Pagi ni aku tak pi kerja, MC aku hari ini, malam tadi penyakit lama aku mai balik, dah 3 tahun lebih tak kena, malam tadi mai balik.. nasib baik ada klinik 24 di Taman Samudera, pukul 12 30 tgh malam lebih aku pi, ada customer laki bini bawa anak. dok tunggu nak ambik ubat, rupanya malam klinik tu ada security guard, bila aku masuk grill pintu dikuci siap dengan rantai dan Pad-lock sekali.. aku tak tunggu lama, terus boleh jumpa doktor, malam tadi doktor Cina yang bertugas.. menurut dari clerk clinic tu doktor ni dari hospital manjung buat part time di Klinik ni...
Aku masuk aku tak cerita banyak, doktor tanya baru sikit aku cerita habis... dia suggest inject sejarum, memang itu pun yang aku nak,, kalau tidak memang aku tak boleh tidok sampai pagi... bila aku nak keluar setelah ambik ubat, sempat gatai mulut pi tanya kat clerk tu, pasai apa kena kunci.. dia bagitau rupanya kawasan tu sekarang ni rompakan menjadi-jadi, sebelum ni kedai jual top-up card prepaid kena rompak dengan geng Indon pakai parang...
Tu dia... tahniah 1Malysia, mana pi Polis yang sedia berkhidmat... kalau waktu PRK P059 sampai beratus -ratus Polis dengan FRU dok pi jaga keselamatan UMNO, kena hak rakyat sejagat mana pi polis semua...Kalau wartawan tanya pandai pulak IGP jawab.. sekarang perompak mpbile, polis tak cukup kakitangan, nak cukup macam mana kalau MBH Zambri sorang saja dah kena 4-5 orang jaga kiri kanan, depan belakang... mana nak cukup.....
Kemudian tadi pukul 9.30 tadi aku pi bayar bil broadband kat Outlet Celcom Manjung.. waktu aku masuk ada sorang customer dok kow-tim dengan cashier.. aku tak tau apa cerita.. time aku nak bayar kat cashier sebelah.. si customer ni diberi h/phone oleh cashier supaya bercakap sendiri dengan pihak celcom lain... munkin head quarters agaknya.. si Customer ni dok membebel sambik mukanya dok mengadap kat aku... dia tanya pasai nombor account nama bini dia, siap cakap orang putih.....pasai apa particular dia celcom nak juga, sekarang dah kena blok pulak, dia bukan tak bayar bil.. yang aku syok tu ayat power customer tu..nanti kalau macam tu particular atuk dia, bapak dia dalam kubur pun ambil jugalah.. huhh pepagi aku dah dapat kata-kata macam... bila aku keluar nak naik motor si customer tu pun keluar.. senyum kat aku..sempat dia berkata.. "kat depa ni kena buat macam ni.. patut pasang sign board besak bagi tau..." dia pun pi kat keretanya,, bini ada dok dalam.. woww... kereta Merc S320 baru lagi wooo. WPP 22**......gena gaya dengan orangnya.. padanla cengei sangat... Kesian pekerja Celcom....
salam MM, hang pi Outlet Celcom yg dkt Pasar Borong Sinaran tu ka? Untuk pengetahuan Outlet tue dah bkn centre seperti dulu, dah tak boleh buat pembatalan line, dan sebagainya seperti sebelum ni. La nie Outlet tue kira jd Authorized Dealer sahaja, cuma untuk pembayaran bil dan pendaftaran. Itu pasai dia bg hp suh ckp ngan operator, tak macam dulu ada staff Celcom sendiri yang bekerja di situ. (Aku pernah kerja sebagai dealer authorized untuk registration ni juga dulu) Perempuan 2 orang lama tu pun aku kenai. Takpe la if ada problem pasai celcom leh tanya aku sket2 sementara masih ada pengetahuan dan rakan-rakan di Celcom. Heheh.. Ape cite kes mahkamah kt manjung ditangguhkan?
ReplyDeletekenapa celcom coverage di manjung point 1 dan 2 hampehhhhh...tarak guannnnnaaaaa
ReplyDelete