boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 12, 2009

Hadiah Pertama dari PM 1Malaysia... Terima kasih...

Dalam kita dok sibuk sapa jadi MB Perak yang Sah, yang haram pun dok menyibuk tak puas hati buat rayuan, arah suruh Nizar keluar balik dari SUK... tup-tup berita yang menyedihkan juga dapat lagi satu buat rakyat Malaysia... ini bukan untuk rakyat Perak Lagi....

Minyak Petrol ron 95 dijual hari ini

12/05/2009 11:27am

KUALA LUMPUR 12 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan minyak pelincir ron 95 hari ini dengan harga RM1.75 seliter bagi menggantikan petrol ron 92 yang digunakan sekarang.

Ia akan dilancarkan oleh Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol ron 95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.

Pada masa ini, harga minyak petrol ron 92 adalah lebih rendah iaitu RM1.70 berbanding ron 97 iaitu RM1.80.

Sementara itu, harga bagi minyak petrol ron 97 akan dinaikkan kepada RM2.00 apabila penjualan minyak petrol ron 95 akan mula dikuatkuasakan September ini. - Utusan


Komen: Maka bermula dari pagi 31 Ogos nanti tak adalah lagi perbarisan sempena hari kebangsaan, masing-masing bawa kereta, bawa tong pi buat perbarisan depan Station minyak.... 1Malaysia berbaris beli minyak..... 

1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari