Siang tadi waktu aku kat masjid selepas wuduk bila nak masuk ke masjid memang jadi kebiasaan aku pergi ke papan kenyataan masjid melihat apa-apa maklumat sesuatu. Aku terpandang satu surat pekeliling dari Majlis Agama Islam meminta pihat masjid mengada majlis tahlil untuk abang .......... selama 3 hari mulai 14 Mei - 16 Mei 09.
Baguslah idea macam tu, kurang-kurangnya itu satu penghurmatan dari rakyat sebagai tanda taat setia rakyat bawahan...., cuma yang aku mushkil ada kah arahan ini dipraktikkan oleh semua jemaah masjid di negeri Perak, tak pasti pulak aku......
Cuma buat diri aku sendiri biarlah aku berterus terang, bila kejadian 5 Feb 09 yang lalu, hati dan perasaan aku cukup kecewa kepada dua hamba Allah yang sebelum ini aku cukup hormati.. Memang aku cukup kecewa, terpulanglah apa yang kau orang nak kata apa-apa kat aku, aku terima, memang itulah kelemahan aku, tahap kesabaran yang ada pada aku pun ada hadnya, kalau aku dah benci seseorang tu, nasiblah..
Terus terang aku katakan selepas kejadian tersebut waktu doa kepada seseorang tu aku dah tak mampu nak angkat tangan nak mengaminkannya, bagaimana aku nak melakukan kalau hati aku terus sakittt, cuma di sini nak aku katakan, walau pun bukan orang itu yang meninggal, tetapi abangnya, tetapi kalau nak keikhlasan dari aku untuk bertahlil ke atasnya, aku minta maaf, aku tak dapat melakukannya... mintalah pada orang lain, kalau pada aku memanglah... buat masa ini memang tiada keikhlasan dari aku... janganlan dimarahi pada aku, marahlah pada perasaan aku yang terpendam...
Selagi hak rakyat negeri Perak ini tidak di hormati dan diberi kebebasan, selagi itulah perasaan marah aku sentiasa berada dalam nafsu amarah ku, walaupun tuan empunya diri yang meninggal, janganlah harap dari aku walaupun sepotong ayat Al-Quran yang akan aku baca buat hadiah... Tidak.....
Akupun sejak orang tua tu buat keputusan pelik... aku tak amin semasa doa untuknya. Lantak dia lah nak jadi apa pun... Dia mati dia sendiri jawab.
ReplyDeleteSalam Manjung Mari,
ReplyDeleteAku ingatkan aku sorang saja macam tu... ada lagi gang yang sengkatan.. di Selangor ni macam tu jugak...
Suruh kita mengaminkan diorang, tapi diorang perangai macam ???? baik tak payah bersubahat...
Lagi satu, kalau bab warna kuning ni... depa suruh kita buat itu buta ini..., kalau bab rakyat... depa bolayan... so kita pun bolayan... jugak la... dengan depa...
Jawapan aku senang saja... pi mampuih la... dapoq aku tak berasap bukan depa tolong cucuh api pun... apa barang nak hormat...hormat..., aku hormat yang lima waktu, dah tentu terjamin dunia akhirat...
Sori panjang pulak komen aku ni, sebabnya kalau hang baca blog aku dan sentuh isu pemimpin dan warna kuning... ni... macam pantang tok nenek aku pulak... menyampah teramat sangat dulu kini dan mungkin selamanya... kalau tak dak perubahan.
Sori... bro...
skrg pun hanya jumaat di masjid yg imamnya biru pekat saja yg tambah doa khusus utk golongan tersebut. itu pun susah sangat nak cari.
ReplyDeletejika khatib mendoakan keampunan dan keselamatan utk seluruh umat islam, itu sudah cukup besar ertinya. puas hati.
cikgu saya pernah pesan, klu kita nak dihormati, kita kena hormati org lain.. respect is something to be gained..dan tak mudah nak dptkan rasa hormat org lain... jika rakyat hilang rasa hormat (tak kira la warna kuning atau apa warna skali pun).. masing2 pikir le sendiri..
ReplyDelete