boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 13, 2009

Nizar - VS Zambri - HAKIM YANG ADIL

KUALA LUMPUR: Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dikenali sebagai seorang 'hakim yang adil'.

Beliau dikatakan memang tidak mempedulikan sangat soal hubungan politik dan tidak dikaitkan dengan hubungan politik mana-mana parti yang terbabit.

Menurut mereka yang pernah bertugas dengan beliau di Sarawak, Hakim Abdul Aziz berani membuat keputusan tanpa perasaan takut atau pilih kasih.

'Beliau membuat keputusannya tanpa menimbangkan latar belakang politik parti-parti yang terbabit. Keputusan beliau amat terperinci dan beliau melihat setiap kes berdasarkan pada merit kes itu dan bukannya orang yang terbabit,' kata sumber-sumber kelmarin.

Hakim Abdul Aziz berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi bertugas di Sarawak sejak tujuh tahun lalu. Beliau dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 2003. -- The Star.


Komen : Hakim yang adil sorang dalam 10 orang... 1 nak lawan 9 - Inilah yang jadi sekarang....Ada Sultan pun macam tak ada sultan... Seolah-olah UMNOlah yang berkuasa segala-galanya......

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari