boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PR VS UMNO. Show all posts
Showing posts with label PR VS UMNO. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Apa cerita ni - Undang-undang buat blogger...

Apabila keputusan PRU 13, peranan media sosial tidak dapat menguntungkan pihak umno,,, maka inilah jadinya... 


Sunday, April 28, 2013

PRU 13 - Lihat Apek ni buat lawak - lagi power dari Saleh Yaakob.

Sebelum ni heboh kisah Saleh Yakob dengan Nabil buat lawak perli dan menyindir pakatan rakyat... 

Tapi yang ini aku terjumpa seorang Apek lagi hebat dan power berlawak seara slenga...


Sunday, April 14, 2013

Petunjuk Awal Umno akan meranapkan laman-laman website pro PR...

Aku tak pasti ini bila bermula... apakah ini sebagai permulaan, sebelum laman-laman web pru PR diserang,, maka kononnya laman web umno pun kena serang....


Saturday, April 3, 2010

PRK Hulu Selangor P94 - Awas Amaran dari Najib..

Salam Sejahetra...

Gendang perang masih lagi belum di istiharkan penamaan calon pun masih belum lagi, ada lapan hari lagi nak menunggu 17 Apr ini, tetapi dengan sikap gelojoh dan sombongnya mahkluq Allah yang sekoq ni, dah mula bersuara "

"kerana kawasan itu merupakan kawasan tradisi BN dan sudah tiba masanya ia dikembalikan semula kepada BN.

“Tempoh pinjaman sudah tamat...cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang,”. Seterusnya DI SINI.


Oii Kepala hotak hang.... dah genap setahun jadi PM pun tak tau yang mana satu kerajaan yang mana satu pembangkang kat negeri Selangor.,,, masih lagi dok mengingau di siang hari.

Apa pun buat Kerajaan PR Selangor dan pimpinan Hulu Selangor, amaran dari lahabau ni jangan anggap sebagai lawak pulak, apabila dia dah mula bersuara, awasss... kita harus ingat, anjing-anjing suruhan UMNO seperti SPR, PDRM, SPRM akan menggunakan kuasa mereka semaksima mungkin, yang penting mereka mahukan kembali kerusi Hulu Selangor itu.

Jadi awasilah segala macam kerja-kerja kotor dan penipuan mereka untuk mencapai kemenangan. Jangan sesekali si lahabau tu nak berangan-angan nak bercerita besar apabila bertemu Obama nanti..

Apa pun Kerajaan PR masih lagi ada satu kekuatan iaitu dengan menguasai Majlis PBT, nasib baik,, sekurang-kurang UMNO dan BN tak boleh dengan sewengang-wenangnya hendak mempergunakan peratalan PBT dengan sesuka hati..

Pada hari mengundi 25 Apr tu nanti, adalah hari pendaftaran pelajar baru pengambilan 2010 - 2013 Maahad Tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baru,,, silap-silap tangguhlah pendaftaran tersebut..Itu Jakim punya, biasalah....


Aku teringat satu daripada pesanan sifu aku, nak lawan dengan UMNO ni tak boleh tunjuk kuat, sebab UMNO ni umpama Iblis, kalau kita tunjuk kuat, maka ia lagi bertambah kuat, jadi bila nak berhadapan dengan UMNO pandai-pandailah.... pertama sekali jangan lupa minta pertolongan dari Allah, hanya dia saja yang berkausa menentukan segala-galanya..

Mampoos UMNO!!!!….


Wednesday, February 24, 2010

Satu Lagi Isu Baru Buat UMNO Penang..

Salam Sejahtera..

Nampaknya UMNO Pulau Pinang tak habis isu nak jikalau mereka nak kacau Kerajaan PR Pulau Pinang. Isu masaalah kaum Melayu, mereka dah tak boleh nak jawab bila PR ajak UMNO debat, Isu berarak Maulid Nabi, 3 negeri lain yang UMNO perintah pun tak buat,.

Namun isu yang baru ni, UMNO boleh buat modal lagi, isu tanah kepunyaan Perda (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ), Penggunanya Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Zainal Abidin Abdul Aziz tak bayar sewa hampir RM100 ribu, mahkamah dah arah keluar, cerita Penuh di utusan.

Tetapi kalau UMNO nak buat taik minyak lagi, mereka boleh ikut stail UMNO Selangor, Isu Kerajaan Selangor dengan YBK, tetapi sekarang dah senyap sekejap...., UMNO penang pun boleh pi rayu balik kat mahkamah, mahkamah sekarang di bawah telunjuk UMNO, macam-macam mereka boleh lakukan syarat nak ambik hati orang melayu kononya.., kita tunggu dan lihat. apa tindakan UMNONgok Penang..

Tuesday, February 9, 2010

Perak Yang akan Datang..


Salam Sejahtera

Selesai sudah episod MB Besar Perak, episod yang dimulai oleh dua ADUN merangkap EXCO dari PKR kemudian disusuli oleh ADUN merangkap Timbalan Speaker dari DAP, maka jam 11.15 pagi tadi berita yang diterima 5 orang hakim sebulat suara menghalalkan Zambri jadi MB Perak.

Tahniah aku ucapkan pada DS IR Nizar, kenapa tahniah pada DS IR Nizar, dia bukan lagi MB, bukan pasai itu, dengan kekalahan DS IR Nizar maka terbukti sudah, UMNO yang kita tahu selama ini menolak hukum Allah yang ada dalam Al-Quran, kini undang-undang yang datuk dan bapa mereka sendiri buat pun mereka langgar, undang-undang yang mereka cipta hanyalah untuk kepentingan dan keuntungan sahaja, jika membawa kepada kerugian ... sorry.., tak boleh pakai.

Usaha yang DS IR Nizar lakukan selama ini walaupun tak berhasil seperti yang kita harapkan, namun kalau kita perhalusi, rakyat dapat menilai apa yang berlaku dalam institusi undang-undang, Benarlah seperti yang dicerita oleh beberapa penceramah, Mahkamah Malaysia sekarang adalah Linggam Court.

[eusoffchinlingam.jpg]

Kemana lagi kah rakyat hendak mempercaya apa yang ada kepada kerajaan UMNO, sudah tidak ada apa-apa lagi..... cuma aku nak tengok bagaimana pula dengan kes konspirasi DSAI dengan Saiful, apakah hukuman sudah sedia menanti seperti mana juga keputusan Zambri kekal menjadi MB.

7 Mac 2013 ialah genap 5 tahun episod pemerintahan UMNO di Malaysia dan negeri-negeri jajahan takluknya termasuk Perak, itu adalah tarikh akhirnya, jadi sebelum dari tarikh tersebut PRU13 mesti diadakan, tidak sampai 3 tahun lagi.
Segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan UMNO sentiasalah kita korek, kita gempur, moga-moga selepas PRU13 nanti UMNO akan berkubur. AMIN...,

Lawan tetap lawan....

Monday, February 1, 2010

Peribahasa Melayu.. Ajak Ayam UMNO..

Salam Sejahtera...

Ada sesetengah peribahasa Melayu masih boleh dipakai oleh orang Melayu sendiri, untuk genetik melayu ayam UMNO terutamanya...

Ajak ayam biasanya ditujukan kepada ayam jantan, memang standard ayam lah kan, itu pasal ada lagi peribahasa bapa ayam, bab ni kita bincang lain kali, rasa kalau nak tau hal ayam ni elok tanya atau pi belajak kat Artis Jalil Hamid, ia ada lagu bab ayam, tapi ayam UMNO tak ada, hanya kat aku saja ada...

Ajak ayam ni ada maksud tersirat, kalau tak bersebab ia tak ajak, itulah resmi ayam, sama seperti resmi UMNO.., he he.. betul.., hangpa perati tengok kat UMNO, sebiji macam perangai ayam, paling banyak ayam daging yang kena kurung, cukup time kena sembelih, .....

Ajak ayam yang aku maksud ini, biasalah ayam UMNO..., dia ajak bila dah semput, atau dah naik minyak, oii ayam pun ada naik minyak ka..., ayam UMNO ada...

Ayam UMNO kalau tak ada sesuatu ia tak ada ajak, lebih baik dia mentekeradah sorang-sorang.., tentu ada sebab dia ajak, sama seperti cerita bapak ayam kat SINI.

Jadi kalau ada sesiapa yang terpengaruh dengan ajakan tersebut, samalah standard ayam... ayam apa... ayam UMNO lah....


Wednesday, January 27, 2010

Awas.. Perbuatan ini pun Menghina Sultan Juga..

Salam Sejahtera,,,

Bila saja dah bermula isu hina menghina ni, maka mulalah.. sikit-sikit isu menghina, semuanya dikategori menghina,, aduhai....

Sedangkan semua kita dah maklum, gerombolan mana yang mula memainkan isu hina dina ni... tapi nampaknya sekarang dah terbalik kot pulak... Layannnnzzz.

Apa yang aku dok nampak UMNO memang risau dengan tindakan PR menghidupkan isu-isu bubar DUN, dengan secara tidak langsung rakyat Perak sentiasa ingat apa yang telah berlaku dan tahu apa akan dilakukannya jika diadakan PRU... Tak gitu...., mampuih UMNO...

Tuesday, December 29, 2009

DUNN Perak Bakal Bubar..

Salam Sejahtera..

DUN Preak akan dibubar.. Betulkah begitu.. Mengikut seorang sahabat blogger Mamamat keputusan Mahkamah Nizar menang 4 - 1. Lepas Nizar akan membubarkan DUN Perak, itulah harap UMNO, Itu maklumat dari Mamamat.

Tetapi sumber dari agendadaily. BN pun dah buat persiapan melalui program Gerakan Mesra Rakyat dan Pendaftaran Pengundi Baru Sekretariat Pilihan Raya BN Perak peringkat Parlimen Bagan Serai, hari Isnin. Mungkinkah ini sebagai persediaan Pilihanraya semula Perak?....

Sama-sama kita tunggu dan lihat.., sampai mana permainan politik taik UMNO......





Saturday, October 24, 2009

Suasana Terkini Jalanraya ke Lumut.

Salam Sejahtera...

Inilah suasana yang rakyat terpaksa tempuhi didalam negara yang dikatakan aman sejahtera 1Malaysia, gambar ini aku ambik hampir jam 2.00 ptg tadi sewaktu balik dari kerja, lokasinya berhadapan Shell Jalan Lumut. Kenapa kesesakan jadi begini....

Inilah sebabnya, janganlah dimarahi mereka, mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan mereka, pegawai atasan merekalah yang mengarahkan mereka menjalankan tugas sebegini ditengahari panas... Apa nak buat.. Bonos dad dapat separuh, tinggal lagi RM250.00 nanti hujung tahun dapatlah.. jadi kenalah kerja....ikut arahan bos.

Mengapa jadi begini!! Nak menghalang rakyat dari pi ke perhimpunan Pemuda PR di bandar Lumut, ltulah tujuan asalnya..., dimanakah hak rakyat..dalam dok sebut rakyat didahulukan...
Zambri, zambri.. ku sangkakan kau dah jadi MBH dah OK, rupanya semakin ? ............. apa dia jawapannya.. sapa dapat jawap.....silakan....

Mampos UMNO.... Ameen.


Wednesday, September 16, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Konvensyen Pakatan Rakyat Dis.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen pertamanya Disember ini sebagai sebahagian daripada rancangannya membentuk satu pakatan pembangkang yang formal sebelum pilihan raya umum akan datang di Malaysia, demikian menurut laporan sebuah laman berita dalam talian setempat.

Laman berita The Malaysian Insider berkata ia difahamkan bahawa para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersetuju mengadakan konvensyen itu kelmarin dalam satu mesyuarat majlis kepimpinan PR yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada konvensyen Disember ini, PR berharap mendedahkan ideal-ideal dan prinsip-prinsip bersama yang akan membezakan antara pakatan pembangkang itu dengan parti campuran Barisan Nasional (BN).

Pertikaian yang sering berlaku antara tiga parti dalam PR sejak beberapa bulan lalu telah mendorong pakatan pembangkang itu mengadakan satu platform bersama.

Kerajaan PR telah dilanda beberapa kontroversi, perbezaan pandangan dan pertikaian khususnya di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, yang dipimpin oleh ketua menteri dari setiap parti.

Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini mendedahkan sepintas lalu 'wajah' sebuah kerajaan PR, dengan menggariskan satu platform bersama yang turut memasukkan undang-undang antidiskriminasi, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan melonggarkan undang-undang seperti Akta Hasutan dan undang-undang akhbar.

Datuk Zaid, yang ditugaskan menyediakan platform tersebut secara rasmi, berkata satu pentadbiran PR akan turut memperkenalkan satu dasar ekonomi baru yang dilengkapkan dengan jaringan keselamatan dan strategi pendidikan baru untuk menghasilkan para siswazah yang bersaing.

Namun, Datuk Zaid dijangka mendapatinya lebih mudah untuk mencari dasar bersama antara parti beliau, PKR dan DAP.

Ini berbanding dengan PAS, yang cuba mengetengahkan prinsip-prinsip Islam dalam platform bersama itu dan mungkin sukar diterima oleh PKR dan DAP, kata The Malaysian Insider.

Mesyuarat majlis kepimpinan PR kelmarin turut menugaskan beberapa kumpulan kerja untuk menghasilkan prinsip-prinsip bersama itu, yang berasaskan pada manifesto Barisan Alternatif (BA) - pakatan bebas antara tiga parti itu bagi pilihan raya 1999 sebaik sahaja selepas Datuk Seri Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri, tambahnya.

Source: cyberita.

Komen: Moga-moga ini menjadi kenyataan...sebelum ini pimpinan UMNO mengatakan PR adalah Rapuh dan sebagainya... sekarang kita lihat siapa yang rapuh... MCA bercelaru, MIC pun ikut serta.. UMNO pulak tak cerita.....dan kalau boleh PRU13 nanti hanya dua Parti sahaja yang bertanding di Malaysia iaitu PR dan BN... kita tengok sapa yang kena.....!!!

Friday, May 15, 2009

PR VS Umno...

Salam semua...

Kalau dulu kita rakyat Malaysia sebelum tragedi tsunami politik 08 Mac 08 yang seringkali kita diwar-warkan omongan yang kononnya kalau negara Malaysia ini diperintah oleh pembangkang maka negara akan menjadi huru hara, tiada kestabilan politik, ekonomi akan jatuh dan berbagai-bagai tohmahan dan ugutan yang sering kita dengar seolah-olah UMNO dan BN sahaja yang pandai memerintah di Malaysia ini.

Malah selepas sahaja PRU08 lalu paad tahun 1990 apabila sahaja PAS berjaya mengambil alih Kelantan, arwah Tun Ghafar Baba TPM waktu tu memberi tempoh Kelantan hanya dapat bertahan 3 bulan sahaja... tetapi dengan kekuatan takwa kepada Islam, PAS Kelantan berjaya memerintah hingga ke hari ini... 

Cuma dalam kontek negeri Perak, maka benarlah seperti apa yang Pimpinan UMNO katakan, akan jadi huru-hara dan ketidak stabilan politik, memang betul dan telah pun berlaku sekarang ini...  TETAPI harus diingat.. siapakah dalang terjadinya kesemua itu, semuanya bermula apabila Ezam Mohd Nor memasuki semula ke dalam UMNO.. Inilah hasil kerja daya usaha Ezam sebagai perancang utama, Khairy Jamaluddin,  Hamdan Taha dan ramai lagi yang mana selepas itu Zambri Abd Kadir yang mendapat impak paling besar... 
Dengan adanya ganggu gugat dari UMNOlah yang membuat ketidak stabilan politik Negeri Perak, pelabur sekarang pun dah takut nak melabur, walaupun mendapat jaminan dari Zambri... apa ingat para pelabor tu bodoh macam penyokong UMNO ka.. percaya apa cakap ketua UMNO,, pelabor ia tahu undang-undang, tak ia pun bodoh nak buang duit tak tentu pasai ke negeri yang tak stabil...

Kalau tahun 60 han dulu UMNO merampas kuasa dari PAS di Terengganu, pemimpin PAS waktu tu, mereka redha dan bersabar tunggu sehingga PRU yang akan datang, begitu juga pada tahun 70han rampasan kuasa di Kelantan zaman Dato Asri, mereka terkontang kanting, tubuh parti Baru Berjasa dan Hamim, UMNO berjaya juga....sampailah pada PRU08 lalu.

Tetapi kali ini kes rampasan kuasa 5 Feb 2009 di Perak, UMNO dah tersalah strategi, mereka ingat DS IR Nizar akan Yes Tuanku, rupa-rupanya Nizar bersuara Patik Pohon Sembah derhaka.... Aaaa padan muka hangpa...baru hangpa tau sapa itu Nizar.. alhamdulillah Pakatan Rakyat walaupun sebelum ini dikatakan rapuh tidak bertahan lama kerana berlainan idelogi, tetapi dengan terjadinya Rampasan Kuasa di Perak nampaknya ikatan Pakatan rakyat semakin kukuh, semakin kuat, contoh yang kita dapat lihat kaum Cina dan India dah tak ada perasaan malu-malu lagi untuk bersama dengan PAS di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Apa yang jelas sekarang ini Pakatan Rakyat makin disenangi oleh semua Rakyat, bahkan pemimpin Parti komponen BN seperti Gerakan, PPP, MCA masing-masing dah ada yang melompat ke PR.. manakala UMNO pulak yang sibuk dengan ketuanan Melayu, mempertahankan institusi Raja (kononya) sekarang tak habis lagi dok berbalah sesama sendiri, di antara Puak dengan Puak, dan Team dengan Team, perebutan balak dan pelbagai lagi...dan yang paling ketara apa yang berlaku di Terengganu..Sibuk dengan Mercedes, sibuk dengan amaran  SMS yang menjadi kes Polis masih lagi belum selesai...



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari