boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 18, 2009

Nizar VS Zambri - Ku Li boleh cipta sejarah..

Salam Sejahtera,
Bila berlakunya krisis negeri Perak bermula, veteran UMNO yang berpengalaman yang bersuara mengenai kesilapan -kesilapan UMNO, kekebalan DUN dan Speaker selain dari DR Mahathir ialah Ku Li..
Mungkin ini prinsip Ku Li bermain politik, sebagai orang lama beliau kena tegur apa yang tak betul dalam UMNO, tetapi sayang, cakapnya tak ada sesiapa pun pimpinan UMNO yang taraf  junior darinya nak ambik peduli, kesian Ku Li, bila bersuara nak bertanding  jawatan Presiden pun tak ada kawasan UMNO selain Gua Musang yang mencalonkannya, walaupun kawasan negeri Kelantan sendiri.

Ku Li di dalam UMNO umpama Kupang Tembaga, memang sesuai dengan kata-katanya dulu selepas memohon memasuki semula UMNO setelah Semangat46 dibubar iaitu hanya ingin menjadi Gurka UMNO. Mungkin ahli-ahli UMNO lupa bahawa Ku Li adalah salah sorang arkitek Melayu yang menaikkan taraf ekonomi orang melayu. Sikap ahli UMNO memanglah macam orang Utan (kata TGNA) tetapi bagi aku UMNO umpama berok.. mana ada pokok yang lebat buahnya disitulah mereka berhimpun.  Manakala rimbunan pokok pada Ku Li dah tinggal dahan yang hampir nak reput dah.. tak ada lagi beruk-beruk nak mai bergayut...

Aku tak tau apa topik yang dibincangkan oleh Husam bila beliau menemui Ku Li mengenai Krisis Perak. Cuma di sini aku dapat bayangkan alangkah baiknya dalam sehari dua ni Ku Li bertindak dengan membuat Press Conference membayangkan beliau akan meletak jawatan Ahli Parlimen Gua Musang, sebagai bantahan kepada Najib yang tidak mahu membubarkan DUN Perak.

Bayangkan jika itu yang dilakukan Ku Li, beliau akan dianggap betul-betul seorang negarawan yang mahukan sistem demokrasi di pulihkan, akan dikenang sampai bila-bila... apalah yang beliau hendak setakat jawatan Ahli Parlimen tu, itu pun sebab Gua Musang memang kubu asalnya....beliau sepatutnya berehat juga seperti mana Pak Lah, Musa Hitam, Zainal Abidin Zain dan lain-lain lagi, biarkan sahabatnya pakar bakar jambatan hidup dengan membodek dari Mahathir, Paklah dan sekarang Najib.

Ku Li juga kena ingat, sepatutnya kalau Najib tak belot kepada Team A sewaktu pemilihan UMNO tahun 87, Mahathir dah tentu kalah kerana menang jawatan Presiden UMNO cuma kelebihan 44 undi. Sekaranglah peluang Ku Li nak mengajar anak kepada kawan baiknya Tun Razak.

Alangkah baiknya jawatan Ahli Parlimen tu Ku Li serahkan kepada Husam dengan cara rasmi... Huhhh.. aku tak tau apa akan jadi kat Gua Musang, kalau dulu Bukit Gantang di limpahi bendera PAS hijau putih, maka Gua Musang pula akan dipenuhi bendera PAS.. Jangan risau, pengundi Gua Musang memang setia dari dulu sampai sekarang dengan Ku Li akan memenangkan PAS pula..Biarkan Najib pening tak tidur malam.. mana tahu dengan masaalah tu cepat ia meninggalkan dunia ini mengikut teman cintanya dari monggolia tu...

Sementara itu Kerajaan Pakatan Rakyat pula janganlah lupa pula kalau Ku Li bertindak sedemikian, dengan pengalaman yang ada pada beliau, lantiklah dirinya sebagai Penasihat ekonomi atau yang sepadan dengannya..

Aku harap Ku Li dapat melakukannya, demi untuk kesejahteraan rakyat pentingnya demokrasi berparlimen, biar Najib tahu yang Ku Li masih berbisa waktu ini, walaupun sebelum ini beliau tidak diambil peduli... Lakukan lah KU LI.........


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari