boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 18, 2009

Kenaikan tambang haji wajar:- Kepala Hotak Hang..

Kenaikan tambang haji wajar: Jamil Khir

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan kenaikan tambang menunaikan haji pada tahun ini adalah wajar memandangkan Tabung Haji memberikan subsidi sebanyak RM70 juta, selain perlu membayar dividen kepada kira-kira 3.4 juta penyimpannya. 

Bercakap kepada pemberita sempena lawatan ke Kompleks Masjid Presint 3, di sini, pagi ini, beliau berkata Tabung Haji memberi subsidi lebih RM2,000 kepada setiap jemaah selepas mengambil kira peningkatan kos penginapan dan penerbangan. 

Beliau juga berkata umat Islam dari Malaysia tidak perlu bimbang untuk mengerjakan umrah biarpun ada laporan menyatakan kerajaan Arab Saudi akan mengentikan sementara pengeluaran visa umrah kepada rakyat negara ini disebabkan kes Influenza A (H1N1).


Komen: Aku tak mau komen banyak-banyak... cuma satu saja aku nak habaq mai.. kalau rasa Tabung haji dah tak larat nak sara bagi subsidi atau perkhidmatan kepada jemaah Haji, bagi kebenaran kepada badan-badan NGO atau Travel Agen yang berkelayakan untuk uruskan jemaah haji.. jangan dok pok-pek pok pet merungut tak tentu pasai....Tabung Haji ditubuh dulu ialah hendak menolong umat Islam pergi Haji... bukan nak meniaga ambik kesempatan atas orang nak pegi haji......... 

3 comments:

  1. AKU PUN SANGAT_SANGAT SETUJU!!!! NAMPAK GAYANYA TABUNG HAJI DAH JADI LINTAH DARAT!!!

    ReplyDelete
  2. February 25, 2009 17:46 PM

    Tabung Haji Declares Five Pct Dividend For 2008

    KUALA LUMPUR, Feb 25 (Bernama) -- Tabung Haji today announced five percent dividend for 2008 totalling RM906 million.

    In making the announcement, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Tabung Haji managed to earn RM1.5 billion revenue last year despite the bleak economic outlook.
    RM 70 JUTA NAK BISING? SEPATUTNYA KENA BAGI LEBIH BANYAK LAGI. DIVIDEN 5% SEBANYAK RM906 JUTA TAK PERLU. LEBIH BAIK KURANGKAN BERI DIVIDEN, TETAPI TAMBAH BANTU TANGGUNG KOS ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI.

    MEMANG TEPAT BILA PROF UNGKU AZIZ (ANTARA PENGASAS PENUBUHAN TH) KRITIK BAHAWA KINI TABUNG HAJI DAH LARI DARI MATLAMAT ASAL. MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN KORPORAT BERBANDING KEBAJIKAN DAN MATLAMAT ASAL PENYIMPANNYA IAITU MENGERJAKAN HAJI.

    ReplyDelete
  3. masalahnya kalau dpat pada travel haji bukan kau tak tahu berapa kos? nak marah pada th pun patut patut la... kalau nak murah pergi la dengan agensi TH thailand, TH indon kalau ada dan sehebat TH malaysia servisnya...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari