyokong, hanya berani bila ada polis bersama mereka.... itulah UMNO... Kwahh ptuhihh.

Mamposs UMNO..... Ameeen. Ya Rab Bal Aalaamiiin.

Berkaitan: SUA UMNO

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Bacaan Quran Hanya Untuk Orang Islam..

Salam Sejahtera...

Kalau semasa PRK Bukit Gantang isu Baacaan Al-Quran yang dibaca oleh YB Nga Khor Meng cuba diekplotasikan oleh UMNO, sehinggakan dibuat report polis, manakala mufti Perak turut sekali menyokong UMNO dalam isu tersebut.

Maka pada PRK Bagan Pinang, nampaknya kejadian yang sama berulang kembali,,, tetapi kali ini bukan lagi ahli UMNO atau NGO Melayu bangang yang buat bising... tetapi Menteri KDN yang tak puas hati... Mungkin ahli-ahli UMNO dan NGO Melayu dah faham bahawa Al-Quran itu bukan hanya untuk orang melayu sahaja....

Marah sungguh Menteri Auww, ni agaknya lama dah tak dapat kucup keris, tu yang dok mengingau tak tentu fasal..., apataknya.. kalau dulu Nga Kor Meng dari kaum Cina yang baca AlQuran, tetapi kali ini di Bagan Pinang yang bacanya YB Gobala pula yang membacanya, apakah yang ditafsirkan ayat Al-Quran sehingga menyentuh perasaan menteri KDN tu ya....

Tak apalah.. masih ada masa lagi... telefonlah kat sepupu bini Rosmah yang ada kat Perancis tu, suruh buat ketetepan Dunia yang ayat Al-Quran di Malaysia hanya boleh dibaca oleh orang UMNO sahaja..., orang lain tak boleh...,.Nasib baik kat Negeri Sembilan... kalau kat Perak maka melompat beruklah lagi Tan Sri dato Sri Mufti.......

Itulah UMNO, Al-Quran yang hanya diraikan pada musabaqah setahun sekali....., hukum yang ada pada Al-Quran tak nak terima... malah hukum yang ada sedikit baur hukum Islam seperti hukum sebat pada peminum arak pun, pimpinan UMNo dah melompat....macam-macam hal timbul... bila dah terasa malu sikit, maka digunakan pula NGO=NGO perosak SIS dan JAG menjadi jurucakap UMNO....

UMNO hanya nak kan Al-Quran bila terdesak seperti PRK....nak kan hukum Islam seperti Zakat, sebab boleh dapat duit, maka dicananglah kepada umat Islam suruh bayar Zakat, maka nanti masuklah ke kantung Baitulmal bawah tadbiran UMNO.....tetapi adakah UMNO mengajak mengajak umat Melayu Islam suruh pergi sembahyang, ada !!!! Sorry tobat lahum nak ada...

Adakah UMNO mencegah kepada program kemungkaran, konsert kemerdekaan, sambut tahun baru... malah PM yang mengaku umat Islam pun turut sekali.... Kadi tak payahlah nak menyalak kononnya kami menyayangi Islam, kami amat menghormati Al-Quran.... Phooorah... selagi namanya UMNO selagi itulah Islam hanya untuk kepentingan politik.... Kwahhh pthuihh....
Mampos UMNO.... Ameeen.

Sunday, October 4, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... PRK Bagan Pinang - hukum Hala/Haram Tolak Tepi.

Salam Sejahtera...
Gambar dari Utusan malaysia Online..
kalau dah jenis manusia yang mengaku Islam, tetapi kehidupan terlibat dengan kerja-kerja haram di sisi Islam, maka perkara sebegini seperti didalam gambar dah tak jadi apa-apa masaalah, tak cukup sebelah tangan, tambah lagi tangan kiri... punya syoknya dapat bersalam dengan wanita bukan muhrim... tua-tua lak... syok juga kut.....

Tu pasallah Dr Asri dok nak perbetui UMNO.....Perbetui apa lagi... kambus aja UMNO tu.... dah membusung...
Mampos UMNO... Ameen.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari