boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 15, 2009

PR VS Umno...

Salam semua...

Kalau dulu kita rakyat Malaysia sebelum tragedi tsunami politik 08 Mac 08 yang seringkali kita diwar-warkan omongan yang kononnya kalau negara Malaysia ini diperintah oleh pembangkang maka negara akan menjadi huru hara, tiada kestabilan politik, ekonomi akan jatuh dan berbagai-bagai tohmahan dan ugutan yang sering kita dengar seolah-olah UMNO dan BN sahaja yang pandai memerintah di Malaysia ini.

Malah selepas sahaja PRU08 lalu paad tahun 1990 apabila sahaja PAS berjaya mengambil alih Kelantan, arwah Tun Ghafar Baba TPM waktu tu memberi tempoh Kelantan hanya dapat bertahan 3 bulan sahaja... tetapi dengan kekuatan takwa kepada Islam, PAS Kelantan berjaya memerintah hingga ke hari ini... 

Cuma dalam kontek negeri Perak, maka benarlah seperti apa yang Pimpinan UMNO katakan, akan jadi huru-hara dan ketidak stabilan politik, memang betul dan telah pun berlaku sekarang ini...  TETAPI harus diingat.. siapakah dalang terjadinya kesemua itu, semuanya bermula apabila Ezam Mohd Nor memasuki semula ke dalam UMNO.. Inilah hasil kerja daya usaha Ezam sebagai perancang utama, Khairy Jamaluddin,  Hamdan Taha dan ramai lagi yang mana selepas itu Zambri Abd Kadir yang mendapat impak paling besar... 
Dengan adanya ganggu gugat dari UMNOlah yang membuat ketidak stabilan politik Negeri Perak, pelabur sekarang pun dah takut nak melabur, walaupun mendapat jaminan dari Zambri... apa ingat para pelabor tu bodoh macam penyokong UMNO ka.. percaya apa cakap ketua UMNO,, pelabor ia tahu undang-undang, tak ia pun bodoh nak buang duit tak tentu pasai ke negeri yang tak stabil...

Kalau tahun 60 han dulu UMNO merampas kuasa dari PAS di Terengganu, pemimpin PAS waktu tu, mereka redha dan bersabar tunggu sehingga PRU yang akan datang, begitu juga pada tahun 70han rampasan kuasa di Kelantan zaman Dato Asri, mereka terkontang kanting, tubuh parti Baru Berjasa dan Hamim, UMNO berjaya juga....sampailah pada PRU08 lalu.

Tetapi kali ini kes rampasan kuasa 5 Feb 2009 di Perak, UMNO dah tersalah strategi, mereka ingat DS IR Nizar akan Yes Tuanku, rupa-rupanya Nizar bersuara Patik Pohon Sembah derhaka.... Aaaa padan muka hangpa...baru hangpa tau sapa itu Nizar.. alhamdulillah Pakatan Rakyat walaupun sebelum ini dikatakan rapuh tidak bertahan lama kerana berlainan idelogi, tetapi dengan terjadinya Rampasan Kuasa di Perak nampaknya ikatan Pakatan rakyat semakin kukuh, semakin kuat, contoh yang kita dapat lihat kaum Cina dan India dah tak ada perasaan malu-malu lagi untuk bersama dengan PAS di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Apa yang jelas sekarang ini Pakatan Rakyat makin disenangi oleh semua Rakyat, bahkan pemimpin Parti komponen BN seperti Gerakan, PPP, MCA masing-masing dah ada yang melompat ke PR.. manakala UMNO pulak yang sibuk dengan ketuanan Melayu, mempertahankan institusi Raja (kononya) sekarang tak habis lagi dok berbalah sesama sendiri, di antara Puak dengan Puak, dan Team dengan Team, perebutan balak dan pelbagai lagi...dan yang paling ketara apa yang berlaku di Terengganu..Sibuk dengan Mercedes, sibuk dengan amaran  SMS yang menjadi kes Polis masih lagi belum selesai...



2 comments:

  1. ahhhh bn haktui la... kalau tak haktui takan mereka kuarkan pandangan macamtu... (kalau negara Malaysia ini diperintah oleh pembangkang maka negara akan menjadi huru hara, tiada kestabilan politik, ekonomi akan jatuh )

    sepatutnye mereka keluarkan kenyataan seperti ini.... biar kami perintah kami akan mengelakan huru-hara, memberi kestabilan politik dan ekonimi.... watpe nak mejatuhkan orang lain kalau nak berjaya...

    bayangkan pemain no1 badminton cakap... watpe sy lawan pemain no2 main sedangkan beliau bukan tahu mainpun... meh berntap dulu la oi... baru tau!...

    MM jelas kan... tak jelas tanye saya... heheh susah nak buat penerangan... ntah betul ke idak ayat2 saya...

    ReplyDelete
  2. baru tadi baca soal jawab live zambry dgn pembaca NST kat website NST online.. nampaknya yg bg soalan pun penyokong totok Umno.. tak celik mata.. lagi dok kata PR yg buat kacau.. pastu nak salahkan PR sbb ADUN lompat.. pada saya la, klu ADUN lompat tu cara betul.. kita tak kisah..masalahnya, main silap mata..hilang sekejap,pastu tetiba ada kat tepi najib..umum sokong BN, jd wakil Bebas.. tu je yg jd isu.. hang nak lompat ka apa ka, lantak pi la..tp cara lompat tu.. dah le ada isu rasuah..la ni, senyap dah ke SPeRMa? sokong BN je, kes masuk bawah karpet?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari