Baginda bertitah, ini penting kerana jenayah kolar putih membawa impak negatif lebih luas berbanding rompakan biasa.
Negara yang mempunyai perangkaan tinggi jenayah komersial juga boleh memberi imej buruk bagi pelabur dan pedagang asing.
“Jika bank dirompak, kerosakan hanya tertumpu kepada cawangan bank berkaitan dan jumlah dirompak.
“Apabila jenayah komersial berlaku dalam organisasi ia menjejaskan seluruh rangkaian sistem perniagaan, boleh melumpuhkan seluruh operasi dan mengakibatkan urus niaga terjejas manakala ratusan atau ribuan pekerjanya pula berkemungkinan hilang pekerjaan,” titahnya merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, semalam.
Sultan Azlan bertitah, pegawai dan polis yang mengendalikan jenayah komersial perlu meningkatkan kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan kapasiti bagi menangani jenayah itu demi menjamin iklim perdagangan dan ekonomi negara terus diyakini pelabur.
Baginda bertitah, tindakan tegas dan pantas memang perlu dilakukan kerana jenayah komersial mampu berlaku dan merebak dengan cepat.
Jika perlu, perundangan harus diperkemaskan selain mengutamakan usaha latihan bagi mewujudkan pegawai penyiasat yang lebih cekap.
“Jenayah kolar putih yang semakin ketara memerlukan kemahiran penyiasatan yang lebih canggih serta kapasiti pendakwaan lebih cekap.
“Pertambahan penduduk, pergerakan manusia lebih mudah, kemajuan teknologi komunikasi dan dunia tanpa sempadan mewujudkan senario dan corak baru kegiatan jenayah ini,” titahnya.
Sultan Azlan juga bertitah, semangat rondaan penduduk harus dihidupkan kembali terutama di penempatan yang mempunyai jenayah tinggi.
Titahnya, ketika negara menghadapi ancaman komunis, rakyat melakukan kawalan menerusi home guard serta unit kawalan kampung dan semangat itu perlu dihidupkan kembali.
Komen!!
Ampun Tuanku.. Pada Hemat patik anggota Polis di Negeri Perak terlalu sibuk untuk melaksanakan semua tugas-tugas aspek keselamatan, Negeri Perak masih tidak stabil suasana politiknya.. selagi Tuanku tidak perkenankan perbubaran DUN negeri Perak, selagi itulah Polis sibuk menjaga kepentingan politik UMNO.. Sebelum tragedi 5 Feb 2009 Negeri Perak aman damai.. Polis tak perlu sibuk ke sana ke mari, tetapi selepas kejadian tarikh tersebut Polis hingga ke hari ini sibuk siang malam menjaga kepentingan UMNO.
No comments:
Post a Comment