boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kerajaan PR... Show all posts
Showing posts with label Kerajaan PR... Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Kerajaan Umno Perak @Zambry bakal tumbang pada bulan 9/2013

Ini bukan kenyataan gempar dari Ds Nizar Jamaluddin ,, tapi ini maklumat yang datang  dari seorang sahabat aku, siap bagi copy paste kat aku,,,, orang kuat umno beb..


Tuesday, February 26, 2013

Terserlah - Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN

Dengan berjawatan sebagai Presiden kesatuan pekerja,, dapat pingat Datuk,, nak kata hebat atau cerdiakawan tak pulak,, kalau bercakap pun tergagap-gagap...maka tak hairanlah sanggup jadi pencacai ....


Wednesday, May 4, 2011

Ini Baru Beruk Demontrasi Jalanan....

Salam Sejahtera

Pertama sekali aku minta maaf dengan nama tajuk diatas..., bukan aku yang memulakan nama haiwan, Tentu masih segar dalam ingatan siapa yang memulakan nama beruk buat para demontrasi jalanan...
,
3 MEI 2011: Presiden Persatuan Anak-anak Malaysia, Mohamed Ghani Abd Jiman (tengah) bersama tiga yang lain ditahan polis selepas menyerahkan memorandum membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ketika sidang DUN berlangsung, di Pulau Pinang. - Utusan/SAZALI CHE DIN

Kesian pula tengok dok duduk dalam trak polis yang berkandang jeriji besi,,tak apalah sama-sama pakat rasa apa itu undang-undang yang UMNO sendiri praktikkan... Cuma sayang sekali perjuangannya pula tak mendapat liputan meluas diakhbar-akhbar pro UMNO, hanya sekadar di siar di Kosmo dan UM Online., tidak seperti sebelumnya,, kalau kes yang berkaitan kerajaan DAP Pulau Pinang, wow..muka depan.....

Utusan pun dah makin dhaif dah..., saman malu dok menunggu di mahkamah berapa banyak yang belum selesai....patutlah.. suratkhabar dah jadi pembungkus nasi lemak... opss... obesiti... nanti gemuk macam siapa?!!!.. Siapa First L***.......oppsss.....

Sunday, April 3, 2011

Ole-ole.....

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah, bermula dari pagi semalam aku bertolak keluar dan tengahari tadi selesai, balik semula ke sarang, baru aja smpai...

Dalam kesuntukkan masa yang cukup terhad, makala aku pula tiada kelengpan moden seperti Ipod dan yang canggih manggih tak mampu nak miliki,, jadi blog pun tak dapat nak update....

Aku dapat sedikit cenderahati atau ole-ole, tak elok aku guna seorang, jadi yang mana boleh kongsi kita kongsi bersama....

Klik pada imej untuk membacanya.....




Wednesday, January 12, 2011

Kenapa nak sibuk hal rumahtangga orang...

Sewaktu krisis tengan memuncak dinegeri Selangor dalam isu SUK, aku tak nampak langsung seorang pimpinan PR yang sama-sama dok mempertahan tindakan MB Besar Khalid Keras Kepala, yang aku dok nampak seorang lagi Khalid YB Parlimen Shah Alam yang turut sama membantu MB Tan Sri Khalid mempertahankan Kerajaan Pakatan Negeri Selangor..

Tetapi hari ini ia secara tiba-tiba sibuk keluar kenyataan, biasalah...baca di. DI SINI...

Ini hal rumahtangga PKR, kenapa yang dok kalut sangat, PKR ada ramai lagi pimpinannya, Penasihat PKR pun ada, tak payahlah,,nuuu pi tolong kat PRK DUN Tenang...tu..

Thursday, January 6, 2011

Kusre, kusre, SUK ,, jadi penyelamat....

Salam Sejahtera,,

Hebat permainan lakonan politik UMNO arahan APCO Worlwide, tidak sesia berpuluh juta ringgit dibayar atas khidmat nasihat dan tunjuk mereka,, memang terbukti sudah,,,

Dalam situasi kes di negeri yang sama, nampaknya Tan Sri Khalid dan saf kepimpinannya terkena lagi, tidak sempat isu mendiang TBH nak diketengahkan, UMNO mendapat bola tanggung isu SUK.

Maka keluarlah keputusan mahkamah yang haprak lagi...........


Apa pun Tan Sri Khalid nampaknya mampu lagi bertahan, walau pun seorang dari Exconya YB Dr Halimah seolah-olah dah hampir nak tewas.... bukan apa,, tertanya-tanya, mana pergi EXCO Kanan yang juga merangkap EXCO agama, dalam hal ni......bercuti hujung tahun dan awal tahun baru ka....




Jom Kita sama-sama pakat-pakat tolong....

Salam Sejahtera....

Sedih, hiba bila aku terbaca rayuan YB Dr Halimah,, jadi malam ni elok sangatlah kita sama-sama melaksanakan apa yang dipohon oleh YB tersebut... Insyaallah..


Minta solat hajat, kami dah tak larat, kata Halimah

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.

exco interview 170408 halimah aliDr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran ereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

NONE"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan mereka Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Wednesday, January 5, 2011

Perasan betul mamat ni

He he memang perasan sungguh mamat ni, bagi jawapan memang canggih punya, seolah-olah pembaca tak tahu apa cerita sebenar,, lu nak pergi macam mana, dah tentu lu tak dibenarkan masuk.......




Bahasa

Khusrin tidak mahu hadir mesyuarat Exco selagi tak angkat sumpah

January 05, 2011

Datuk Mohd Khusrin Munawi.
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi menegaskan, beliau tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat termasuk mesyuarat mingguan Exco pagi ini selagi tidak mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Khusrin, sebagai penjawat awam beliau akan bertindak mengikut undang-undang yang sedia ada.

“Saya ingat selagi saya tidak angkat sumpah di hadapan Menteri Besar, saya tidak boleh masuk dalam (menghadiri) mesyuarat. Angkat sumpah itu adalah untuk menyimpan rahsia, jadi saya tidak akan masuk dan saya juga tidak dimaklumkan mengenainya.

“Saya ikut undang-undang, kalau tidak angkat sumpah simpan rahsia itu, saya tidak akan masuk,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Mesyuarat Exco hari ini akan diadakan pada pukul 10 pagi. Ia mesyuarat pertama sejak Khusrin memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar yang akan menghadap Sultan Selangor pagi ini akan mempersembahkan permintaan agar majlis angkat sumpah taat setia esok membabitkan Khusrin ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi semalam dan difahamkan ia antara perkara yang diputuskan pada pertemuan wakil rakyat-wakil rakyat perikatan itu petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang mengesahkan perkara itu antara lain berkata, beliau difahamkan Khalid akan membawa permintaan tersebut apabila menghadap Sultan pada pertemuan rutin pagi ini.

Khalid dijangka menghadap Sultan sekitar 9 pagi.

“Memang ia antara permintaan yang akan dibawa oleh Tan Sri Menteri Besar. Selain itu Datuk Khusrin juga tidak dijemput hadir mesyuarat Exco pagi ini,” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor.

Kata beliau, permintaan itu akan dipersembahkan bagi membolehkan isu semasa diselesaikan.

Kerajaan negeri memutuskan untuk memboikot kesemua majlis membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dan majlis angkat sumpah simpan rahsia tidak akan dijalankan sehingga pertikaian itu selesai.

Ini termasuklah sehingga pindaan perlembagaan negeri yang dijadual untuk diadakan minggu keempat bulan ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, majlis angkat sumpah taat setia oleh Khusrin akan tetap diadakan esok.

“Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpat taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan,” kata Munir.

Berikutan pelantikan itu, katanya, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Dalam kenyataan pagi ini, Khusrin juga berkata, walaupun berhadapan dengan sambutan “dingin” tugas yang diterima harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Saya akan lakukan kerja dengan sebaik mungkin, tidak kisah apa orang lain henak buat.

“Terpulang kepada mereka apa nak buat, saya tiada kuasa nak halang. Selagi tidak terima arahan ditukar saya akan tetapkan teruskan kerja saya di sini,” kata Khusrin.

Sejak Khusrin diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid tidak bersetuju dengan pelantikan itu, yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan minggu lalu.

Dengan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri akan dikembalikan kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Khalid juga berkata majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri akan ditunda sehingga keputusan dicapai pada sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Khusrin yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kelmarin.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor esok, tetapi majlis esok sekadar istiadat dan bukan sesuatu yang wajib di bawah perlembagaan negeri.

Khusrin perlu mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Friday, December 17, 2010

Tan Sri Khalid !.. Teruskan saman...

Inilah kesan yang rakyat marhaen bawahan terima atau mendapat habuan apabila mereka bersama-sama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhimpun menentang kenaikan taarif air Selangor tempohari...


Apa yang dipaparkan dalam gambar ini mungkin hanya beberapa orang sahaja yang sempat dirakam oleh kamera menjadi mangsa keganasan polis-polis yang cukup setia sehidup semati dengan kerajaan UMNO, kita tidak tahu berapa ramai lagi yang kena hentak dengan kayu cota, kena sembur air asid dan pelbagai lagi...,

Mereka yang menjadi mangsa keganasan polis ini tidak meminta sebarang imbuhan atau upah dari kerajaan PR, mereka rela melakukan semunya ini kerana mereka benci kepada UMNO... Jadi sebagai upah penat lelah, sakit kena pijak, kena katuk, gatai badan kena siram dengan air asid... Maka aku amat-amat berharap... janganlah !!!!

Ya Tan Sri ... janganlah lemah semangat dengan pujuk rayu menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui itu... Baca DI SINI

Thursday, November 11, 2010

Beruk VS Monyet...

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007, siapa yang membuatkan panggilann tersebut...

Aku rasa tentu ramai lagi yang masih ingat betapa seorang pemuda lelaki menantu seorang ternama yang memberikan gelaran tersebut kepada para demontrasi jalanan...

Namun semalam, mereka kecewa dan merasa sedih apabila mereka dipanggil monyet pula kerana menyertai demontrasi....Baca di sini.

Inilah hukum karma di dunia .., belum pun 10 tahun berlalu,, baru 3 tahun lebih..., panggilan beruk, monyet yang dilabelkan kepada pembangkang UMNO, sekarang puak-puak UMNO pula yang dilabelkan..Adilkan hukuman kecil dari Allah itu....

Saturday, November 6, 2010

Menaruh Harapan MSK...


Salam Sejahtera...

Aku nak bagi tau kat hangpa semua,,, tu hak dalam gambar berbaju singlet putih, janggut sejemput putih itulah yang mengajar aku berblog sehingga sekarang.

Waktu tu ia popular dengan blog MatSamanKati... aku selalu masuk sebagai pengkomen dan seterusnya pada bulan Nov 2008 tarikh aku tak ingat, bertempat di Dewan SUK Ipoh, aku telah diberi penghormatan sebagai blogger di dalam satu konvesyen untuk kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.


Dalam konvensyen tersebut aku tak berapa ingat, cuma yang masih terbayang ialah penubuhan Kerajaan Maya Rakyat, ini semua adalah diilhamkan oleh Dr Wahab Arbain.., (Dalam Gambar diatas bersama MSK) dengan MSK dan beberapa raka yang lain... Namun apa yang diilhamkan itu tak sempat dilaksanakan dengan terjadi rampasan Kerajaan Negeri Perak.

Tujuan utama Kerajaan Maya Rakyat itu pun adalah untuk membantu EXCO-EXCO kerajaan negeri Perak terutama sekali Pertanian bagi memudahkan rakyat-rakyat kampung mendapat bantuan dan peningkatan taraf hidup dengan sewajarnya.

Dua tiga lepas, aku terbaca ureka-selangor , nampaknya MSK masih tak berputus asa, tak dapat melaksanakan di Perak, ia terus berkelana pergi ke Selangor dan terus bersama-sama dengan Dr Wahab untuk meneruskan agenda murninya.

Tahniah buat MSK bersama Dr wahab, yang telah pun memula langkah awal meneruskan agenda pertama mereka menaruh harapan mencari pemimpin rakyat.


Anda berdua pun dah dikira pemimpin, pemimpin untuk kerajaan maya rakyat, cuma untuk menambah baik, apa yang aku fikirkan eloklak digabung bloger-bloger seperti Tukar Tiub, Bakar Penarik Beca dan lain-lain lagi untuk bersam-sama membela kepentingan rakyat.,,

Resolusi penubuhan kerajaan Maya yang terbantut tempohari perlulah diteruskan semula.... Rakyat marhean memang memerlukan satu daripada cabang-cabang kebajikan buat rakyat bawahan amnya..

Sunday, October 10, 2010

Sikap dan Perangai Melayu bermazhab UMNO...

Pertama sekali aku berasa bangga dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mamat yang berada dalam gambar ni,,, mungkin ada yang belum mengenalinya. aku pun sebelum ni tak mengenai beliau.....

Tahniah diatas keperihatinannya tentang masaalah yang dihadapi oleh Dato Seri Azizan Menteri Besar Kedah..baca DI SINI.

Cuma itulah, kekadang tu hati dan perasaan buruk sangka aku bermain dibenak fikiran aku yang lemah lagi bodoh..., agak-agaknya kalaulah si Mamat ni masih lagi Ahli Parlimen atau juga sekarang masih ADUN UMNO, agak-agaknyalah, beranikah ia bersuara sebegitu (lantanglah agak-agaknya).... Beranikah dia....

Wednesday, August 18, 2010

Kerajaan PAS Kelantan, Kedah dan PR Selangor... Ikutlah Pulau Pinang..

Salam sejahtera...

Satu tindakan bijak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang merupakan serampang banyak mata...

Pertama sekali dapat mengembalikan imej kerajaan negeri yang ditutd anti Melayu, ....

Kedua, secara tidak langsung dapat membantu beban perbelanjaan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang..

Ketiga, aduhai.. kesian kerajaan Pusat, satu tekanan dalaman..., ingatkan nak bayar kepada peneroka felda aja..mana nak kerekau lagi duit ni..., cukai judi bola tak jadi,,, duit saman ekor tangguh bulan februari nanti......

Jadi, buat 3 lagi negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, kedah dan Sealngor apa lagi...sama-samalah dapat mengikut jejak Kerajaan negeri Pualu Pinang...., RM400 pun seonok juga, lega sikit nak bernafas...,

Berita kaitannya : DI SINI

Friday, August 13, 2010

Apa Kata UMNO?!! - Cash RM1000 sebulan untuk warga emas!!!..

Salam Sejahtera...


1. RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.1 juta.

2. Menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

3. Membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia.. Berita penuh DI SINI

Boleh percayakah semua janji tu.... Kalau pemikiran kepala otak aku dari akal yang masih waras, boleh... percaya.. aku percaya, sebab negara Malaysia adalah negara yang ada hasil produktiviti, seperti petrolium, minyak sawit, pertanian, industri, fikirkanlah,,, berapa ratus bilion yang sudah dipelingkup oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya sehingga kini....

Setakat RM2.1 juta tu, kalau semakan semula hasil jualan air negara kepada negara Singapura pun dah melebihi dari cukup, tetapi sayang , kerana bijak UMNO memerintah, jual air kat Singapura dengan harga 3 sen bagi setiap 1000 gallon, pandai sungguh kerajaan UMNO berniaga..

Setakat imbuhan kepada warga emas berumur 60 tahu keatas, berapa kerat yang ada, dan berapa lama mereka nak boleh hidup diatas muka bumi ini, jadi tak ada masaalah kalau kerajaan PR nak bagi pun,

Kerajaan British di England bukan setakat kepada warga emas sahaja yang dapat, malah rakyatnya yang mengganggur pun dapat elaun, kenapa UMNO tak nak laksanakan itu semua seperti Kerajaan British, sedangkan perlembagaan dan undang-undang Common Law semuanya UMNO ikut British.

Jadi kalau nak rasa imbuhan percuma RM1000 sebulan, sama-sama kita pakat-pakat jatuhkan UMNO pada PRU13 nanti, masing-masing pasang target... target aku kali ini, aku akan berusaha sedaya upaya selagi aku mampu, aku nak Zambry bin Abdul Kadeer tewas di DUN Pangkor pada PRU13 nanti...,


Sunday, May 2, 2010

Berita Bergambar : Ini Baru Pemimpin Bersama Rakyat.

Salam Sejahtera...

Jarang sekali Pemimpin Negara dapat duduk bersama-sama dengan Kesatuan Sekerja MTUC, tetapi nampaknya Pimpinan Kerajaan Negeri Selanor boleh bersama-sama dengan MTUC...

Tahniah, ada kesepakatan antara Kerajaan Negeri dengan Kesatuan, moga-moga ini akan menghasilkan impak positif buat rakyat.

Nak harap kerajaan BN, malam sikit la...dia kena tanya APCO dulu....



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari