boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 29, 2009

Orang-Orang Terkaya Di Malaysia...

Salam Sejahtera.....
Towkey Gula masih mengekalkan takta kekayaan di Malaysia......



Yang lain aku tak hairanlah sangat, sebab mereka memang orang peniaga korporat... tapi yang ke 16 dan ke 35 dalam senarai.......

Beruntung ya!! Daddy kasi.... Bukan dedikasi.......

Kehendak rakyat !!!!!!! OOOPphhhs....KIV dulu..............

Kehendak anak-anak.... oooooooo... mesti.... tanggungjawab seorang ayah kepada anak........

Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada diri ku, lagi kaya daripada 40 orang terkaya tu... iaitu nikmat Islam... Alhamdullilah aku di kurniakan Islam... aku dapat mengenali Islam yang sebenar.... bukan Islam Hadhari...  

Aku tak perlu nak sibuk-sibuk pening kepala bagaimana nak menambahkan harta aku supaya bertambah banyak.... cukuplah apa yang Allah kurniakan kepada aku... moga-moga aku tak perlu nak jawab dihadapan Allah di Rabbul Jalil kemana harta yang aku ada aku gunakan... 

Insyallah... aku juga nak jadi kaya... aku pun mau kaya sebelum aku mati.... aku mau kaya dengan Islam dan Iman.. cukuplah kekayaan itu.. Insyaallah.

2 comments:

  1. Kalau kita kaya...kita akan bantu segala usaha untuk menangkan Islam dan kebenaran.

    ReplyDelete
  2. salam.

    saudara malaysiabaru,
    susah nak cakap.. saidina uthman ibn affan berkata para sahabat lebih khuatir dengan ujian kemewahan berbanding ujian kesempitan. mereka dah biasa dengan kesukaran hidup dan bersabar, malah bersyukur dengannya. mereka bimbang tak mampu bersabar dengan kemewahan dunia. contoh.. kekalahan di uhud berpunca dari daya tarikan pancaran harta rampasan yang lebih menyilau dari perintah Rasulullah sendiri.

    kalau kita ada berbilion esok, kita juga belum tentu mampu kotakan apa yang kita hasratkan pada hari ini. belum pasti kita mampu infaqkan seluruh harta sepanjang masa kepada yang berhak. di akhirat, orang yang kurang harta lebih mudah hisabnya.

    semoga Allah kuatkan iman dan taqwa kita di kala susah dan di kala senang. moga dijauhi Allah dari sifat Tsa'labah b. Hatib - seorang fakir yg terkecundang dengan ujian kemakmuran.

    sebenarnya, orang yang kaya ialah orang yang sentiasa berasa cukup dengan kurniaan Penciptanya, bersyukur dan bersabar atas apa juga ketetapan dari-Nya. wassalam.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari