boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 28, 2009

Beruntungnya Menjadi Anak Pegawai Kanan Polis!!!

Salam Sejahtera!!

Belumpun selesai kecoh kes penghakiman krisis Perak mengenai siapa MB yang sah, yang mana MB Mahkamah Rayuan yang menang... kini timbul pula kisah di mahkamah Sesyen...Hangpa baca kisah yang terlalu menyayat hati di bawah ini...

Mahkamah terkejut terima surat dari penjara

KUALA LUMPUR 27 Mei - ''Tidak pernah sepanjang berkhidmat dalam bidang perundangan ini saya mendapat atau berjumpa atau mengetahui pihak penjara boleh mengeluarkan surat memohon hukuman ringan bagi tertuduh.''

Itu merupakan reaksi Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin apabila peguam bela S. Saravanan mengemukakan surat tersebut kepada mahkamah hari ini sebagai sokongan terhadap rayuan untuk mengurangkan hukuman anak guamnya, Yap Yong Yee @ Mohd. Razif Yap Abdullah, 29.

Surat bertarikh 15 Mei lalu dan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Penjara Sungai Buloh tersebut begitu menarik perhatian hakim itu sehingga beliau berulang kali meneliti surat berkenaan.

Tertuduh berada di dalam penjara selama 15 bulan sejak ditahan pada 23 Februari tahun lalu.

Terdahulu, Mohd. Razif mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan termasuk satu tuduhan pilihan iaitu memiliki sepucuk pistol dan sembilan butir peluru hidup.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 3.45 pagi, 23 Februari tahun lalu di Batu 3, Jalan Ipoh di sini.

Tertuduh yang merupakan anak kepada seorang pegawai kanan polis sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 sebelum pertuduhan tersebut dipinda kepada Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin juga sempat bertanya kepada Mohd. Razif perkara pertama yang akan dilakukan apabila dibebaskan kelak.

''Saya nak tengok anak dulu. Saya tak dapat tengok anak masa di penjara, tak dapat nak tengok mereka masuk sekolah. Nenek saya meninggal beberapa minggu lalu pun saya tak dapat tengok. Saya rindu anak-anak,'' katanya sambil menangis menyebabkan beberapa orang awam termasuk wartawan menitiskan air mata.

Zainal Abidin juga bertanyakan kepada tertuduh kenapa dia tidak berjumpa dengan bapanya yang merupakan pegawai polis untuk menyerahkan pistol yang didakwa dijumpai.

Tertuduh hanya menyatakan dia berasa takut kerana dia dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah ibu.

Bapanya juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau pernah bertanya perkara yang sama sewaktu menemui anaknya selepas ditahan polis dan turut mendapat jawapan yang sama.

Mahkamah selepas meneliti hujah dan rayuan kedua pihak menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan bermula dari tarikh tangkap ke atas tertuduh.

Zainal Abidin, sebelum prosiding berakhir sempat menyatakan: ''Encik Mohd. Razif, saya hanya boleh ucapkan selamat berjaya, jadikan kesilapan awak ini sebagai motivasi untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan setegas mana pun seorang bapa ia adalah untuk kebaikan. Awak boleh jumpa keluarga awak.''

Mohd. Razif dan bapanya kemudiannya sempat berpelukan dan kedua-duanya dilihat menangis hiba selama beberapa minit di mahkamah sebelum tertuduh dibawa masuk ke lokap.

Komen MM..Aku nak tanya.. tak usahlah anak orang biasa macam kita... kalau anak Sarjan Misai yang kena macam tu agak-agak mau ka penjara bagi surat sokongan.......... Itulah Undang-undang di Malaysia...

3 comments:

  1. lol ape nak heran ada orang terima surat dari penjara ok le tu..... tapi org tak lupe ade orang mati dari perbuatan polis...

    ReplyDelete
  2. Sabtu ni IPD Manjung dirasmikan. Siapa yang rasmi nya MM? Ni pun aku dapat tau bila bertanyakan orang ramai awat ramai sgt polis area manjung,sitiawan, lumut ni. Dengan kuda putihnya, black maria nye.. malam td aku lepak kt D`Era , selang 15 minit ada je kenderaan polis lalu lalang.

    ReplyDelete
  3. Aro...
    Selalunya yang rasminya tentulah Sultan sendiri, dulu sebelum kejatuhan DSIR NIzar, aku dok berangan tentu DS IR Nizar ikut serta mai Ke majlis perasmian tudisamping jawatan MB, tetapi nampaknya diganti oleh MB MR lah.....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari