Di sini kita kena ingat, selalunya apa cakap Mahathir Najib akan ikut, bila arahan Najib ikut maka Zambri akan melaksanakan, cakap Mahathir juga selalunya sultan juga akan ikut... hangpa kena ingat mana ada Pemimpin parti Politik UMNO yang dapat anugerah Darjah Kerabat Diraja (DK) melainkan Mahathir sorang saja.....
Apakah ungkapan lain pula yang Nizar akan dapat, selepas In Naallah Ha ma aas So' birin dan Beta suka bekerjasama dengan PR... tup-tup Sidang DUN Undi tak percaya pada Nizar!!!
Kalau dikatakan 3 orang katak tak boleh ambik bahagian, tinggal PR 28, BN 28... Pakatan Rakyat kalah juga sebab Speaker tak boleh mengundi... melainkan kalau Zambri dan 6 Exconya tidak denarkan mengambil bahagian...
Tetapi apa yang aku nampak UMNO tetap menggunakan Perintah Mahkamah Persekutuan yang masih kabur itu untuk mereka hadir ke Dewan, sebab yang dok pertikaikan pun hanyalah dari peguam PAS Haniffa Maidin ....
Pembubaran DUN... selagi mana mungkin UMNO akan sedaya upaya mereka akan menghalangnya... cuma ada satu lagi cara untun mendajalkan suasana politik di Perak, biar Najib PM 1Malaysia pening dengan PRK....
Kerajaan PR boleh memberi amaran kepada UMNO, Jika DUN Perak tidak di bubarkan, seramai 28 orang ADUN PR kenalah berkorban letak jawatan, biarkan diadakan semula PRK, tapi bukan letak 28 orang serentak.... mulakan sorang, lepas dua 3 bulan sorang lagi letak, biar isu DUN Perak diingati oleh rakyat sehingga PRU13 nanti..
salam. idea itu tidak tepat. siapa letak jawatan, tak boleh bertanding lagi untuk re-election. apa lgi jika ia adalah exco. bagaimana jika tiba2 DUN Perak dibubar tiba2. lingkup semua perancangan.
ReplyDeletelawan tetap lawan. lawan sampai menang. sejarah perak ini akan dikenang sampai bila-bila. anak cucu kita tahun 2050 akan baca dalam buku sejarah ting. 3 - kejatuhan dinasti BN selepas 5 dekad - selepas merdeka. faktor menggalakkannya, antaranya rasuah dan krisis di perak.
akan ada watak hero, akan ada watak crook. yg penting, pastikan PR kuasai kerajaan pusat pada waktu itu. supaya najib, zambry, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara masuk dalam list crook. tak lupa 3 ekor katak asli dan 1 katak jadian.
biar anak cucu depa hafal fakta itu 7 keturunan.
Salam Manjung Mari,
ReplyDeleteTak boleh buat macam tu, hancoq PR.... la ni terserah pada Sultan Perak, Presiden Umno dah kata terserah pada sultan nak bubar atau tidak.
Kalau Tukar Kerusi Apa Macam?
ReplyDeleteKalau lihat berita hari ni samada cakap Orang Tua Nyanyuk (Dr M) atau Najib, dah boleh agak apa jadi pun UBN tidak akan membubarkan DUN Perak.
Kalau nak bagi Mamak Zamry kerap kencing dalam seluar dan Najib kena strok sebab darah tinggi tak terkawal, aku cadangkan dibuat pertukaran kerusi. Macamana?
Senang aje.... Sorang Ahli Parlimen PR dan sorang ADUN PR letak jawatan serentak. Kemudian bertanding semula dengan Ahli Parlimen tadi dikerusi DUN dan ADUN di kerusi Parlimen. Tiada tegahan kan........ SWAP KERUSI lah....... Selepas PRK tu selesai sepasang lagi wakil rakyat PR letak jawatan. Tentu UBN haru-biru.
Contoh..... YB Gopeng dan YB Teja letak jawatan. Kemudian YB Gopeng bertanding di kerusi Teja manakala YB Teja di kerusi Gopeng. Lepas selesai PRK, YB Ipoh Barat dan YB Canning pula letak jawatan. Begitulah seterusnya. Confirm Mahathir akan terus nyanyuk, Zamri balik Pangkor dan Najib kena strok macam Mohtar Abdullah.
Kalau nak tau jadi atau tak jadi cadangan ini buat dulu........
http://matkalau.blogspot.com/
kalau dah letak jawatan, mana boleh bertanding semula tak kira ler kerusi dun ker parlimen ker sampai cukup 5 tahun
ReplyDeletebasic mudah mcm tu pon tak tahu
http://dtecconan.blogspot.com/
DTECCONAN,
ReplyDeleteKerusi Parlimen dan DUN adalah dua kerusi berlainan. Letak jawatan sebagai ADUN gantung 5 tahun untuk DUN saja. Begitu juga parlimen.
Kalau tak faham pergi semak perlembagaan ke... undang2 tubuh ke...
tukar kerusi pun bilangannya tetap sama... pr 28 bn 28+3. Masih BN majoriti. Tup-tup kalah pr, manalah tahu Tuhan maha kuasa, lagi kuranglah kerusi pr. Hang buat lawak ka?
ReplyDeleteBukit Teluk Sera...
ReplyDeleteItu Pasal aku tulis kena berkorban....
Mat Kalau...
Idea hang kira lagi baguih.. kalau itu dipraktik..
Dtecconan...
Dalam perjuangan kena banyak berkorban... jawatan ADUN tu orang lain pulak boleh ganti.. bukan hak individu...
Windtalker....
Betul tu.. sama banyak... cuma kita kalau buat macam tu.. rakyat akan ingat perjuangan PR menentang BN sampai ke tarikh PRU13 nanti...biar ada isu semasa.. kita boleh tengok.. Manoharan baru sebut nak letak jawatan... terus 13 orang tahanan ISA dapat dibebas...
Apa yang kita nampak sekarang BN dah phobia dengan PRK.. jadi itulah sentaja kita nak hadapi BN... tak kan nak tunggu ADUN mati saja....
Nak ajak semua rakyat keluar demontrasi.. belum tentu semua rakyat nak.. termasuk dengan aku sekali...belum tentu...
nak aman damai....
ReplyDelete