Cadangan aku hari ini aku nak rehat, tak mau menulis merapu tak tentu pasai, yang jadi mangsa UMNO dok kena maki sumpah seranah dengan aku, nak buat macam mana dah hangpa dok cari pasal tak mau terima kenyataan...
Tapi dalam masa dok berihat waktu kat Sekolah anak aku kat Kpg Gajah, dapat telefon.. Sifu aku telefon waktu nak nak mula makan nasi bersama-sama dgn anak aku tadi,, dia tanya aku pasai blog saudara kita Mamamat.. ceritanya Kat Sini.. Dia komplen mengenai "PAS kena kekalkan MB Nizar di Pasir Panjang. Walaupun Pasir Panjang dipinjamkan oleh PKR kepada PAS, MB Nizar kena kekal bertanding di sini."
Fakta tu tak betul! Kerusi DUN Pasir Panjang mula diwujudkan bila PRU10 tahun 99 yang lalu apabila persempadanan semula di antara Kerusi DUN Pangkor dengan DUN Setiawan lalu wujud Kerusi DUN Pasir Panjang. Dengan persetujuan antara Parti Pembangkang Setiawan DAP Bertanding, Pangkor kepada PKR dan Pasir Panjang kepada PAS. Waktu PRU10 lalu Ustaz Sidik Nor yang bertanding.
Inilah calon-calon sewaktu PRU10 yang lalu.. Dari Kiri : Hoo Chan You Calun DAP, Ustaz Sidik Nor, Encik Damanhuri Calon Parlimen Lumut dan En Mohd Nor Ali Calun Pangkor dari Keadilan (dengar cerita Mohd Nor Ali ni dah masuk UMNO balik, dah jutawan pun...) . Inilah kali pertama dalam sejarah aku ikut serta dalam penamaan calon, gambar aku pun ada, hangpa cari sendiri kalau kenai...
Kemudian tahun 2004 PRU11 calon PAS kerusi DUN Pasir Panjang ialah Ustaz Nur Azli Taleban, dan bila PRU 12 barulah DS IR Nizar.
Aku tulis ni bukan nak kondem Saudara Mamamat pulak, cuma dalam suasana rakyat nak kan kepada pembangkang (PR) takut nanti kerusi ini jadi perebutan pulak antara PR.. sebab masa PRU12 lalu pun kerusi ini hampir-hampir nak diserahkan kepada PKR, dah melompat Sifu aku marah kerana persiapan semua dah selesai, tau-tau PKR nak kerusi DUN Pasir Panjang kononya ramai pengundi India, yang Pimpinan PAS Pusat pun bila Anwar minta kerusi ini terus setuju, mana kami kat sini tak hangat... jadi itu pasal aku perbetul balik fakta yang Mamamat tulis tu.. bukan apa takut nanti jadi pertelingkahan lagi pada masa akan datang, cukuplah sekali dulu ada juga seorang hamba Allah yang mengaku dialah yang merintis kerusi DUN Pasir Panjang sebelum dia nak pi merintis DUN Terong.
I felt that PAS & PKR Perak should focus on seats that they can win comfortably and allowing DAP Perak to fill their Malay candidates.
ReplyDeleteWe need to break through this concept of compartmentalisation of any political parties of Pakatan Rakyat to just few races.
It only bode well if all parties can bertolak ansur. Remember DAP malay candidates did win before.
Don't ever let UMNO win on this matter
saya cuma nak mintak diharap pihak PR cube untuk mematahkan penipuan yg mggkin UMNO buat utk menang pilihan raya ini... sebab pada saya sesengal-sengal najib tu takan die nak setuju nak buat pilihan raya kalau dia takde cara nk menang....
ReplyDeletekalau sokongan tu insyaallah semua orang tahu 80% rakyat perak beri sokongan pada PR tapi kalau perkara2 yg luar jangka yg akan dibuat UMNO seperti tangan2 ghaib, pengundi antu itu yg kene beri perhatian lebih... jgnn sebuk berkempen tapi tetiba kalah krana kita tak patahkan penipuan UMNO...
Salam MM
ReplyDeleteMaafler kalo apa yang teman tulih tak betui. Tapi ituler citer dan alkisahnye. Menurut citer dan perjanjian lampau, kononnya di Perak DAP tanding 16, PAS tanding 18 dan PKR tanding 25. Oleh kerana PKR kurang calon serta kuatnya desakan PAS tempatan, maka PAS dan DAP diberi laluan. Deme kata laluan tu cuma pinjam jer. Itu dulu. Bagi teman perjanjian itu adalah berbentuk perjanjian boleh ubah.
Sekiranya ada snap election, teman dipahamkan bahawa semua kerusi kekal seperti PRU12. Maknanya PAS kekal bertanding di Pasir Panjang.
Wallahualam.
Looes 74..
ReplyDeleteThank you for visit my blog.. I can accept what your opinion but malay voter acctually orang kampung fobia when heard DAP.. that the problem..
Mamamat..
Menurut Sifu aku, dia pun terlibat sama perjanjian dan cadangan awal tu,, tapi perjanjian itu tak disahkan, tak boleh pakai... mungkin PKR nak timbul balik... biasalah ada harapan nak menang... masing-masing nak... kalau dulu semua pakat tolak tak sanggup.